Bicara Ringkas 1

3.8K 8 0
                                    

Andaian Mudah Untuk Membezakan Hukum Lihatan Aurat Antara Yang Hakiki Dan Yang Bukan

Cubalah tanya mereka mengapa lelaki yang menyentuh patung wanita tidak membatalkan wuduk? Jawapan yang pasti adalah sekitar bahawa itu bukanlah manusia dan itu bukanlah anggota jasad yang sebenar atau seumpamanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cubalah tanya mereka mengapa lelaki yang menyentuh patung wanita tidak membatalkan wuduk? Jawapan yang pasti adalah sekitar bahawa itu bukanlah manusia dan itu bukanlah anggota jasad yang sebenar atau seumpamanya. Jika mereka boleh membezakan antara anggota yang sebenar dengan apa yang dirupakan sebagai anggota, mengapa apabila saya bawakan pendapat ahli fiqh seperti Šihābuddīn ar-Romliyy :

خَرَجَ مِثَالُهَا فَلَا يَحْرُمُ نَظَرُهُ فِي نَحْوِ مِرْآةٍ كَمَا أَفْتَى بِهِ جَمْعٌ لِأَنَّهُ لَمْ يَرَهَا

"Terkecuali pada yang diserupakannya (aurat), maka tidaklah haram lihatannya pada bahagian cermin sepertimana yang para jemaah memfatwakannya kerana dia tidaklah melihatnya (secara hakiki)". [Nihāyah al-Muḥtaj Ilā Šarḥ al-Muḥtāj, jilid 6, m/s 187, keluaran Dār al-Fikr, Beirut].

Atau daripada Muḥammad bin Farōmarzi bin *Aliyy :

(مِنْ مِرْآةٍ أَوْ مَاءٍ بِالِانْعِكَاسِ) يَعْنِي إذَا نَظَرَ إلَى فَرْجِهَا الدَّاخِلِ مِنْ زُجَاجٍ أَوْ مَاءٍ هِيَ فِيهِ تَحْرُمُ هِيَ لَهُ، وَأَمَّا إذَا نَظَرَ إلَى مِرْآةٍ أَوْ مَاءٍ فَرَأَى فَرْجَهَا الدَّاخِلَ بِالِانْعِكَاسِ لَا تَحْرُمُ لَهُ، كَذَا فِي فَتَاوَى قَاضِي خَانْ وَالْخُلَاصَةِ

"<Daripada cermin atau air secara pantulan>, iaitu, jika seseorang melihat farajnya yang berada dalam kaca atau air, maka padanya keharaman terhadapnya. Adapun jika dia melihat pada bayangan cermin atau air, lalu dia melihat farajnya yang berada di dalam secara pantulan, maka tidak haram padanya. Demikian pendapat dalam «Fatāwā Qōḍī H̱ōn» dan «al-H̱ulāsoh»". [Duror al-Ḥukkām Šarḥ Ġoror al-Aḥkām, jilid 1, m/s 33-34, keluaran Dār Ihyā^ al-Kutub al-*Arobiyyah].

Yang menyatakan terdapat perbezaan hukum pada lihatan tubuh badan yang sebenar daripada jasad dengan imej yang terpantul pada air dan cermin, kemudian, saya menyimpulkan bahawa tidak haram melihat aurat yang terpapar pada skrin digital atau hologram kerana ia bukan jasad yang hakiki, namun saya dicela habis-habisan? Mereka akui perbezaan hukum dalam isu sentuhan, mengapa tiba-tiba menyamakan pula dalam isu lihatan? Manhaj celaru seperti ini bukanlah manhaj ilmu.

Saya sangat pasti bahawa mereka bukan tidak faham, tetapi sengaja memilih untuk ingkar walaupun nyata secara sesungguhnya kebenaran itu. Hanya kerana tidak menepati citarasanya, terus dibuang dan tidak diterima.

Walaupun menampakkan diri bahawa mereka tidak mengingkari hal itu, mereka akan menggunakan kata-kata dan dalih yang penuh licik seolah-olah ia sesuatu yang salah dan buruk. Mereka akui kebenarannya, tetapi mereka ingin meruntuhkan nilai atau merendahkan martabatnya kerana mereka begitu benci dengannya. Itulah manifestasi keras keingkaran dalam jiwanya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/620504819064569857/bicara-ringkas-seksual-1-andaian-mudah-untuk

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now