Bicara Ringkas 45 : Kepentingan Pewacanaan Isu Seksual Di Arus Perdana

77 0 0
                                    

Membaca artikel ini atau seumpama dengannya menunjukkan betapa pentingnya isu-isu seks atau yang berkaitan dengan organ genital ini dikehadapankan di arus perdana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Membaca artikel ini atau seumpama dengannya menunjukkan betapa pentingnya isu-isu seks atau yang berkaitan dengan organ genital ini dikehadapankan di arus perdana.

Bayangkan jika para pakar atau golongan yang berkeahlian tidak mengambil peranan aktif dalam menjadi penyebar, pengkaji, pemangkin dan rujukan bagi isu ini, pasti akan lebih ramai yang terjebak mengamalkan pengamalan yang tidak didasari kajian saintifik, berasaskan omongan kosong dari entah siapa yang berpotensi memudaratkan individu tersebut.

Saya faham isu ini sangat sensitif untuk diwacanakan, dibicarakan dan disampaikan secara terbuka. Akan tetapi, isu ini adalah kesihatan, malah untuk mencapai kepada kebaikan emosi, psikologi dan pengamalan seks yang diterangkan daripada pakarnya dan ahlinya. Perlu lagikah untuk hanya sekadar berlapik atau berselindung di balik tirai yang terselindung dari pandangan ramai? Inilah yang disebutkan sebagai malu tidak melihat tempat.

Kita semua ada tanggungjawab untuk merobek stigma bobrok yang menganggap perbicaraan tentang seks adalah sesuatu yang keji, kotor dan tidak bermoral. Tidak nampak lagikah kesan buruk jika dogma seperti ini diredhai dan diwariskan?

Akhirnya, maklumat yang sahih dan kefahaman yang benar tidak mudah diperoleh dan terpencil untuk orang tertentu, lalu orang ramai mencari sesuatu yang dicuba-cuba sendiri atau perkongsian yang tidak didasari kajian saintifik atau bersandarkan ilmiah.

Adakalanya, apabila dibicarakan isu seperti ini meskipun dengan cara yang paling lunak lagi ilmiah sekalipun akan ada yang menuduh mereka yang membicarakan itu sebagai gila seks dan orang yang bernafsu.

Bayangkan para pakar yang menyuarakan isu ini pun dicalit dengan label kotor sebegini. Apa lagi agamawan dari kalangan ustaz dan ustazah yang ingin mempromosikan perhubungan intim yang menyemarakkan keseronokan emosi, psikologi, mental dan rohani agar mencapai kebahagiaan rumah tangga yang diredhai Allah serta disenangi oleh pasangan masing-masing. Pasti lebih teruk tekanan yang diterima.

Sudah sampai masanya dan sememangnya sepanjang masa untuk kita semua berani. Pada para pakarnya atau ahlinya, perlu ambil peranan dalam menggiatkan penyampaikan kefahaman kepada masyarakat. Kepada kita semua pula adalah berani untuk terbuka menerima ilmu yang penting diketahui kerana seks adalah sesuatu yang tidak asing pada setiap individu, masyarakat dan tamadun.

Lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan. Maka, tidak patut ia dipandang ringan, apatah lagi menguak kesinisan kerana rasa jijik terhadapnya. Acah-acah jijik ini hanya membantutkan usaha untuk mengukuhkan kebenaran pengetahuan tentang seks dalam arus perdana. Ia tidak bermanfaat untuk individu sehinggalah ke masyarakat secara amnya.

Kita perlu ketepikan sentimen dan jangan melayankan apa yang kita rasa mual terhadapnya demi mendahulukan kemanfaatan yang bakal diperoleh pada masyarakat secara umumnya. Kalau semua perasaan tidak senang itu perlu disibukkan, sampai bila kita akan melihat kemajuan, progresif dan giat aktif dalam pewacanaan isu seksual di arus perdana?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/659260743606255616/bicara-ringkas-seksual-45-kepentingan-pewacanaan

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now