Bicara Ringkas 14 : Kaedah ₍Sadd Aḏ-Ḏarō^i*₎ Yang Disalahguna

191 1 0
                                    

Ibn Mas*ūd berkata :

سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الذَّنْبِ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ؟ قَالَ: أَنْ تَجْعَلَ لِلَّهِ نِدًّا وَهُوَ خَلَقَكَ، قُلْتُ: إِنَّ ذَلِكَ لَعَظِيمٌ، قُلْتُ: ثُمَّ أَيُّ؟ قَالَ: ثُمَّ أَنْ تَقْتُلَ وَلَدَكَ تَخَافُ أَنْ يَطْعَمَ مَعَكَ، قُلْتُ: ثُمَّ أَيُّ؟ قَالَ: ثُمَّ أَنْ تُزَانِيَ بِحَلِيلَةِ جَارِكَ

Aku bertanya kepada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-: "Dosa yang manakah paling besar di sisi Allah?". Baginda berkata: "Engkau menjadikan Allah sebagai sekutu, sedangkan Dia yang menciptakanmu". Aku berkata: "Sesungguhnya itu benar-benar besar". Aku berkata: "Kemudian, apa pula?". Baginda berkata: "Kemudian, engkau membunuh anakmu kerana takut dia memakan bersamamu". Aku berkata: "Kemudian, apa pula?". Baginda berkata, "Kemudian, engkau berzina dengan kekasih jiranmu". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, kitāb at-Tawḥīd, no. 7122].

Kalaulah jalan penzinaan itu boleh diambil kira sekalipun tanpa perlu melihat niat dan tujuan kepadanya, maka tinggal berdekatan dengan rumah yang bukan mahram juga tidak diperbolehkan kerana itu juga merupakan jalan yang menuju kepada zina. Tidak ada beza antara jauh dan dekat.

Bukankah komunikasi secara digital juga boleh dianggap sebagai jalan kepada zina walaupun perhubungan itu adalah dengan jarak jauh komunikasi itu tetap dianggap sebagai jalan menuju zina walaupun tidak diniatkan sebegitu? Mengapa hal ini pula tidak diambil kira?

Sebab itulah saya selalu tegaskan bahawa kaedah ₍Sadd aḏ-Ḏarō^i*₎; penghadang haluan kerosakan bukan terpakai dalam semua aplikasi, apatah lagi seseorang sewenang-wenang pergunakannya dan salahguna kaedah itu.

Kaedah ₍Sadd aḏ-Ḏarō^i*₎ hanya terpakai apabila potensi bahaya itu pasti atau sangat besar yang diyakini, bukan pada yang potensi kecil atau potensi yang masih belum diyakini atau sekadar pendapat peribadi serta hal yang bersifat subjektif.

Malah, setiap amal itu akan didasari pada niat. Perbuatan yang tidak jelas bahawa itu termasuk jalan kepada zina, maka itu tidak boleh dikira sebagai berdosa sekalipun tampak hal itu adalah kebiasaan yang berlaku.

Kalau seseorang tinggal berjiran dengan orang yang bukan mahram dengan tujuan bahawa dia mahu berzina dengan jirannya pada suatu hari nanti, maka kecaman ini yang terpakai. Jika tidak, maka tidak dikira.

Bercakap tentang kaedah ₍Sadd aḏ-Ḏarō^i*₎, saya perlu memperingatkan bagaimana parahnya jika disalahguna atau diaplikasikan secara sewenang-wenangnya. Lihat sabda Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- :

مُرُوا صِبْيَانَكُمْ بِالصَّلَاةِ لِسَبْعٍ , وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا لِعَشْرٍ , وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

"Perintahkanlah anak-anak kamu untuk bersolat ketika umur tujuh tahun, pukullah mereka ketika umur sepuluh tahun dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka". [Sunan ad-Dāroquṭniy, no. 761].

Kalaulah kaedah ini boleh dipakai secara berleluasa, maka sepatutnya berdua-dua sesama adik beradik atau duduk merapat pun tidak boleh kerana ia juga boleh menyebabkan seseorang itu terjebak dalam kancah zina. Tidak hanya di tempat tidur sahaja, ia juga boleh berlaku pada cara atau di tempat yang lain.

Malah, yang anehnya adalah sebahagian mereka yang berpendapat haramnya persetubuhan pada dubur, tetapi menyatakan tidak ada masalah untuk bersedap-sedapan pada bahagian tersebut tanpa menyetubuhinya. Bukankah sepatutnya tidak boleh seseorang mendekati jalan yang haram?

Akhirnya, mereka akui bahawa selagimana ia bukan bertujuan untuk menyetubuhi padanya, maka itu tidak mengapa. Sebab itulah, perkara ini perlu diingatkan dan ditegaskan supaya tidak berlakunya aplikasi kaedah ini keliru, apatah lagi ia menjadi bahan eksploitasi dan salah guna.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/621272364482707456/bicara-ringkas-seksual-14-kaedah-sadd-a%E1%B8%8F-%E1%B8%8Far%C5%8D-i

com/post/621272364482707456/bicara-ringkas-seksual-14-kaedah-sadd-a%E1%B8%8F-%E1%B8%8Far%C5%8D-i

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now