Bicara Ringkas 33

95 0 0
                                    

Sebab Saya Menyebutkan Perselisihan Ahli Ilmu Dalam Penulisan Saya «Hukum Melancap»

Bagi sesiapa yang membaca penulisan saya yang berjudul «Hukum Melancap», pasti akan disajikan terlebih dahulu tentang pelbagai perbezaan pendapat ahli ilmu dalam hukum melancap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bagi sesiapa yang membaca penulisan saya yang berjudul «Hukum Melancap», pasti akan disajikan terlebih dahulu tentang pelbagai perbezaan pendapat ahli ilmu dalam hukum melancap.

Sesiapa yang mengikuti penulisan saya yang lebih awal, penyebutan ini tidak ada. Saya terus menyatakan pendapat saya bersama perbahasan hujah. Selepas beberapa faktor, saya mengambil keputusan untuk melampirkannya. Berikut adalah sebab-sebabnya.

Pertama, sudah tentu saya membaca pelbagai penulisan untuk melakukan analisis dan perbandingan dalam mengembangkan penulisan dan pemahaman saya. Ada beberapa penulisan yang menyebutkan wujudnya perselisihan ahli ilmu dalam hal tersebut dan sudah tentu penulisan tersebut mahu memaparkan bahawa pendapat yang haram tetap akan menang.

Namun, dalam penyebutan pendapat keharusan, seolah-olah ada cubaan untuk mengaburkan supaya tidak terlihat keharusan mutlak sepertimana penulisan saya. Misalnya, penulisan tersebut menyatakan "mazhab ini membenarkan melancap". Namun, mereka menambah pengikat "apabila untuk mengekang diri daripada zina atau ketika terdesak".

Kalau begitu, ini bukan lagi perbezaan pendapat. Mana-mana hukum yang berdiri atas sandaran situasi terdesak atau memilih mudarat yang ringan, maka ia adalah haram pada asalnya. Jika menyebutkan secara eksplisit pun, mereka memetik pendapat Ibn Ḥazm yang tidak berpendapat keharamannya, tetapi ia adalah makruh kerana ia bukan termasuk perilaku yang mulia menurutnya.

Saya kira selepas melihat keserabutan ini, saya perlu ambil inisiatif untuk mempersembahkan yang lebih baik supaya jelas dan terang perbezaan pendapat tersebut.

Kedua, saya menemukan «Fiqh as-Sunnah» karya Sayyid Sābiq dalam hukum melancap. Bagi saya, ini mungkin satu-satunya penulisan yang menjelaskan secara ekstensif tentang pelbagai pandangan ahli ilmu terhadapnya.

Namun, saya masih kurang puas dengan pembentangannya. Berapa kali saya meneliti pun, saya masih ada perasaan yang tidak senang terhadapnya. Bukanlah ingin mengatakan bahawa penukilannya salah atau saya ada masalah peribadi dengannya. Saya pun tidak tahu mengapa perasaan tidak sedap itu timbul ketika membacanya.

Suatu hari, saya menemukan komentar seseorang tentang pembentangan Sayyid Sābiq itu yang bertanya tentang kepastian sama benar atau tidak wujdunya pendapat keharusan. Seolah-olah dia seperti baru tahu bahawa memang wujudnya pendapat keharusan.

Namun, mungkin penyampaian Sayyid Sābiq tidak jelas sehingga ia belum lagi memadam kekaburan tentang perselisihan pendapat hal itu. Inilah sebabnya saya fikir lebih baik saya hasilkan sendiri yang lebih teratur daripadanya.

Ketiga, saya ingin membuktian bahawa sememangnya wujud perselisihan dari kalangan ahli ilmu. Ini supaya orang tidak beranggapan bahawa seolah-olah keharaman lancap adalah sepakat dari dahulu sehingga sekarang. Malah, beranggapan bahawa ia adalah termasuk dosa besar.

Saya tidak mahu lagi selepas ini ada orang mengejek dan mempersenda orang yang melancap. Jika mereka sudah tahu bahawa adanya pendapat daripada ahli ilmu yang muktabar, maka mereka tidak berhak melanggar prinsip mereka pada perselisihan adalah rahmat dan bolehnya mengikuti fatwa ahli ilmu yang dipercayai.

Keempat, setelah diketahui wujudnya ada pendapat yang mengharuskan. Tinggal lagi kerja saya adalah mencari hujah yang menguatkan pendapat tersebut. Saya tidak perlu menampakkan lagi bahawa ia seolah-olah daripada pandangan saya sendiri. Saya cuma membawakan hujah sokongan untuk mereka, bukan membina pendapat baharu.

Kadangkala ada orang sukar menerima penghujahan saya dalam menjustifikasikan keharusannya ketika saya tidak menyebutkan mana-mana pendapat ahli ilmu terhadapnya. Seolah-olah ia terbit daripada idea saya sendiri. Namun, setelah tahu adanya pandangan ahli ilmu terhadapnya, maka sekurang-kurangnya ia mengangkat sedikit beban ketika memerhatikan hujah saya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/623113258478518272/bicara-ringkas-seksual-33-sebab-saya-menyebutkan

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now