❤ 39 ❤

3.1K 98 24
                                    


- Kampung Gunung Hulu, Alor Setar -

- 10.15 pagi -

Ika buka kotak warna merah itu dan dia senyum nampak cincin tersebut. Ika terus pakai cincin itu semula.

Last dia pakai 4 tahun yang lepas. Dia terpaksa tanggalkan kerna masa itu memang waktu tak mengizikan untuk mereka bersama.

Ika ambil surat yang berada depannya itu. Dia baca tulisan arab atas surat itu.

"Surat untuk bakal isteriku.. Atikah Farha" ujur Ika lalu dia senyum. Dia buka dengan perlahan-lahan.

Semua tulisan dalam bahasa Arab. Ika pandang pintu biliknya yang tertutup rapat. Ika terus menghampiri katilnya lalu baringkan diri.

Assalammuaalaikum wahai bakal isteriku,

Mungkin aku malu untuk meluahkan dengan kata-kata,
Mungkin aku risau untuk bersua muka,
Tetapi hajat aku hanya satu,
Untuk menjadikan kamu sebagai isteri ku,
Untuk menjadikan kamu sahabat sehati sejiwa sehingga disyurga,
Untuk menjadikan kamu penyimpan rahsia bersama,

Mungkin surat ini hanya luahan hati ku untuk kau wahai bakal isteriku,
Kerana surat ini mencerminkan keikhlasan hati aku dalam memelihara ikatan suci antara kita selepas selesai nya akad,
Aku bukan seorang yang baik umpama malaikat,
Aku bukan yang kacak seperti idaman semua wanita,
Tetapi aku hanya seorang hamba Allah yang akan menjadi seorang suami yang terbaik buat isteriku selepas akad,
Tidak akan aku sia-siakan isteriku kerana kau adalah syurgaku,
Akan ku jaga isteriku seperti aku menjaga diriku sendiri,

Wahai bakal isteriku,

Sesungguhnya aku pohon kepada mu, agar kau sentiasa dekat dengan ku, pabila aku susah, senang, suka, duka agar kau menjadi penguat diriku untuk lebih tengguh,
Jadilah seorang mujahidah untuk aku seorang mujahid,
Bersama-sama membawa syariat Allah,
Aku juga memohon agar kau sentiasa memahami diriku dan menerima diriku seadanya,
Sesungguhnya baik buruk diriku adalah kurniaan Allah yang perlu redha kau menerimanya.

Dan aku akan sentiasa menjaga kau dihari kau muda dan dihari kau tua,
Dihari kau sihat dan dihari kau sakit,
Dihari kau gembira dan dihari kau sedih,
Dan percayalah bahawa setiap detik kita bersama selepas akad adalah satu pahala. Aku pohon kepada Allah agar ikatan kita akan kekal hingga ke syurga. InsyaAllah.

Yang benar,
Bakal suamimu. ~~

Mengalir airmata milik Ika. Dia terus lap menggunakan hujung lengan bajunya itu. Dia terus lipat semula kertas itu.

"Patut seminggu nie tak nampak dia. Rupanya dia tengah rancangkan sesuatu" ngomel aku sendirian.

Pintu bilik diketuk oleh seseorang.

"Ika... Ini Ibu, sayang. Boleh tak Ibu nak masuk?" soal Ibu. Ika terus bangun dan buka pintu bilik aku. Ibu senyum sambil belai pipi aku.

"Anak Ibu nangis ka?" soal Ibu. Ika mengangguk lemah. Ibu belai pipi milik Ika lalu muka anaknya dicium.

"Ika sedia ka?" soal Ibu. Ika pandang Ibu dan dia tidak mampu berkata apa-apa. Ibu senyum sahaja cuba bagikan Ika semangat.

"Ibu buat semua ini sebab Ibu sayangkan Ika. Ibu tahu Ika terlalu sayangkan Adam. Adam juga sayangkan Ika. Sekarang Ibu dan Babah dah buat keputusan yang kami setuju Ika dengan Adam" pinta Ibu sambil senyum.

[𝙲] 𝚂𝙴𝚃𝚄𝙻𝚄𝚂 𝙷𝙰𝚃𝙸 𝙼𝙴𝙽𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰𝙸𝙼𝚄 - 𝙺𝙹𝙸 🌹Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon