♥ 07 ♥

2.5K 103 49
                                    


- Kampung Gunung Hulu, Alor Setar -

- 9.30 pagi -

Khairina membawa sedulang air kopi dan berisikan satu pinggan cucur cempedak yang baru digoreng oleh Maknya.

Ikhmal tersenyum lalu pandang Khairina. Khairina berdiri kembali kembali dan terus betulkan shawl miliknya.

"Khai buat ka semua ini?" soal Ikhmal pada sepupu perempuannya itu. Khairina tersengih macam kerang busuk.

"Mana ada. Itu semua Kak Fiqah yang buat. khai cuma tolong sahaja. Khai minta diri ya" kata Khairina terus masuk ke dapurnya semula.

"Fiqah, sudahlah itu. Mak makan dulu. Nanti Khai habiskan. Kamu tunggu mengandung jangan nak buat kerja lebih sangat" bebel Makcik Haslina kepada isteri anak saudaranya itu.

Khairina masuk dapur dan sambung bancuh tepung untuk goreng cempedak. Khairina ini nampak jer brutal tapi bahagian dapur semua dia pandang.

Bak kata orang tua "dah boleh kahwin anak dara Pak Yusof ini."

Sebenarnya dah ramai orang masuk meminang si Khairina tapi semua dia reject. Tak sempat para tetamu nak langkah kaki naik ke rumah dah kena halau dengan Khairina.

Khairina seorang gadis kampung yang cantik. Dia juga menjadi rebutan ramai dalam kampung itu.

Tapi Khairina seorang yang hebat. Dia sentiasa jaga keselamatan Ika. Dulu pergi jadi isu dia tumbuk mamat bangla yang kacau Ika dan Lya.

Sekali Khairina bagi tumbukan Ultraman dia terus bangla itu balik Bangladesh sebab takut sama itu Nur Khairina Fartini.

__________________

- 10.30 pagi -

Khairina mengayuh basikal dengan sekuat yang mungkin. Kain tudung milik Khairina memukul-mukul mukanya membuat Khairina lemas.

Dia berhentikan basikal dia di sisi jalan. Dibuat kainnya bentuk reben yang selalu dibuat olehnya. Orang kampung kalau nampak mesti gelar "Khairina si budak 50 sen".

"Panasnya! Time ini makan aiskrim malaysia sedap juga. Kedai Pak Atan mesti ada jual kan" ujur Khairina terus parkingkan basikalnya tepi kedai itu.

Dari jauh kedengaran bunyi motor yang sangat kuat membuatkan Khairina tutup kedua-dua telinganya.

Geng makcik-makcik bawang yang lalu tadi telah buat pertunjukan percuma. Khairina tidak lepas pandang semua itu sambil jalan mengundur.

Tetiba Khairina terlanggar tubuh seseorang membuatkan dia hampir terjatuh. Lelaki itu sempat sambut tubuh kecil milik Khairina.

Mata mereka bertentangan. Masa itu bayangkan tiada siapa yang berada dekat kawasan Khairina disambutkan.

Lelaki itu terus lepaskan Khairina tadi. Khairina terus tundukkan mukanya kerana malu.

"Nasib baik tak jatuh. Sempat juga saya sambut awak tadi" ujur lelaki itu dengan senyuman yang manis pada wajahnya.

Dari dia kecil sambil ke besar dewasa lesung pipit dia menjadi idaman Khairina. Dia senyum sahaja lesung pipit lelaki itu mampu buat dia cair.

"Ehh! Khairina!" panggil lelaki itu sambil melambai-lambai tanganya pada muka Khairina.

Lelaki itu tergelak kecil. "Apa yang Khai pikirkan itu? Abang Uwais tanya ini Khai okay ka?" soal Uwais kepada Khairina.

Patut Khairina jadi tidak menentu rupanya hero yang selamatkan dia tadi adalah Ustaz Uwais.

Khairina terus berlari tinggalkan kedai runcit itu. Dia mengayuh basikal dengan laju dan tidak sempat Uwais berkata apa-apa.

"Kenapa Uwais?" soal Nazim yang menghampiri Uwais. Uwais senyum lalu menggeleng. Uwais terus peluk leher milik Nazim dan masuk semula ke dalam kedai runcit Pak Atan.

______________

- 11.30 pagi -

Nadhirah masuk ke dapur untuk menolong Ika dan Ibu mertuanya masak. Sudah 3 hari dia di sini mereka tak izinkan dia masuk dapur.

"Ya Allah! Nadhirah. Ibu kata jangan datang dapur. Kamu itu mengandung" bebel Ibu kepada Nadhirah.

Si menantu hanya tergelak kecil. Ibu biarkan sahaja Nadhirah di situ. "Ibu, bagilah Nadhirah buat kerja. Boring asyik baring jer" pinta Nadhirah.

Ika yang sedang basuh ikan itu hanya mengekek gelak. Kelihatan budak kecil Lya masuk dapur lepas tidurkan anak saudaranya.

"Kak Nadhirah! Alif dah tidur lena. Dia punya minta Lya baca dia ayat quran alahai kejap jer terus tidur dibuai mimpi" kata Lya dengan gembira.

Lya terus melabuhkan punggungnya di sebelah kak iparnya itu. Wajah Nadhirah dipandang oleh Lya tetiba.

"Comelnya. Lya nampak biji mata Kak Nadhirah sahaja" kata Lya sambil minum air sejuk yang diambil olehnya tadi.

Sebenarnya Nadhirah dekat rumah mertua dia memang dia tidak berpurdah hanya diluar rumah sahaja.

Tapi tadi Nadhirah mengikut Attar pergi ke pasar membuatkan Nadhirah tidak buka purdah miliknya itu.

Balik dari pasar itu terus rehatkan dirinya lalu tertidur. Sampai dia terjaga balik dan terus masuk dapur untuk tolong mertuanya.

Lya masih pandang Nadhirah membuatkan Nadhirah angkat kening tanda kenapa.

"Kak Nadhirah, Lya nak pakai macam Kak Nadhirah boleh tak?" soal Lya pada Nadhirah. Kepala milik Lya dibelai.

"Boleh sahaja wahai adik abang. Tapi pakai purdah itu hatinya kena kuat tau" kata abang Attar yang baru balik dari surau.

"Hati Lya mana kuat. Jangan pakai" ujur Ika pada Lya. Si kakak itu dipandang sambil mulut bebel sesuatu.

Mulut milik Lya ditampar lembut oleh Attar. Aduh! Sakitlah abang!" ujur Lya terus peluk lengan milik Attar.

Mulutnya dipegang. Lya budak yang suka berlakon lebih-lebih sedangkan Attar tampar manja sahaja.

"Mana Babah kau, Attar?" soal si Ibu tidak nampak kelibat si suami bersama anaknya itu.

"Babah balik lewat sikit sebab dia nak cakap apa ntah dengan Pakcik Ahmad" kata Attar pada Ibunya.

"Mesti nak jodohkan Kak Ika dengan Ustaz Adam!" kata Lya terus lari tinggalkan dapur. Ika yang khusyuk cuci ikan terkejut dengan kata adiknya itu.

"Allahu! Lya memang nak kena" marah Ika. Jarinya terluka itu dibasuh dengan air. Attar terus menghampiri Ika.

"Tengok jari! Allahu! Dalam ini" kata Attar sambil pegang jari milik Ika. "Biarlah ikan itu. Nanti abang sambung basuh. Tekan luka itu" pinta Attar terus berikan kain pada Ika.

Ibu pandang Ika. "Kenapa Ika terkejut sampai terhiris jari? Ika suka kat ustaz Adam ka?" soal Ibu pada Ika.

Attar dengan Nadhirah juga mahu tahu apa jawapan dari Ika..

"Assalamualaikum"

Seseorang yang memberikan salam itu telah membuatkan jawapan dari Ika tergendala sebentar.

.
.
.

🌸🌸🌸🌸🌸

.
.
.

Bersambung..

[𝙲] 𝚂𝙴𝚃𝚄𝙻𝚄𝚂 𝙷𝙰𝚃𝙸 𝙼𝙴𝙽𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰𝙸𝙼𝚄 - 𝙺𝙹𝙸 🌹Where stories live. Discover now