Bicara Ringkas 27 : Buruknya Sikap Lelaki Yang Menyibuk Tentang Dara Orang Lain

129 0 0
                                    

Lelaki yang menyibuk tentang dara wanita lain adalah lelaki yang teruk dan celaka. Dia tidak menyedari bahawa perkahwinan terjalin atas dasar cinta dan saling mempercayai sesama pasangan. Masing-masing menerima kelebihan dan kelemahan yang ada dengan rela tanpa menjadikannya sebagai eksploitasi.

Adanya dara ataupun tidak, itu sama sekali tidak melambangkan suci atau nodanya seorang wanita itu. Sebenar-benar suci atau noda pada jiwa dan sanubari. Jika dia dahulunya pernah berzina, lalu bertaubat, maka dialah wanita yang suci jiwanya. Jika dia seorang dara, tetapi tidak dapat menunaikan hak Allah, dirinya, suaminya dan orang sekelilingnya, maka dialah wanita yang bernoda.

Dara atau tidak hanya seperti kereta yang baru dan kereta yang terpakai. Tidak lebih daripada itu. Boleh sahaja kereta yang terpakai itu adalah lebih baik daripada yang baru jika ia diselia dan diuruskan dengan baik. Kereta yang baru pun belum tentu akan lebih bagus daripada kereta yang terpakai jikalau seliaan dan pengurusannya tidak hemat dan cekap.

Apa yang perlu disibukkan sangat dengan adanya dara ataupun tidak? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan ketika dia berkata kepadanya: "Aku mencintai kamu?" Adakah sebab dia hanya bernafsu pada dara atau sebenar-benar manifestasi cinta? Apakah perkahwinannya yang akan dia langsungkan selama berpuluh tahun hanya untuk dara yang tidak kekal lama atau sekali dalam seumur hidup?

Bagaimana pula dengan mangsa rogol? Adakah patut dia selayaknya untuk mati kerana nilai kesuciannya telah dirobek atau dia patut dikahwinkan oleh orang yang durjana kerana dia telah pun dilumuri dengan kekotoran?

Lelaki bajingan ini lebih baik jangan diambil suami kerana mereka langsung tidak mempunyai belas kasihan dan kasih sayang yang sejati. Mempermasalahkan dara atau tidak merupakan orang yang tidak memikirkan perkara yang lebih penting dan utama dalam membina rumah tangga.

Kalau ada, kenapa? Itu lambang kebahagiaan bagi sebuah keluarga sepanjang hayat? Kalau tidak ada, kenapa? Adakah itu akan memusnahkan kehidupannya?

Malah, menuduh orang yang kehilangan dara sebagai pendosa pada masa yang lalu adalah orang yang layak dikenakan hukum qazaf! Memang wajar dia disebat kerana kejahatan dan durjananya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/621424912949772288/bicara-ringkas-27-buruknya-sikap-lelaki-yang

com/post/621424912949772288/bicara-ringkas-27-buruknya-sikap-lelaki-yang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now