Bicara Ringkas 2

2.2K 7 2
                                    

Kesan Hukum Dalam Perkara Yang Lain Pada Isu Perbezaan Aurat Hakiki Dan Bukan Hakiki

Dalam mazhab šāfiᶜian, sebahagian fuqaha mereka menguatkan pendapat yang tidak mengharamkan melihat aurat bukan hakiki seperti yang terpapar dalam cermn dan air dengan pendapat yang menyatakan bahawa tidak jatuh talak seseorang yang sekadar melihat wanita yang diserupakan ketikamana dia mensyaratkan talak isterinya jatuh apabila dia melihat seseorang wanita. Sebabnya adalah dia tidak melihat wanita itu secara hakiki, tetapi dia melihat sekadar yang menyerupai wanita itu.

Dalam mazhab ḥanafian pula, sebahagian fuqoha mereka menafikan berlakunya pelanggaran sumpah seseorang yang melihat pada bayangan cermin atau air ketikamana dia bersumpah bahawa dia tidak mahu melihat wajah seeorang yang lain, sebagai natijah daripada apa yang terpapar pada cermin atau air bukanlah sesuatu yang hakikat, ia hanya yang diserupakan sahaja.

Mereka yang mencela pendapat ketidakharaman melihat aurat yang bukan hakiki kadangkala tidak memperhatikan kesan isu lain yang menyusul bersama apabila sesuatu hukum itu ditetapkan. Apa akan jadi pada kesan isu lain yang menyusul bersama jika pengingkar ini berpendapat sebaliknya?

Saya sudah jelaskan bahawa antaranya ialah mereka perlu menerima bahawa terbatalnya wuduk seseorang apabila menyentuh bayangan faraj pada air atau cermin jika mereka angga gambar dan jasad yang sebenar adalah sama pada hakikat zatnya. Inilah yang berlaku apabila seseorang tidak berwaspada untuk membandingkan secara menyeluruh dan mencari perkaitan yang mendatang.

Jika mereka mengingkari hal ini, sudah tentu mereka berada dalam kecelaruan dan tidak ada prinsip yang sistematik. Saya memang tidak malu untuk menyatakan bolehnya melihat gambar bogel kerana itulah natijah hukumnya melalui kesan Domino. Malah, saya tidak malu untuk mengakui kebenaran pendapat *Abdullah bin Muḥammad al-Haroriyy tentang keharusan melihat filem lucah kerana inilah yang selari dengan qiyas. Dia berkata :

هنا سؤال أن من ينظر، يتفرج على الأفلام الخلاعية. ما حكمه؟ الذي يتفرج عليها ونفسه تنجر، تنجر الى المعصية التي يشاهد هيئتها في الفيلم حرام عليه أن يتفرج عليها. أما الإنسان الذي لا تؤثر عليه، إنسان متزوج وهو مقتنع بزوجته نفسه لا تحدثه مهما رأى في الأفلام الخلاعية لا تحدثه نفسه أن يفعل هذا يطبق هذا الفعل الحرام، هذا ليس حراما عليه إن تفرج. ليس حرامًا. هذا يرى المرأة حقيقتها، يرى شخصها الحقيقي؟ لا. إنما هذا خيال. ليس حراماً على الذي لا يتأثر.

"Di sana ada soalan tentang seseorang yang melihat, menenung filem-filem lucah. Apa hukumnya? Orang yang menenung kepadanya dan dirinya terheret, iaitu terheret ke maksiat yang dia menyaksikan bentuknya adalah haram ke atasnya. Adapun seseorang yang tidak terkesan kepadanya, iaitu orang yang berkahwin dan dia merasa puas dengan isterinya, tetapi dirinya tidak menceritakannya kendatipun dia melihat filem-filem lucah, iaitu dirinya tidak menceritakannya untuk melakukan perbuatan yang ini, iaitu mempraktikkan perbuatan haram ini, maka tidaklah haram ke atasnya jika dia menenung. Ia tidak haram. Ini yang dia lihat adalah wanita yang hakikatnya, iaitu sosoknya yang hakiki? Tidak. Ini cumalah bayangan. Tidaklah haram ke atas orang yang tidak terkesan". [Rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=NT3oL1WXFsU].

Akan tetapi, bagaimana mereka yang mengeluarkan suatu pendapat, kemudian mencari dalih untuk berlepas diri mengakui kesan sampingan atau kesan yang mendatang yang mempunyai hukum yang sama apabila ia sama dari segi illahnya.

Seolah-olah qiyas yang mereka pelajari dalam uṣūl fiqh boleh dibuang sesuka hati mereka. Sudahlah tidak mengerti perbahasan yang mudah dihadam meskipun orang yang biasa, malah menjadi penentang yang begitu kuat melawannya. Malangnya hidup menjadi sang dungu.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/621266641274241024/bicara-ringkas-seksual-2-kesan-hukum-dalam

com/post/621266641274241024/bicara-ringkas-seksual-2-kesan-hukum-dalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now