❤ 32 ❤

1.9K 88 58
                                    


- Kampung Gunung Hulu, Alor Setar -

- 10 Bulan Kemudian -

- 5.00 petang -

Uwais menghampiri Khairina yang sedang membaca al-quran. Songkok hitam miliknya diletak atas meja sisi tepi katil mereka.

"Sayang. Sayang masih menangis ka? Sudahlah sayang. Dah 5 bulan Ika tinggalkan kita. Jangan seksa diri awak dan anak dalam kandungan itu" pinta Uwais terus kucup dahi milik Khairina.

Khairina terus peluk tubuh suaminya dengan erat. Sejak Ika pergi dari kampung ini tanpa berita Khairina banyak mengurungkan dirinya dalam bilik.

Khairina yang sudah mengandung 6 bulan itu mengusap kandungan miliknya itu.

Tapi setiap petang kalau dia kuat, dia akan pergi mengaji dengan Lya dan Anis dekat rumah Ustazah Liana.

Uwais ambil air yaasin lalu berikan kepada Khairina. "Minum ni. Jangan nangis nanti anak kita muka dia sembam jer" kata Uwais sambil cuit hidung milik Khairina.

Khairina senyum lalu tumbuk lembut bahu suaminya. Dia terus baringkan kepalanya dekat bahu milik Uwais.

"Ini yang Khairina nak peluk malam-malam tau. Hari itu abang pergi outstation Khairina peluk ChanChan jer" ujur Khairina lalu buat muka sedih dia.

Uwais cium hidung milik Khairina. Gadis itu tersimpul malu. Uwais tercari-cari sesuatu pada bawah lengan Khairina.

"Cari apa?" pinta Khairina terus pegang erat tangan Uwais. Muka Uwais dan kemerahan kerana tahan sakit dicubit oleh Khairina.

"Abang nak usap kandungan sayang! Ya Allah! Sakit!" kata Uwais terus gosok tempat yang dia rasa sakit itu. Khairina terus pegang lengan milik Uwais.

"Maaflah. Khairina ingat abang nak buat apa time macam ini" pinta Khairina terus pandang Uwais lalu senyum manja.

Uwais terus jentik manja dahi isterinya. Khairina tersengih-sengih macam kerang busuk. Dia ambil tangan Uwais lalu letak pada kandungannya.

Uwais tersenyum. "Anak Abi sihat ka? Alhamdulillah dia sihat ni" pinta Uwais bila dia dapat rasakan tendangan anak dalam perut Khairina.

"Ini boleh kalahkan David Beckham ini! Anak Abi kuat tendang" pinta Uwais bergurau. Khairina terus tampar bahu suaminya.

"Malam ini Abi bacakan surah-surah al-quran ya sayang" ujur Uwais pada anaknya itu. Khairina bermain-main sama rambut hitam milik Uwais.

______________

- Aman Centre Mall -

- 6.00 petang -

Lya memegang erat tangan Afif yang sedang menolak troli barang itu. Afif cium lembut dahi milik Lya yang gebu itu.

"Isteri abang sejak mengandung makin bertambah berat badan. Geram pulak tengok montel-montel gini" kata Afif. Lya terus pukul lengan suaminya.

"Perlahan sikit suara! Buat malu jer" kata Lya terus menghampiri kawasan barangan bayi. Lya terus cari barangan untuk bayinya yang bakal lahir.

Yup, Alhamdulillah Lya juga sudah mengandung 8 bulan. Tengok walaupun dah 8 bulan tapi dia kuat lagi ajak suaminya keluar beli barangan bayi.

"B! Tengok baju ini alahai cantiknya ada renda pulak" kata Lya sambil bermain dengan dress bayi perempuan itu.

[𝙲] 𝚂𝙴𝚃𝚄𝙻𝚄𝚂 𝙷𝙰𝚃𝙸 𝙼𝙴𝙽𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰𝙸𝙼𝚄 - 𝙺𝙹𝙸 🌹Where stories live. Discover now