♥ 11 ♥

2K 83 27
                                    

- Kampung Gunung Hulu, Alor Setar -

- 1.50 petang -

Pak Ahmad turun dari motor terus menghampiri kawan-kawan yang sedang lepak warung kopi Janda Tipah.

"Hoii Mad! Mai sini!" ujur Pakcik Abu bapa kepada Nazim. Pakcik Yusof, Pakcik Darus dengan pakcik Yahya jugak turut ada di sana dengan yang lain.

"Kau order jer nak minum apa. Aku belanja" pinta Pakcik Yahya bapa kepada Ustaz Afif. Pakcik Ahmad senyum dan terus order air kopi macam biasa.

"Waktu panas gini rehat jap kat warung Tipah best jugak dari balik rumah kena bebel dengan isteri" ujur Pakcik Darus ayah kepada Uwais.

Mereka ketawakan Pakcik Darus. "Jahat hang! Aku bahaq kat bini hang!" ujur Pakcik Yahya untuk sakat Pakcik Darus.

Mereka ketawa terbahak-bahak. Ingat remaja jer boleh lepak zouk? Orang tua macam diorang lepak zouk warung kopi Janda Tipah.

Janda Timah menghampiri mereka sambil bawa mee goreng yang dipesan tadi. Orang-orang tua semua itu tersenyum gembira.

Sedangkan di rumah isteri masak tapi mereka semua lepak sini. Kesian si para isteri dapat suami yang suka lepak warung kopi janda.

Dari jauh kedengaran motor milik makcik Rosmah melalui kawasan warung kopi Janda Tipah. Mereka berdua masuk warung Tipah dan terus duduk sebelah meja dengan geng-geng bapak itu.
Pakcik Ahmad tidak suka akan kehadiran mereka. Dia terus jeling ke arah Limah yang melambai kr arahnya.

"Weiii dia jeling kat aku! Aku rasa tiba masanya aku kasi tahu semua orang kampung!" kata makcik Limah dengan gembira.

Makcik Rosmah bersorak dengan kuat. Penduduk kampung yang ada kat warung itu turut bersorak walaupun mereka tak tahu untuk apa bersorak.

"Ada anak dara orang itu! Kemarin aku tengok syok duk beromen kat tengah bendang dengan anak kawan baiknya. Ustaz pulak tuu! Allahuakbar! Buat malu keluarga ja!" kata Limah yang sedang mereka-reka cerita.

Pakcik Ahmad terus pandang kawan-kawan dia yang lain. Dia pandang air kopi dan minum. Hatinya sudah panas dek kerana berita itu.

"Ya Allah? Yeka?" soal Janda Tipah yang turut dengar apa yang dikata oleh Makcik Limah tadi. Makcik Limah mengangguk laju.

"Bukan itu jer! Ada anak dara orang itu. Kita nampak baik cari duit jual karipap tapi kat luar Ya Allah! Sama dengan kawan dia beromen depa kat dalam sawah. Aku tengok malu!!! Anak dara siapa buat malu mak bapak!" kata Limah dengan penuh puas hati.

Wajah Pakcik Darus sudah bertukar marah. Dia pandang wajah kedua anak dara tua itu.

"Hampa berdua duk cakap pasal siapa hah? Kalau hampa fitnah hampa berdua berdosa besaq!" kata Pakcik Darus sambil menunding jari ke arah makcik Limah dan makcik Rosmah.

Makcik Rosmah dengan beraninya dekatkan dirinya kepada pakcik Darus. "Kau nak tahu siapa? Nak tahu tak semua?" soal makcik Rosmah pada semua kat warung itu.

"Kami nak tahu! Bagitahu jelah!" jerit orang-orang kampung dalam warung itu. Makcik Limah pandang Makcik Rosmah dan mereka mengangguk.

"Kalau hampa nak tau anak depa si Lya duk gedik dengan ustaz dia sendiri! Ustaz Afif! Lagi seorang budak duk jual karipap si Anis dengan Nazim anak orang tau nak mampus ini!" jerit Makcik Limah depan muka pakcik Darus yang senyap bila nama anaknya disebut.

Pakcik Ahmad bingkas bangun dan terus pandang Makcik Limah dengan marah. "Kau jangan nak fitnah, Limah! Aku tau kau sakit hati kat aku tapi jangan kau kata bagitau pada anak aku!" marah Pakcik Ahmad.

[𝙲] 𝚂𝙴𝚃𝚄𝙻𝚄𝚂 𝙷𝙰𝚃𝙸 𝙼𝙴𝙽𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰𝙸𝙼𝚄 - 𝙺𝙹𝙸 🌹Where stories live. Discover now