Bicara Ringkas 41 : Tokoh Ulama Terbilang Yang Homoseksual

105 0 0
                                    

Setiap kali kita membaca biografi atau kisah ulama, kita akan disajikan kisah kehidupan mereka yang penuh kezuhudan, kesolehan, ketaqwaan, ilmu yang melimpah ruah, ibadah yang banyak lagi berterusan, zikir yang tidak pernah putus, karamah yang mengagumkan para pembaca, jerih payah yang memuliakan kedudukannya dan perjuangan kehidupan yang mengangkat darjatnya.

Namun, adakalanya kita seakan melupai dan mengabaikan hakikat bahawa mereka ini juga adalah manusia dan tidak hanya sepanjang masa dalam keadaan sifat kesempurnaan yang digambarkan oleh sebahagian orang apabila memanggil seseorang itu sebagai tokoh ulama.

Mereka juga mempunyai kesukaan dan aktiviti yang mungkin sepertimana kehidupan harian orang lain yang mungkin sama seperti orang kebiasaan atau yang unik, tetapi bukan ciri khas agamawan.

Sebahagiannya adalah aktiviti homoseksual. Mungkin ia janggal kedengaran, tetapi ia terabadi dalam catatan sejarah. Walaupun ia bukan sesuatu yang dilakukan secara meluas dan dikeji dalam merekodkan kisahnya, ia tetap terjadi pada beberapa ulama kenamaan yang dipuji ketokohannya dan dijulang kedudukannya.

Di sini, saya mengongsikannya bukan sepertimana yang dilakukan oleh para penulis yang mengejinya dan juga para pembacanya yang meneruskan celaan terhadapnya. Saya telah membela bahawa amalan ini tidaklah salah dalam penulisan saya yang berjudul «Analisis Pendalilan Pengharaman Liwat».

Dengan demikian, saya tidak mencela dan menyalahi mereka hanya kerana homoseksual, apatah lagi merendahkan darjat dan mencemarkan namanya disebabkan hal itu sepertimana yang dilakukan oleh mereka yang lain.

Apa yang saya lakukan adalah untuk mendedahkan dan memperkenalkan bahawa dunia yang kita tanggapi sebagai dunia kehidupan ulama bukanlah sepertimana yang digambarkan dengan gambaran utopia dan citra sempurna.

Ini sepertimana para penulis yang mendedahkan berlakunya pertelingkahan sesama ulama dan ketaksuban mazhab ketika membentangkan sejarah mazhab, membincangkan isu perselisihan ulama atau seumpamanya. Ia adalah supaya kita mengambil pelajaran daripada sejarah dan melihat sudut yang bukan sepertimana citra sempurna. Justeru, seperti inilah tujuan saya dalam mengongsikannya di sini.

Contoh yang terkenal adalah Yaḥyā bin Akṯam. Dia merupakan salah seorang fuqaha sepertimana yang dinyatakan oleh an-Nasā^iyy yang dinukilkan oleh al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy dalam «Tārīẖ Baġdād». Abū *Abdullah al-Ḥākim an-Naysābūriyy dalam nukilan yang sama menyatakan bahawa dia adalah salah seorang imam ahli ilmu dan sesiapa yang melihat kitab «at-Tanbīh», pasti dia mengenali keunggulannya dalam segenap ilmu. At-Tanūẖiyy dalam nukilan yang sama menyatakan bahawa dia salah seorang ilmuwan dunia, luas ilmunya dalam fiqh dan pelbagai lagi pujian. Tambahan pula, al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy menyatakan bahawa dia seorang yang berilmu dalam fiqh dan celik dalam ilmu hukum-hakam. Aḏ-Ḏahabiyy dalam «Siyar A*lām an-Nubalā^» menyifatkannya sebagai yang sangat berpengetahuan. Ibn Kaṯīr dalam «al-Bidāyah Wa an-Nihāyah» menyatakan bahawa dia termasuk salah seorang tokoh besar dalam fiqh dan hadis serta pengikut atsar.

Namun, nama ini juga terkenal dengan liwat dan selalu sahaja dijadikan contoh tokoh yang terlibat dalam aktiviti ini. Abū Manṣūr aṯ-Ṯa*ālabiyy berkata :

لواط يحيى بن أَكْثَم أَصله من مرو فاتصل بالمأمون ايام مقَامه بهَا فاختص بِهِ وَاسْتولى على قلبه وَصَحبه إِلَى بَغْدَاد وَمحله مِنْهُ مَحل الْأَقَارِب أَو أقرب وَكَانَ مُتَقَدما فى الْفِقْه وآداب الْقُضَاة حسن الْعشْرَة عذب اللِّسَان وافر الْحَظ من الْجد والهزل ولاه الْمَأْمُون قاضى الْقُضَاة وَأمر بألا يحجب عَنهُ لَيْلًا وَلَا نَهَارا وأفضى إِلَيْهِ بأسراره وشاوره فى مهماته وَكَانَ يحيى ألوط من ثفر وَمن قوم لوط وَكَانَ إِذا رأى غُلَاما يُفْسِدهُ وَقعت عَلَيْهِ الرعدة وسال لعابه وبرق بَصَره وَكَانَ لَا يستخدم فى دَاره إِلَّا المرد الملاح وَيَقُول قد اكرم الله تَعَالَى أهل جنته بِأَن أطاف عَلَيْهِم الغلمان فى حَال رِضَاهُ عَنْهُم لفضلهم على الجوارى فَمَا بالى لَا أطلب هَذِه الزلفى والكرامة فى دَار الدُّنْيَا مَعَهم وَيُقَال إِنَّه هُوَ الذى زين لِلْمَأْمُونِ اللواط وحبب إِلَيْهِ الْولدَان وغرس فى قلبه محاسنهم وفضائلهم وخصائصهم وَقَالَ إِنَّهُم بِاللَّيْلِ عرائس وبالنهار فوارس وهم للْفراش والهراش وللسفر والحضر فصدر الْمَأْمُون عَن رَأْيه وَجرى فى طَرِيقه واقتدى بِهِ المعتصم حَتَّى اشْتهر بهم وَملك ثَمَانِيَة آلَاف مِنْهُم.

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now