Bicara Ringkas 40 : Melancap Tidak Membatalkan Puasa

240 0 0
                                    

Tidak ada dalil daripada al-Quran mahupun hadis yang menyokong mana-mana pendapat yang menyatakan bahawa melancap mampu membatalkan puasa seseorang. Adapun berhujah dengan hadis ini untuk menyatakan justifikasinya :

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ ، عَنْ مَالِكٍ ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ ، عَنِ الْأَعْرَجِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، " أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : الصِّيَامُ جُنَّةٌ ، فَلَا يَرْفُثْ ، وَلَا يَجْهَلْ ، وَإِنِ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ ، فَلْيَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ ، يَتْرُكُ طَعَامَهُ ، وَشَرَابَهُ ، وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي الصِّيَامُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا " .

*Abdullah bin Maslamah telah merawi hadis kepada kami➤ Daripada Mālik➤ Daripada Abū az-Zinād➤ Daripada al-A*rōj➤ Daripada Abū Huroyroh -roḍiyallahu *anh-, bahawasanya Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Puasa itu adalah benteng, maka janganlah berbuat kekotoran dan jangan pula melakukan kebodohan. Apabila seseorang mengajak untuk berkelahi dengannya atau menghinanya, maka hendaklah ia berkata: ❝Sesungguhnya aku sedang berpuas❞, baginda mengulang dua kali. Demi yang diriku di tangan-Nya, benar-benar bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Alah Ta'ala daripada wangian kasturi. (Allah berfirman:) ❝Dia meninggalkan makan, minumnya dan syahwatnya kerana untuk-Ku (Allah). Puasa itu untuk-Aku dan Aku akan membalasnya. Kebaikannya adalah sepuluh yang semisalnya❞". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, kitab aṣ-Ṣoum, no. 1770].

Ini adalah tidak tepat kerana kefahaman seperti ini menyalahi petunjuk yang lebih dekat dengan firman Allah Ta*ālā :

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَائِكُمْ ۚ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ ۗ عَلِمَ اللَّـهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتَانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ ۖ فَالْآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّـهُ لَكُمْ ۚ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ۖ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

"Dihalalkan untuk kalian bersetubuh dengan isteri-isteri kamu pada waktu malam. Mereka adalah pakaian bagi kalian dan kalian adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu sememangnya tidak mampu menahan diri kamu. Maka, Allah menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang, setubuhilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kalian. Makan dan minumlah sehingga jelas antara benang putih dengan benang hitam pada waktu fajar. Kemudian, sempurnakanlah puasa sampai waktu malam". [Surah al-Baqoroh ayat 187].

Pada ayat ini menjelaskan bahawa tidak boleh bersetubuh, makan dan minum sehingga jelas benang putih dan benang hitam. Maka, jelas sekali mereka yang berpendapat bahawa syahwat di sini merujuk kepada keumumannya adalah menyalahi petunjuk di atas.

Hal ini kerana Allah lebih menekankan dalam urusan persetubuhan ketika menahan diri daripada melakukan sesuatu yang dilarang dalam berpuasa, bukan pada makna yang lain. Pentafsiran syahwat merujuk kepada persetubuhan merupakan pentafsiran Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy seperti berikut :

وَالْمُرَادُ بِالشَّهْوَةِ فِي الْحَدِيثِ شَهْوَةُ الْجِمَاعِ

"Maksud syahwat pada hadis itu adalah syahwat persetubuhan". [Fatḥ al-Bāri Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, jilid 4, m/s 107, Dār al-Ma*rifah, Beirut].

Kesimpulannya, tidak ada pembatalan berpuasa bagi mereka yang melancap daripada mana-mana dalil al-Quran dan hadis. Ini merupakan pandangan Ibn Ḥazm al-Andalusiyy :

وَلَا يَنْقُضُ الصَّوْمَ حِجَامَةٌ وَلَا احْتِلَامٌ، وَلَا اسْتِمْنَاءٌ، وَلَا مُبَاشَرَةُ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ أَوْ أَمَتَهُ الْمُبَاحَةَ لَهُ فِيمَا دُونَ الْفَرْجِ، تَعَمَّدَ الْإِمْنَاءَ أَمْ لَمْ يُمْنِ

"Tidaklah berbekam, bermimpi, melancap dan rabaan lelaki pada isterinya atau hamba sahaya wanitanya yang keharusannya jika tidak berkait dengan kemaluan itu membatalkan puasanya sama ada sengaja keluar mani ataupun tidak". [Al-Muḥallā Bi al-Āṯār, jilid 4, m/s 335, keluaran Dār al-Fikr, Beirut].

Saya hairan orang yang tetap berkeras untuk menyatakan bahawa puasa seseorang tetap terbatal dengan melancap. Saya kemukakan satu persoalan untuk membuktikan kesalahan pandangan ini. Jika seseorang lelaki melihat gambar faraj wanita, lalu dia bersyahwat sehingga keluar mani. Adakah ini membatalkan puasanya? Maka, seseorang akan menjawab sepertimana Ibn *Ābidīn menyebutkannya dan mengemukakan alasannya :

أَمَّا الْإِنْزَالُ بِمَسٍّ أَوْ تَقْبِيلِ بَهِيمَةٍ فَإِنَّهُ لَمْ يُوجَدْ فِيهِ شَيْءٌ مِنْ مَعْنَى الْجِمَاعِ فَصَارَ كَالْإِنْزَالِ بِنَظَرٍ أَوْ تَفَكُّرٍ فَلِذَا لَمْ يَفْسُدْ الصَّوْمُ إجْمَاعًا

"Adapun pancutan dengan sebab suatu sentuhan atau mencium haiwan, maka sesungguhnya tidak didapati padanya sesuatu daripada makna jimak. Lalu, terjadilah ia seperti pancutan dengan sebab lihatan atau fikiran. Maka, kerana itu tidak membatalkan puasa secara ijmak". [Rodd al-Muḥtār *Alā ad-Durr al-Muẖtār, jilid 2, m/s 399, keluaran Dār al-Fikr, Beirut].

Maksudnya adalah puasa tersebut tidak batal kerana ia bukan termasuk jimak. Lantas, mengapa apabila kami mengatakan bahawa tidak batal puasa bagi orang melancap kerana tidak berlakunya persetubuhan, terus kami dipersalahkan? Padahal, kedua-duanya adalah perbuatan sengaja dalam mengeluarkan air mani.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643523583540379648/bicara-ringkas-seksual-40-melancap-tidak

com/post/643523583540379648/bicara-ringkas-seksual-40-melancap-tidak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now