Bicara Ringkas 32

115 0 0
                                    

Zahirkan Ingatan Dan Kesyukuran Kepada Allah Dalam Aktiviti Seks

Kadangkala entah mengapa seks dianggap suatu aktiviti yang menjijikkan. Sedangkan ia berbeza daripada apa yang disebutkan dalam hadis :

حَدَّثَنَا يَزِيدُ ، أَخْبَرَنَا هِشَامٌ ، عَنْ وَاصِلٍ ، عَنْ يَحْيَى بْنِ عُقَيْلٍ ، عَنْ يَحْيَى بْنِ يَعْمَرَ ، عَنْ أَبِي ذَرٍّ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " يُصْبِحُ كُلَّ يَوْمٍ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنَ ابْنِ آدَمَ صَدَقَةٌ " ، ثُمَّ قَالَ : " إِمَاطَتُكَ الْأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ ، وَتَسْلِيمُكَ عَلَى النَّاسِ صَدَقَةٌ ، وَأَمْرُكَ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ ، وَنَهْيُكَ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ ، وَمُبَاضَعَتُكَ أَهْلَكَ صَدَقَةٌ " ، قَالَ : قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَيَقْضِي الرَّجُلُ شَهْوَتَهُ ، وَتَكُونُ لَهُ صَدَقَةٌ ؟ ! قَالَ : " نَعَمْ ، أَرَأَيْتَ لَوْ جَعَلَ تِلْكَ الشَّهْوَةَ فِيمَا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ ، أَلَمْ يَكُنْ عَلَيْهِ وِزْرٌ ؟ " قُلْنَا : بَلَى ، قَالَ : " فَإِنَّهُ إِذَا جَعَلَهَا فِيمَا أَحَلَّ اللَّهُ فَهِيَ صَدَقَةٌ " ، قَالَ : وَذَكَرَ أَشْيَاءَ صَدَقَةً صَدَقَةً ، قَالَ : ثُمَّ قَالَ : " وَيُجْزِئُ مِنْ هَذَا كُلِّهِ رَكْعَتَا الضُّحَى " .

Yazīd telah merawi hadis kepada kami➤ Hišām telah merawi khabar kepada kami➤ Daripada Wāṣil➤ DaripadaYaḥyā bin *Uqoyl➤ Daripada Yaḥyā bin Ya*mar➤ Daripada Abū Ḏarr➤ Daripada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, baginda berkata: "Berpagi-pagi setiap hari pada setiap persendian daripada anak-anak adam adalah sedekah". Kemudian, baginda berkata: "Mengalihkan duri daripada jalan adalah sedekah, memberi salam kepada manusia adalah sedekah, ajakan kamu kepada makruf adalah sedekah, pencegahan kamu daripada kemungkaran adalah sedekah dan persetubuhan kamu pada isteri kamu adalah sedekah". Abū Ḏarr berkata፥ Kami berkata: "Wahai Rasulullah, adakah penunaian seorang lelaki pada syahwatnya dapat menjadi sedekah?". Baginda berkata: "Ya. Apa pendapat kamu jika dia jadikan syahwat itu kepada yang diharamkan oleh Allah ke atasnya, bukankah dia mendapat dosa?". Kami berkata: "Benar". Baginda berkata: "Maka, jika dia menjadikan syahwat itu untuk apa-apa yang dihalalkan oleh Allah, maka ia adalah sedekah". Abū Ḏarr berkata: "Dan ia menyebut sesuatu yang termasuk sedekah". Abu Dzar berkata፥ Kemudian baginda: "Dan cukuplah daripada ini kesemuanya dengan dua rakaat dhuha". [Musnad Aḥmad, no. 21015].

Nah. Di manakah kejijikan seks itu jika ia adalah amalan yang boleh meraih pahala sedekah daripada Allah Tabāroka Wa Ta*ālā sendiri? Maknanya, aktiviti seks adalah ibadah yang ada ruang pahala untuk hamba-Nya peroleh dan nikmatinya. Maka, jadikanlah sepanjang aktiviti itu adalah pengabdian kepada-Nya, di samping membina keintiman antara sesama pasangan serta merebut kepuasan peribadi.

Salah satu caranya adalah sepanjang perhubungan itu sentiasa sahaja membawa kepada ingatan kepada-Nya. Mengenangkan betapa hebatnya kurniaan-Nya kepada kita nikmat yang terbentang di hadapan mata dan deria rasa kita.

Bermula daripada kecantikan tubuh pasangan yang menawan dan menggoda kita serta meghairahkan syahwat kita. Segala puji bagi Allah. Wanita idaman yang kita gilakan telah terikat dalam satu perjanjian kasih. Kemudian, layanan ramah dan kemseraan yang ada pasangan yang memperdalam cinta kita kepadanya.

Kata-katanya menggiurkan jiwa dan gelagatnya yang menyenangkan perasaan kita. Sehingga kita sangat berkeinginan dan terheret dalam godaannya terhadapnya. Nikmat apa lagi yang mahu didustakan? Tidak cukupkah itu semua untuk menyatakan kesyukuran kepada Yang Maha Pemberi?

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now