Bicara Ringkas 7

270 1 0
                                    

Idea Bagaimana Gambar Bukanlah Sama Sepertimana Sesuatu Yang Hakikatnya

Ini benar-benar mengingatkan kita tentang alasan fuqaha daripada šāfiᶜian dan ḥanafian dalam menjustifikasikan ketidakharaman melihat aurat yang bukan hakiki, iaitu aurat yang terpapar pada air dan cermin

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

Ini benar-benar mengingatkan kita tentang alasan fuqaha daripada šāfiᶜian dan ḥanafian dalam menjustifikasikan ketidakharaman melihat aurat yang bukan hakiki, iaitu aurat yang terpapar pada air dan cermin.

Alasan mereka ialah ia adalah sesuatu yang diserupakan, bukan sebenar-benarnya. Sangat mudah penjelasannya, tetapi mengandungi kehujahan yang ampuh dari sudut istidlal dalam mengambil kira hakikat sesuatu benda.

Perubahan hakikat menatijahkan perubahan hukum. Aurat yang ditegah untuk dilihat adalah aurat yang pada anggota jasad, bukan sesuatu yang dirupakan sepertinya. Sebab itulah betapa pentingnya mengetahui hakikat sesuatu benda dan definisinya kerana ia menatijahkan penilaian hukum. Jika tidak, penjelasan yang mudah ini tidak dapat dihadam dan dijala faedah daripadanya.

Kesan perubahan hakikat ini tidak sahaja menatijahkan hukum lihatan, tetapi ia juga menatijahkan banyak yang lain. Contohnya, tidak batal wuduk bagi sentuhan gambar kemaluan, tidak dikenakan hukuman had bagi sesiapa yang memasukkan zakar ke dalam sesuatu yang dirupakan seperti faraj dan lain-lain.

Pernah saya terjumpa ada kenyataan menyatakan tidak berakal bagi orang yang berpendapat tidak haram melihat aurat yang bukan hakiki. Sebenarnya, dialah yang tidak berakal, bodoh, dungu, tolol, minda dangkal dan otak udang. Mereka mahu menentang keras terhadap ketidakharaman melihat sesuatu yang dirupakan seperti aurat, tetapi mereka tidak mengambil kira kesan jika mereka berpendapat sebaliknya.

Wajarkah batalnya wuduk dengan menyentuh gambar faraj? Jika mereka rasa wajar dan masuk akal, datangkanlah hujah mereka atau mereka termasuk ahli bidaah kerana menetapkan sesuatu hukum yang tiada sandaran daripada Allah dan rasul-Nya.

Sangat menghairankan penghujahan sebegini tidak dapat dicerna oleh sebahagian agamawan yang memiliki kecelikan yang tinggi dalam ilmu agama, bahkan yang diangkat sebagai ustaz yang berkualiti tinggi. Sedangkan, ia difahami oleh orang yang rendah kemampuannya berbanding mereka, bahkan orang bukan muslim pun cakna dengan ini.

Saya pernah memberikan perumpamaan bayang-bayang tidak sama dengan tuan bayang kepada pengamal kesufian yang ada baur-baur batiniah. Begitu mudah dia menangkap perbezaan ini. Sebegitu juga saya pernah bertanyakan soalan mengapa tidak batal wuduk dengan memegang gambar faraj wanita kepada orang yang rendah literasinya dalam ilmu agama. Dia dapat menjawab dengan betul, iaitu sebab ia adalah sentuhan dengan gambar.

Malanglah orang yang ke sana ke sini bercakap tentang ilmu agama dan memperjuangkan sunnah, tetapi sangat dangkal untuk memahami perbezaan ini. Atau mereka ini sebenarnya faham, tetapi disebabkan pengingkaran mereka untuk menerima hakikat perbezaan ini, akal mereka menjadi benak kerana memperturutkan hawa nafsunya dan membelakangkan jalan ilmiah demi bersungguh-sungguh untuk mempertahankan apa yang dia mahu.

Kadangkala, sememangnya benar kedegilan dari kalangan ilmuwan jauh lebih membatu berbanding orang yang biasa. Semoga Allah melindungi kita daripada kejahatan ini.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/621270107743830016/bicara-ringkas-seksual-7-idea-bagaimana-gambar

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum