Bicara Ringkas 35

91 0 0
                                    

Sebab Saya Menghasilkan Penulisan «Perincian Kaedah "Redha Terhadap Maksiat Adalah Maksiat" Pada Tontonan Pornografi»

Sebab Saya Menghasilkan Penulisan «Perincian Kaedah "Redha Terhadap Maksiat Adalah Maksiat" Pada Tontonan Pornografi»

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Penulisan ini saya memang agak ia kontroversi. Akan tetapi, bukan saya secara suka-suka ingin hasilkan penulisan ini. Saya ada sebab yang ilmiah untuk menghasilkan judul ini. Pada awalnya, saya beranggapan boleh menonton pornografi dengan cukup berpegang pada pendapat yang diutarakan oleh Abū al-*Abbās Šihābuddīn Aḥmad bin Salamah al-Qolyūbiyy yang berkata :

وَخَرَجَ بِهِ رُؤْيَةُ الصُّورَةِ فِي الْمَاءِ أَوْ فِي الْمِرْآةِ فَلَا يَحْرُمُ وَلَوْ مَعَ شَهْوَةٍ

"Terkecuali daripadanya (pengharaman lihatan badan) ialah lihatan bayangan pada air atau pada cermin. Tidaklah ia haram walaupun bersyahwat". [Ḥāšiyatā Qolyūbiy wa *Umayrah *Alā Šarḥ al-Muḥallā *Alā Minḥāj at-Ṭōlibīn, jilid 3, m/s 209, keluaran Dār al-Fikr].

Dan juga Sulaymān bin Muḥammad bin *Umar al-Bujayrimiyy yang berkata :

وَخَرَجَ بِهِ رُؤْيَةُ الصُّورَةِ فِي نَحْوِ الْمِرْآةِ وَمِنْهُ الْمَاءُ فَلَا يَحْرُمُ وَلَوْ مَعَ شَهْوَةٍ

"Terkecuali daripadanya (pengharaman lihatan badan) ialah lihatan pada bayangan di cermin dan air termasuk daripadanya (pengecualian). Tidaklah ia haram walaupun bersyahwat". [Tuḥfah al-Ḥabīb *Alā Šarḥ al-H̱otīb, jilid 4, m/s 372, keluaran Dār al-Fikr].

Melalui kenyataan ini, boleh untuk seseorang melihat aurat yang berupa imej di cermin atau bayangan air walaupun dalam keadaan bersyahwat. Ini juga teraplikasi pada paparan digital dan hologram. Saya telah pertahankan pendapat ini dengan lebih terperinci dalam penulisan saya yang berjudul «Hukum Melihat Aurat Yang Bukan Hakiki» dan «Adakah Syahwat Itu Sendiri Berdosa?».

Cuma, timbul persoalan bahawa adakah menonton pornografi ini dalam keadaan bersyahwat dan asyik terhadapnya termasuk kemaksiatan memandangkan seseorang itu sedang melihat aksi kemaksiatan. Di sinilah saya cuba kupaskan dan analisis. Saya sedang menjawab persoalan secara rinci pada yang bagaimana dikira aksi maksiat sehingga dianggap menyukai kemaksiatan?". Ini kerana bukan apa yang terpapar di pornografi adalah benar-benar kemaksiatan.

Ada juga suara sumbang yang menyatakan bahawa saya sedang mencari alasan lebih banyak supaya melihat pornografi ini tidak berdosa atau lebih sedikit ruang dosanya. Ini respons orang yang membaca dalam keadaan tidak mementingkan sikap ilmiah dan objektif.

Mengapa saya mengasingkan itu maksiat dan ini bukan maksiat adalam penulisna tersebut? Supaya tiada seseorang sewenang-wenangnya menuduh perbuatan itu adalah maksiat! Ingatlah bahawa menuduh sesuatu itu maksiat yang pada hakikatnya adalah tidak merupakan maksiat! Mencegah kemungkaran pun perlu jelas sama ada hal itu maksiat ataupun tidak, bukan semberono.

Saya selalu mendengar generalisasi secara pukal bahawa pornografi adalah lubuk kemaksiatan, terutamnya ia tempat penzina mempertontonkan perlakuannya. Kalaulah tuduhan ini dibuat satu persatu, maka dia telah melakukan qazaf!

Bukan semua pelaku yang ada di dalamnya adalah penzina. Boleh jadi ia adalah suami isteri yang sah sama ada sah di sisi syariat agama ini atau menurut kepercayaan agama lain. Saya telah bentangkan hujah untuk isu perkahwinan yang bukan Islam.

Sekarang, apabila mereka bermudah-mudahan menuduh pelaku yang ada dalam gambar atau video itu adalah penzina dan mereka tidak membawakan empat orang saksi atau pengakuan pelakunya atau menimbulkan keraguan yang munasabah dalam mahkamah, maka mereka sebenarnya telah melakukan qazaf. Ingatlah bahawa qazaf adalah termasuk tujuh dosa yang menghancurkan seseorang :

حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : حَدَّثَنِي سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ ، عَنْ ثَوْرِ بْنِ زَيْدٍ الْمَدَنِيِّ ، عَنْ أَبِي الْغَيْثِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَمَا هُنَّ ، قَالَ : الشِّرْكُ بِاللَّهِ ، وَالسِّحْرُ ، وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ، وَأَكْلُ الرِّبَا ، وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ ، وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ ، وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلَاتِ "

*Abdul *Azīz bin *Abdullah telah merawi hadis kepada kami, dia berkata፥➤ Sulaymān bin Bilāl telah merawi hadis kepadaku➤ Daripada Ṯawr bin Zayd al-Madiniyy➤ Daripada Abū al-Ġoyṯ➤ Daripada Abū Huroyroh -roḍiyallahu *anh-➤ Daripada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, baginda berkata: "Jauhilah tujuh yang memusnahkan". Mereka berkata: "Wahai Rasulullah, apakah ia?". Baginda berkata: "Syirik terhadap Allah, sihir, membunuh nyawa yang diharamkan Allah melainkan secara benar, memakan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri pada hari pertempuran dan menuduh wanita suci yang beriman yang tidak tahu apa-apa". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, no. 2573].

Dalam hadis ini, tidak menyinggung tentang perlakuan zina pun. Namun, yang dinyatakan jelas adalah tuduhan zina. Maksudnya menuduh zina tanpa bukti adalah lebih berat dosanya berbanding zina itu sendiri!

Sebab itulah saya menghasilkan penulisan ini bukan kerana menuruti syahwat, tetapi kepentingan ilmiah dan kefahaman.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/624171607335878656/bicara-ringkas-seksual-35-sebab-saya

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now