❤ 31 ❤

1.9K 94 37
                                    


- 2004 -

- 5.00 petang -

"Cepatlah! Aku nak hangpa semua lumba juga!" jerit Adam pada kawan-kawan dia yang lain.

Afif yang masih berjalan sambil betulkan baju melayu itu tidak tahu apa yang sedang dimaksudkan oleh Adam.

"Hang pasal apa, Adam? Dah gaya macam nak berlumba ja aku tengok" soal Afif terus naik basikalnya.

"Yelah! Aku nak lumba! Tengok siapa ya race menang sampai kat tempat lepak kita!" kata Adam lagi.

"Tak mau aku! Bukan menang apa. Buat penat kaki aku kayuh basikal!" balas Uwais terus duduk tertonggeng tepi basikal dia sambil main tayar basikalnya.

Adam terus pegang kepala dia untuk mendapatkan apa-apa idea janji semua join race dengan dia.

"Okay "tadi bapak aku bagi aku 2 ringgit! Aku beli 20 batang aiskrim malaysia mak si Nazim tuh" kata Adam sambil tunjuk duitnya.

Nazim terus pandang duit Adam itu. "Wahhh kayalah mak aku nanti! Okay! Aku siapkan 20 batang aiskrim!" jerit Nazim kegembiraan terus pecut balik rumah dahulu.

"Lol! Aku ingat dia nak join! Aku joinlah! 20 batang aiskrim puas makan" pinta Afif terus lompat-lompat atas basikalnya.

Uwais terus naik basikalnya.

"Okay! Ready set go!!!" jerit Adam terus mulakan race dia. Tetiba ada seseorang laju jer dari arah belakang.

"Aku nak menannnnnnggggggggggg!" jerit Khairina yang sedang memecut laju terus tinggalkan Adam, Afif dan Uwais masih terkejut dengan apa yang terjadi.

°°°°°°°°°°°°°

"Yeahhhhh! Aku menang! Akulah minah rempit dalam kampung ini!" jerit Khairina terus menghampiri Nazim dan beg plastik yang berisi aiskrim malaysia itu diambilnya.

"Duit mintak abang aku ya" kata Khairina terus menghampiri kawan-kawannya. "Ika! Khairina ada aiskrim malaysia!" jerit Khairina terus berikan satu kepada Ika.

Terus dia bagi kepada Lya dan Anis. Yang lain hanya pandang mereka sedap makan aiskrim. Mereka semua pandang Khairina dengan muka sayu.

"Hampa asal tak blah lagi? Khai dah menang okay!" pinta Khairina sambil hisap aiskrim milonya.

"Kami nak satu. Ada banyak tuh" ujur Uwais sambil buat jarinya. Khairina hanya ketawakan mereka.

"Okay! Cheq nak tanya nampak tapi jujur tau! Dalam kami 4 orang ini hampa semua suka sapa?" soal Khairina pada mereka berempat.

Ika terus tarik lengan milik Khairina dan gadis itu terduduk. "Asal tanya soalan macam itu? Malulah" pinta Ika.

Khairina ketawakan. "Nak malu apa. Cheq nak tengok tahap galak depa semua" ujur Khairina terus menghampiri mereka berempat itu.

"Aku cakap 1 sampai 3 hangpa sebut noh" kata Khairina. Mereka berempat iakan sahaja.

"1 2 3!"

"Khairina!"  jerit Uwais.

"Ika!" jerit Afif dengan sekuatnya.

"Anis!" jerit Nazim sambil lambai Anis.

" Ik-- Lya!" jerit Adam sambil senyum pandang Lya.

"Wahhh! Tak sangka ya!" Khairina terus berikan aiskrim kepada mereka berempat. Lya terus peluk lengan milik Afif.

[𝙲] 𝚂𝙴𝚃𝚄𝙻𝚄𝚂 𝙷𝙰𝚃𝙸 𝙼𝙴𝙽𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰𝙸𝙼𝚄 - 𝙺𝙹𝙸 🌹Where stories live. Discover now