♥ 04 ♥

3.3K 113 46
                                    

- Surau Kampung Gunung Hulu-

- 9.00 malam -

Adam pandang ke arah Uwais yang masih tidak henti senyum seorang diri sambil betulkan lipatan bajunya.

Dicuit badan Uwais mengggunakan siku miliknya. Uwais pandang lalu keningnya diangkat.

"Kau asal? Apa yang happy sangat? Tahulah dah balik kampung tapi jangan nak syok sangat" pinta Adam pada Uwais.

Uwais tergelak kecil lagi. Adam terus buat muka menyampah dia.

"Kau nampak tak kasut jemaah tersusun rapi?" soal Uwais kepada Adam. Adam mengangguk laju.

"Aku tahu siapa buat. Ouhh rupanya kau gelakkan adik aku! Dia punya perangai memang tak boleh tengok kasut berselerak" kata Adam kepada Uwais.

Uwais mengangguk faham. Dulu masa umur Khairina 5 tahun dia selalu nampak Khairina susun kasut para jemaah yang hadir.

"Dia seorang yang pembersih. Untung siapa dapat dia" kata Uwais bersahaja membuatkan Adam terus pandang Uwias.

"Kau suka adik aku?" soal Adam membuatkan Uwais menggeleng. "Mana ada! Aku cuma cakap jelah!" kata Uwais terus tumbuk bahu milik Adam.

Uwias minta untuk balik dahulu. Tinggal Adam disitu. Cuma bapak kata mahu balik lewat sebab bincang pasal kenduri kesyukuran untuk Uwais.

Adam mahu start motor tapi terhenti bila nampak seorang gadis turun dari surau dengan ayu.

Dia memasukan begnya ke dalam bakul depan basikalnya itu.

"Kak Ika! Jom balik" ujur si adik pada kakaknya. Ika naik basikal dengan perlahan-lahan.

Lya terus naik dan peluk pinggang milik kakaknya itu. Adam start motor dia lalu ikut dua beradik itu dari jauh.

"Sejuknya malam ini, Kak Ika" kata Lya sambil lepas tangan dan buat gaya ala-ala titanic.

Adam yang mengekori mereka hanya senyum tengok kerenah dua beradik itu. Mereka berdua masuk kawasan rumah mereka.

Adam terus memecut laju motor miliknya iti terus ke kawasan lepak mereka berempat.

___________

-Kampung Gunung Hulu-

- 10.00 malam -

Uwais menghampiri Anis yang sedang khusyuk menulis sesuatu.

Anis nampak Uwais lalu senyum kepada abangnya itu.

"Buat apa? Kerja amali ka?" soal Uwais. Kertas-kertas yang berada atas meja milik adiknya diambil lalu baca.

"Berapa lama dah Anis study dekat giat mara?" soal Uwais pada Anis.

"Dah 6 bulan. Anis teringat sangat masuk buat-buat kek bagai. Nanti Anis nak buka Cafe! In'shaa Allah" kata Anis terus imankan doanya itu.

Uwais tergelak lalu aminkan juga. Dipandang adiknya yang khusyuk salin menu.

"Selalu Anis jual karipap pukul berapa?" soal Uwais pada Anis. Karipap yang ada dalam pinggan itu diambil oleh Uwais sebijik.

"Petang lepas balik giat pukul 2 lepas tuu dalam pukul 4.45 petang lepas solat Asar, Anis start jual karipap" ujur Anis yang masih menyalin kerja amalinya.

Uwais rasa bersalah pada adiknya. Patutnya adiknya Anis mesti hidup mewah bukan mencari duit semua.

"Maafkan abang ya. In'shaa Allah abang janji abang akan bantu Ayah, Umi dan Anis" kata Uwais bersemangat.

[𝙲] 𝚂𝙴𝚃𝚄𝙻𝚄𝚂 𝙷𝙰𝚃𝙸 𝙼𝙴𝙽𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰𝙸𝙼𝚄 - 𝙺𝙹𝙸 🌹Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum