♥ 10 ♥

2.2K 84 37
                                    


- 2001 -

- 5.00 petang -

Khairina lepas tangan milik Maknya. Si Mak risaukan anaknya jatuh tapi Khairina kanak-kanak yang tidak mudah menangis.

Cuma dia akan menangis kalau abangnya tak mahu kawan atau bermain dengannya. Khairina menghampiri pili air.

Dimain olehnya paip air itu buka tutup. Dari jauh Khairina nampak baldi kosong dan dia terus ambil. Khairina buka air dan isikan ke dalam baldi itu.

Di isi olehnya separuh untuk boleh dirinya yang kecil angkat. Dia letak baldi itu dan terus masuk ke dalam stor surau itu.

Dia ambil kain. Khairina cuba capai sabun tapi dia tak berdaya kerana terlalu pendek. Dia senyum bila nampak penyapu.

Dia terus ambil dan tolak sabun dengan mengggunakan penyapu tersebut. Sabun terus jatuh dan nampak sedikit gembira di wajah Khairina.

Khairina terus masukkan sabun itu sedikit dalam baldi itu tadi. Dikocak-kocak air sabun itu sampai berbuih.

Ramai para jemaah sudah balik. Mak Khairina datang untuk masuk kelas mengaji. Dia tahu Khairina pandang jaga diri.

Khairina angkat baldi itu dengan muka berkerut-kerut kerana berat. Sampai sahaja depan tangga Khairina terus lipat lengan bajunya.

Kasut-kasut jemaah yang masih ada diambil dia lalu susun. Dia senyum bila dapat buat semua itu. Dia ambil kain lalu baling ke dalam baldi tersebut.

Khairina celup kain tadi sedalam-dalamnya. Dia ambil kain itu semula lalu perah dengan kuat. Dia terus menghampiri tangga surau itu lalu dilap.

Dia gosok tangga surau itu dengan lembut. Khairina pandang tangga yang hampir bersih itu. Dia berasa puas hati dapat lap tangga surau itu.

[𝙲] 𝚂𝙴𝚃𝚄𝙻𝚄𝚂 𝙷𝙰𝚃𝙸 𝙼𝙴𝙽𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰𝙸𝙼𝚄 - 𝙺𝙹𝙸 🌹Where stories live. Discover now