❤ 30 ❤

2.1K 94 44
                                    


- 3 hari yang lepas sebelum pernikahan Khairina -

- 9.00 petang -

Ika terus letakkan basikalnya bawah pokok tepi kedai Pak Atan itu. Ika terus masuk ke kedai Pak Atan untuk beli barangan untuk masak.

"Ustazah Ika!" jerit budak kecik itu terus peluk pinggang milik Ika. Ika terus terkejut dan mukanya berubah gembira bila nampak wajah kanak-kanak itu.

"Humaira. Mai sini kat Atuk" pinta seorang lelaki tua pada kanak-kanak itu. Humaira terus tarik tangan milik Ika dan tunjuk pada Atuknya.

"Atuk! Ini Ustazah Ika yang Humaira katakan tu" pinta Humaira kenalkan Ika pada Atuknya. Lelaki tua itu senyum pada Ika.

"Assalamualaikum Pakcik" ujur Ika.

Waalaikumsalam" ujur Pakcik itu. Dia berlalu pergi biarkan Ika bersama Humaira. Ika pandang sahaja wajah Humaira yang sedang menikmati aiskrim Malaysia.

"Sedap ka?" soal Ika pada Humaira. Humaira mengangguk kegembiraan bila dapat makan aiskrim. Siapa tak suka aiskrim mak Nazim.

"Ustazah! Ustaz Adam mana? Humaira rindu dekat dia" ujur Humaira sambil pandang aku. Ika cubit pipi putih milik Humaira.

"Ada. Kat rumah dia. Kenapa? Humaira rindu dia ka?" soal Ika pada budak kecil itu. Humaira mengangguk laju.

"Nak pergi jumpa dia ka?" soal Ika pada Humaira. Anak kecil itu menggeleng. "Ustazah kirim salam jelah. Mana tahu nanti jumpa Ustaz Adam dekat syurga" kata Humaira membuatkan Ika berkerut dahinya.

"Humaira! Jom sayang" panggil Atuk Humaira. Humaira melambai-lambai ke arah Ika. Ika senyum lalu lambai kembali.

Ika masih tidak sedap hati dengan apa yang dikatakan oleh Humaira.

__________

- Hospital Sultanah Bahiyah -

- 7.00 malam -

Ika menggenggam kedua belah jarinya. Seorang nurse menghampiri Ika.

"Minta maaf. Ini keluarga Naira Humaira ka? Saya perlu Cik isi borang" pinta Nurse itu. Ika minta Lya tunggu dekat wad kecemasan itu.

Ika berlalu pergi ikut nurse tersebut.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Afif dan Fakhrul pandang sesama sendiri. Jenazah Atuk dan Pakcik Humaira dah siap dikapankan.

"Macam mana? Kita bawa balik kampung terus?" soal Afif. "Afif dah call mereka ka?" soal Fakhrul. Afif mengangguk.

"Mereka terpaksa pindah Adam balik rumah sebab keadaan Adam memang teruk. Tapi kita uruskan kedua jenazah ini dahulu" kata Afif.

Fakhrul mengangguk faham. Afif menghampiri nurse lelaki yang uruskan jenazah tadi untuk hantar balik kampung mereka.

°°°°°°°°°°°°°°

Afif menghampiri Lya yang sedang menunggu Humaira yang masih di dewan pembedahan. Afif terus peluk erat tubuh isterinya.

"Sayang teman kakak awak ya. Saya balik uruskan Atok dan Pakcik Humaira. Kalau ada apa-apa bagitahu saya ya" pinta Afif lalu dahi milik Lya dicium lama.

"Afif! Jom kita kena cepat" pinta Fakhrul pada Afif. Afif terus lepaskan Lya. Afif berlari ke arah Fakhrul yang sudah berlari mengikut nurse lelaki itu.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Ika peluk erat tubuh milik Lya. Tetiba pintu bilik wad kecemasan terbuka luas. Seorang doktor wanita keluar terus Ika dan Lya menghampiri dia.

[𝙲] 𝚂𝙴𝚃𝚄𝙻𝚄𝚂 𝙷𝙰𝚃𝙸 𝙼𝙴𝙽𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰𝙸𝙼𝚄 - 𝙺𝙹𝙸 🌹Where stories live. Discover now