❤ 33 ❤

1.8K 90 63
                                    

- Kampung Gunung Hulu, Alor Setar -

- 5.30 petang -

Adam yang baru balik dari surau terkejut dengan kereta besar yang parking depan rumahnya. Adam terus masukkan motornya ke bawah rumah.

Adam naik perlahan-lahan dan semua yang sedang khusyuk sembang terus pandang ke arahnya.

"Itulah anak teruna kami. Muhammad Adam Miqael" pinta Mak bila nampak Adam masuk ke dalam rumah.

Semua pandang Adam sambil senyum. Adam terus berlalu masuk ke dapur. Dia malas nak duduk situ bersembang-sembang sama orang lebih berumur.

Dia terus masuk ke dapur. Adam terkejut melihat seseorang yang dia kenal sedang bancuh air.

"Ehh jap! Saleha?" panggil Adam dan perempuan itu terus beralih dan pandang Adam sambil senyuman yang manis.

"Haaaaa! Abang!" sergah Khairina. Adam senyum sahaja bila Khairina buat begitu. Saleha pandang Adam.

"Abang nak minum ka? Nak Saleha hidangkan?" soal Saleha tapi Adam cepat-cepat menggeleng tanda dia tidak mahu.

Khairina hanya senyum. Saleha terus bawa air tuh ke depan. Khairina terus pegang erat lengan Adam.

"Mak nak satukan abang dengan Saleha. Abang okay ka?" soal Khairina pada Adam. Adam makam cucur pisang yang dibeli oleh dia tadi.

"Abang dah tak kisah, Khai. Abang yang suruh Mak carikan calon untuk abang" pinta Adam terus berlalu dari situ.

Khairina mengeluh panjang. "Aku bukan tak suka Saleha tapi ya Allah queen control! Jenuh pulak abang aku nanti kena ikut jer dia merata!" bebel Khairina lalu duduk dan makan cucur pisang itu.

_____________

- 9.30 malam -

Lya terus masuk ke dalam biliknya. Baju-baju bayi yang sudah dibasuh itu diletakkan atas katil milik mereka.

Afif masuk terus senyum tengok Lya yang sedang lipat baju anak-anak mereka. Afif terus baring sebelah Lya sambil usap kandungan isterinya.

"Kenapa sayang muka monyok jer" pinta Afif sambil tarik mulut kecil milik Lya. Gadis itu menggeleng lalu senyum.

"Sayang rindukan Kak Ika ka?" soal Afif. Lya mengangguk. "Abang faham sayang. Kita semua rindukan dia tapi nak buat macam mana ini keputusan yang dia nak buat" pinta Afif cuba buat Lya jangan terlalu fikirkan.

"Tadi Khairina datang rumah. Dia bagitahu yang abang Adam itu dah nak bertunang" kata Lya lalu mencebik.

Afif tergelak lalu pandang wajah lembut Lya. "Asal sayang yang sedih?" soal Afif sambil baringkan kepalanya atas paha Lya.

"Sebab Lya tahu yang abang Adam masih sayangkan Kak Ika. Kak Ika pun sama. Lya nak tengok mereka bahagia" ujur Lya.

"In'shaa Allah sayang, kalau di izin oleh Allah, mereka akan bersama juga. Jangan risau. Sentiasa berdoa pada Allah ya" kata Afif sambut cium kandungan milik Lya.

Lya tergelak kecil dengan kerenah manja Afif. Diusap rambut lelaki itu berulang kali.

"Sayang. Anak-anak kita akan jadi sejarah dalam kampung ini! Wah wah wah!" kata Afif gembira. Lya hanya senyum dan usap kandungannya itu.

____________

- Prince Court Medical, Kuala Lumpur -

- Seminggu kemudian -

[𝙲] 𝚂𝙴𝚃𝚄𝙻𝚄𝚂 𝙷𝙰𝚃𝙸 𝙼𝙴𝙽𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰𝙸𝙼𝚄 - 𝙺𝙹𝙸 🌹Donde viven las historias. Descúbrelo ahora