Bicara Ringkas 29

91 0 0
                                    

Ke Mana Sikap Ambil Berat Kita Terhadap Kepuasan Seks Wanita?

Saya telah menelaah jurnal yang berjudul "Determinants Of Female Sexual Orgasms" di sini : https://www.tandfonline.com/doi/pdf/10.3402/snp.v6.31624?needAccess=true&

Jurnal ini memaparkan berlakunya penyusutan jumlah wanita yang mencapai orgasme dan berlakunya jurang yang besar pada perolehan orgasme antara lelaki dan wanita di Finland

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jurnal ini memaparkan berlakunya penyusutan jumlah wanita yang mencapai orgasme dan berlakunya jurang yang besar pada perolehan orgasme antara lelaki dan wanita di Finland. Walaupun skop kajian ini di Finland, tetapi negara lain sewajarnya ambil perhatian untuk meninjau perkara ini untuk kajian dan memahami pengaliran masyarakat dalam isu seks.

Malangnya, komuniti kita dan komuniti muslim secara amnya dari kalangan ahli ilmu berada dalam keadaan lesu untuk penglibatan pada kajian ini. Seolah-olah kepuasan seks untuk wanita boleh diabaikan dan dipandang ringan.

Cukuplah dengan penelaahan jurnal ini. Adakah masih terus untuk memandang lekeh dan serong terhadap kajian dan penglibatan dalam ilmu ini? Adakah kita mahu terus-menerus dalam ignoran dan kebodohan, lalu menjadi pengutip dan pemakan info dan pembacaan yang tidak dibuktikan secara saintifik?

Senangkah bagi kita untuk menemukan ahli ilmu muslim untuk membahaskan dan mewacanakan hal ini secara terbuka? Malangnya, komuniti kita selalu memberikan respons yang negatif dan langsung tidak memberikan penghargaan kepada topik ini.

Gila seks dan orang yang melucah menjadi label biasa. Kalau ustazah yang membincangkan hal ini, pasti lebih dahsyat lagi cemuhan dan nistaan yang dilontarkan kepadanya. Adakah membincangkan cara untuk memberikan kepuasan seks kepada wanita merupakan suatu perkara yang jijik dan perendahan terhadap kehormatan, maruah serta penanggalan sifat malu sehingga tidak ada masalah untuk membiarkan sebahagian mereka terus dalam kehampaan untuk aktiviti seks? Sampai bila kita mahu terus dalam dogma seperti ini yang akhirnya membutakan diri dan masyarakat dari mendapat pengetahuan yang berguna untuk aktiviti seks mereka?

Membahaskan hal ini secara ilmiah termasuk dalam dakwah kerana ia membantu pasangan suami isteri muslim yang lain untuk mencapai kenikmatan dalam hubungan intim yang sekaligus mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Memang patut kita marah dengan orang yang acah-acah suci. Ini kerana mereka ini mencemarkan diri mereka dengan kebodohan dan kedunguan. Apa lagi yang boleh membantu masyarakat supaya masalah hubungan intim dapat diselesaikan dan dihapuskan renggangan konflik jika perkara ini dibiarkan tersisih daripada mereka?

Mereka langsung tidak memikirkan dan melihat kepentingan besar perkara ini jika isu ini diwacanakan secara terbuka dan meluas. Kalau ini suatu perkara yang ‛boleh fikir sendiri', adakah semua orang akan berfikir sama seperti mereka? Dan apakah kajian dan penulisan seperti jurnal cumalah sarap yang berpornografi secara ilmiah yang menyelit-nyelit dalam lapangan ilmu?

Usahlah menghina ilmu yang memberi manfaat kepada orang ramai. Apa yang kita tidak senang untuk kita mendengarinya, boleh jadi ia baik untuk kita dan bermanfaat untuk masyarakat. Malu dan segan bukan alasan untuk kita biadap terhadap ilmu.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/621565478971817984/bicara-ringkas-seksual-29-ke-mana-sikap-ambil

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now