♥ 06 ♥

2.8K 119 33
                                    


-Kampung Gunung Hulu, Alor Setar-

- 12.56 tengah hari -

"Ibu! Babah! Abang Attar dah sampai!" jerit Lya kegembiraan terus dia lompat dari rumahnya.

"Acu!" jerit seorang budak lelaki yang berlari ke arah Lya. Tubuh budak kecil itu dipeluk erat oleh Lya.

Lya terus dukung anak lelaki abangnya itu. Lya terus menghampiri kak iparnya yang baru keluar dari kereta.

"Assalamualaikum. Sihat ka?" soal Nadhirah Adawiyah isteri kepada abang Attar. Dia terus peluk Lya dengan erat.

"Alhamdulillah sihat. Jom masuk Ibu dah siap masak semua dah" kata Lya pada Nadhirah. Nadhirah mengangguk faham.

"Turun sayang. Kesian Acu kena dukung" pinta Nadhirah suruh anaknya turun.

"Acu dahlah pendek! Kena dukung Alif yang demuk lagi pendek Acu. Kesian Acu nanti" kata si abang menyakat si adik.

Lya geram terus menghampiri Attar yang baru lepas keluarkan bagasi mereka. Dicubit lengan milik abangnya itu.

"Aduh! Sakitnya adik!" ujur Attar sambil gosok kat tempat yang dicubit oleh Lya tadi. Lya terus bawa Alif masuk ke dalam rumah dengan penuh kegembiraan.

Attar pandang isterinya yang sedang jalan di kawasan yang penuh dengan batu. Attar terus menghampiri tubuh Nadhirah.

"Sayang! Hati-hati sikit jalan. Awak tuh mengandung sedar diri sikit ya" ujur Attar pada isterinya.

Kedengaran tawa dari Nadhirah. Hanya kedua-dua belah matanya yang boleh memberitahu si Nadhirah sedang senyum.

Attar terus merangkumi pinggang milik Nadhirah. Jubah milik Nadhirah diangkat sedikit supaya tidak terpijak.

______________

- 01.15 petang -

Batu-batu kecil ditendangnya. Mukanya yang merajh dek kerana matahari yang terik.

Lya mendengus marah bila Ibu minta dia berikan lauk kepada Makcik Yani. Jarak rumah mereka jauh juga.

Lya terpaksa jalan kaki sebab basikal miliknya tayar pecah. Waktu panas terik ini, mulut milik Lya mengatakan sesuatu.

"Benci aku kena hadap muka mamat poyo jantan tak guna lembu segala kampung!" bebel Lya dengan sakit hati.

Dia masuk kawasan rumah Makcik Yani.

"Assalamualaikum, Makcik Yani!" panggil Lya dengan kuat. Tetiba seorang lelaki keluar membuatkan Lya terkejut.

"Ehhhh! Pendek! Asal kau datang sini? Nak mengorat aku ka?" soal Afif yang hanya berkain pelikat dan singlet itu.

Lya terus mencebik. Afif dengan Lya memang begitu. Dia kat kelas dengan berbahasakan 'Ustaz' tapi kalau mereka jumpa kat luar macam ini 'aku kau' yang dibedal oleh Afif.

"Perasan! Kau ingat aku nak kat kau?! Dagu macam mesin rumput! Tajam nak mampus!" marah Lya sambil tendang batu-batu kecil.

"Eh kau jangan tendang batu tuh. Kesian ayam aku kena tuju de-"

"Allahuakbar! Afif Furqan! Jangan kacau Lya! Hang suka kacau anak dara Pakcik Ahmad ini! Aku kahwinkan hang dengan dia karang!" marah makcik Yani lalu telinga milik Afif dipiat.

Lya terus buat mulut muntah bila dengar kata-kata makcik Yani tadi. Lya terus masuk bila makcik Yani panggil.

"Sakitlah Mak! Lepaskan telinga Afif!" ujur Afif lalu tangan milik makcik Yani ditolak lembut. Digosok telinganya berulang kali.

[𝙲] 𝚂𝙴𝚃𝚄𝙻𝚄𝚂 𝙷𝙰𝚃𝙸 𝙼𝙴𝙽𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰𝙸𝙼𝚄 - 𝙺𝙹𝙸 🌹Onde as histórias ganham vida. Descobre agora