Bicara Ringkas 34 : Harga Sebuah Pengingkaran

145 1 0
                                    

Apabila saya membawakan kalam ahli fiqh yang membezakan hukum lihatan aurat yang sebenar dengan aurat yang diserupakan dengan jasad seperti ar-Romliyy yang berkata :

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apabila saya membawakan kalam ahli fiqh yang membezakan hukum lihatan aurat yang sebenar dengan aurat yang diserupakan dengan jasad seperti ar-Romliyy yang berkata :

خَرَجَ مِثَالُهَا فَلَا يَحْرُمُ نَظَرُهُ فِي نَحْوِ مِرْآةٍ كَمَا أَفْتَى بِهِ جَمْعٌ لِأَنَّهُ لَمْ يَرَهَا

"Terkecuali pada yang diserupakannya (aurat), maka tidaklah haram lihatannya pada bahagian cermin sepertimana yang para jemaah memfatwakannya kerana dia tidaklah melihatnya (secara hakiki)". [Nihāyah al-Muḥtaj Ilā Šarḥ al-Muḥtāj, jilid 6, m/s 187, keluaran Dār al-Fikr, Beirut].

Ataupun Muḥammad bin Farōmarzi bin *Aliyy yang berkata :

(مِنْ مِرْآةٍ أَوْ مَاءٍ بِالِانْعِكَاسِ) يَعْنِي إذَا نَظَرَ إلَى فَرْجِهَا الدَّاخِلِ مِنْ زُجَاجٍ أَوْ مَاءٍ هِيَ فِيهِ تَحْرُمُ هِيَ لَهُ، وَأَمَّا إذَا نَظَرَ إلَى مِرْآةٍ أَوْ مَاءٍ فَرَأَى فَرْجَهَا الدَّاخِلَ بِالِانْعِكَاسِ لَا تَحْرُمُ لَهُ، كَذَا فِي فَتَاوَى قَاضِي خَانْ وَالْخُلَاصَةِ

"<Daripada cermin atau air secara pantulan>, iaitu, jika seseorang melihat farajnya yang berada dalam kaca atau air, maka padanya keharaman terhadapnya. Adapun jika dia melihat pada bayangan cermin atau air, lalu dia melihat farajnya yang berada di dalam secara pantulan, maka tidak haram padanya. Demikian pendapat dalam «Fatāwā Qōḍī H̱ōn» dan «al-H̱ulāsoh»". [Duror al-Ḥukkām Šarḥ Ġoror al-Aḥkām, jilid 1, m/s 33-34, keluaran Dār Ihyā^ al-Kutub al-*Arobiyyah].

Saya dikutuk habis-habisan, dituduh menunggang agama, mengikut hawa nafsu, mengambil pendapat yang syaz dalam Islam dan lain-lain yang berbentuk cemuhan. Pendapat ulama fiqh yang saya kutip untuk dijadikan sokongan serta yang saya mempertahankannya dengan dalil dan penghujahan ilmiah tetap dibuang seperti sampah dan saya terus menerus dipermainkan, disindir, diaibkan dan dikutuk.

Itulah penentangan orang yang tidak cakna kaedah fiqh terhadap perubahan hakikat zat menatijahkan perubahan hukum. Hendak menuduh orang mengikut hawa nafsu, tetapi dia sendiri mengikut kebodohannya sekalipun dia seorang ustaz di tahap tinggi.

Malah, yang mengutuk ini tidak sedar bahawa dia sebenarnya yang syaz kerana fuqaha mazhab terdahulu, terutamanya šāfiᶜian dan ḥanafian tidak pernah berselisih pandangan dalam hal ini dan ia adalah pendapat muktamad dalam mazhab. Mereka sebenarnya menunggang agama dengan sentimen kononnya mahu memelihara agama daripada pendapat yang aneh.

Saya beri penjelasan mudah mengapa pendapat ahli fiqh ini adalah benar dan bagaimana mereka mengaplikasikan kaedah fiqh. Mengapa tidak batal wuduk menyentuh gambar kemaluan? Mereka pasti akan menjawab sebab yang disentuh itu adalah gambar, bukan jasad.

Nah! Mereka mengasingkan kedua-duanya dalam isu wuduk, lalu mengapa tiba-tiba mengutuk orang yang berpegang dengan pendapat bezanya hukum lihatan aurat yang sebenar dan yang bukan? Orang sebegini berada di manhaj bercelaru.

Natijah hukumnya banyak. Bukan pada wuduk sahaja. Ḥanafian mengaitkannya dengan jika seseorang berusmpah untuk tidak melihat wajah sang fulan, kemudian dia melihat wajah sang fulan pada paparan bayangan air atau imej cermin, maka tidak dikira melanggar sumpahnya.

Šāfiᶜian pula menguatkan pandangan ini dengan mengaitkan permasalahan jika seseorang mentaᶜliqkan talaknya bahawa jika isterinya melihat seseorang individu, maka isterinya tertalak. Kemudian, isteri itu melihat individu tersebut pada bayangan air dan imej cermin, maka tidak jatuh talak.

Apa alasan kedua-dua mazhab ini? Jawapannya, kedua-dua mereka tidak melihatnya secara hakiki, tetapi hanya suatu bayangan yang dirupakan seperti seseorang. Mudah sahaja untuk memahami praktik kaedah fiqh ini walau untuk orang awam yang kurang pengetahuan tentang kaedah fiqh.

Dengan pendapat ini, pelajar perubatan boleh melihat lukisan gambar kemaluan untuk mempelajari anatominya dan ia tidak termasuk keperluan darurat. Untuk pembacaan bersahaja pun boleh. Para penonton boleh menonton berita atau dokumentari atau rancangan ilmu yang mana pihak yang terlibat dalm filem itu tidak menutup aurat dengan sempurna tanpa ada apa-apa masalah. Banyak lagi yang lain yang memberikan kemudahan dan keamanan kepada umat Islam dengan pendapat seperti ini.

Namun, mereka tetap juga berdegil hanya kerana rasa jijik untuk menyetujui pandangan bahawa adanya perbezaan hukum lihatan pada faraj antara di skrin digital dan yang sebenar. Mereka tetap bertegas untuk menyatakan bahawa melihat aurat di skrin digital atau yang bercetak adalah sama dengan yang sebenar.

Sekarang, mereka rasai sendiri natijah penentangan dan kedegilan mereka. Rasakan kegelisahan yang mereka hadapi akibat kebodohan. Setiap masa dan setiap tempat dirasakan tidak aman. Setiap kali mereka lihat gambar atau patung, kutiplah dosa yang mereka bertegas sangat yang mereka berhak mendapatnya!

Malah, tambah lagi dosa jika mereka mengutuk, mencela, menyindir, mempersenda, mengejek dan mencemuh hujah yang telah dibentangkan dan mereka tidak mampu menafikannya dengan jawapan ilmiah. Saya secara peribadi diaibkan yang mana salah satunya adalah kerana isu ini serta pandangan ulama fiqh pun dikira terlalu lekeh dan seolah-olah daun kering yang dia boleh tepis sesuka hati dia.

Mereka selalu berkata bahawa daging ulama beracun. Sekarang, mereka yang memperlekehkan pandangan ini sebagai pandangan syaz atau pandangan seolah-olah untuk memihak kepada hawa nafsu pihak tertentu, bukan untuk kebenaran sendiri mereasakan kesan langsung racun yang mereka ratah dengan rakus.

Kemudian, mereka yang hanya tahu mencerca, mengutuk, mengaibkan dan mempersenda, tetapi tidak mahu berhujah secara ilmiah dan objektif juga diharapkan sama-sama termasuk golongan yang sengsara sebegini.

Itu baru di dunia. Bagaimana kalau di akhirat kelak? Iaitu, balasan sikap mereka sengaja menentang kebenaran setelah tertegaknya hujah ke atas mereka? Apabila diberi penjelasan tentang kaedah fiqh dan dalilnya yang mudah dicerna oleh orang awam, mereka sengaja tidak menggunakan akalnya dan kuat penentangannya kerana tidak mahu menyalahi bias keinginan sosialnya.

Bagaimana keadaan di hari akhirat kelak yang mana tiada siapa boleh memaki, menyindir, mencerca dan mengutuk orang lain serta hanya hujah kebenaran yang mampu membelanya? Nantikanlah. Sesungguhnya kita semua termasuk orang yang menunggu.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/623644284861759488/bicara-ringkas-seksual-34-harga-sebuah

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now