❤ 25 ❤

1.9K 82 71
                                    

- Kampung Gunung Hulu, Alor Setar -

- 8.30 malam -

Kedengaran bebelan dari seorang Mak membuatkan Khairina tutup telinganya pakai headphone yang dibeli oleh Uwais.

"Bisingnya Mak!" ujur Khairina pada Maknya. Mak terus sakit hati diambil sahaja benda depannya terus baling ke arah Khairina.

"Sakit Mak!" ujur Khairina terus menjauhkan diri dari Maknya. Mak terus letakkan ais atas dahi milik Adam yang lebam kerana nak elak lembu.

"Nasib baik tak jadi apa-apa dekat Ika. Hang bawa kereta lagu mana, Adam?" soal Mak pada Adam. Si anak terunanya dari tadi hanya senyap sahaja.

"Nak lagu apa Mak hoii! Lagu nustan ka? Gelek sikit" kata Khairina kacau Maknya yang sedang berleter itu.

"Hang Khairina! Aku sepak hang sampai bangla sana kot" marah Mak dengan perangai Khairina yang suka menyakat.

"Mak! Abang itu macam orang baru balik zouk! Lembam jer kat dahi dah mabuk teruk! Ka tengah mabuk cinta?" soal Khairina terus menghampiri Adam.

"Weii abang! Ika ada kata apa-apa ka? Weii abang" soal Khairina tapi Adam hanya termenung jauh. Dipukul dahi abangnya itu dengan kuat.

"Ya Allah anak dara ini! Kejam sungguh dia!" marah Mak pada Khairina. Khairina ketawa berdekah-dekah pada Maknya itu.

Mak terus pandang wajah Adam. "Sayang! Asal hang ini! Kemaruk nak kahwin ka?" soal Mak pada Adam.

"Kahwin?" soal Adam yang bangun dengan lajunya. Dipegang pipi milik Mak dengan erat.

"Mak! Adam sedia Mak. Mak masuk meminang Ika untuk Adam. Adam baru ingat dia terima Adam, Mak!" jerit Adam kegembiraan.

Mak terus berlalu masuk dapur malas nak layan gila kedua anak-anaknya.

Khairina tersenyum bila dengar apa yang dikatakan Adam terus dia join Adam lompat sekali.

"Yeah! Dapat Ika jadi kak ipar! Boleh dera buat cucuk badak! Cucuk badak Ika sedap! Mak punya cucuk badak tak sedap" kata Khairina sambil menari dengan Adam.

"Nur Khairina Fartini!" jerit Mak bila Khairina kata begitu.

_____________

- Kampung Gunung Hulu, Alor Setar -

- 6.00 pagi -

Hari redung dengan angin bertiup lembut  membuatkan mereka berenam lepak bawa pokok besar depan rumah Atok Dalang.

"Wahh! Tak sangka ya! Sebab lembu jer Ika dan Adam akan bertunang" ujur Nazim. Anis terus siku kepala milik kekasihnya itu.

"Wahai Nazim! Simpanlah sikit kelembapan hang masa tua nanti ya" kata Khairina sambil bermain dengan daun yang berguguran itu.

"Itulah orang kata jodoh. Walaupun lambat tapi Allah tetap mahu satukan mereka berdua. Hope jangan ada yang kacau sudah hubungan mereka berdua. Kesian aku tengok Adam punya lama nak try Ika sampai ada juga yang join nak try tapi kena reject" kata Uwais sempat lagi perli Afif.

Afif pandang Uwais dengan sakit hati.

Afif sekarang sudah pindah balik kedah. Dia minta tukar lepas sejak budak-budak yang suka pada dia itu kecewa teruk. Ramai yang berdendam dengannya sebab dia dah bertunang.

"Jangan kata Ustaz kita macam itu. Walaupun dia tak dapat kakak tapi dia dapat adik! Lagi montel dari kakak, kan sayang?" soal Lya dan Afif  mengangguk sambil cuit hidung milik Lya.

[𝙲] 𝚂𝙴𝚃𝚄𝙻𝚄𝚂 𝙷𝙰𝚃𝙸 𝙼𝙴𝙽𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰𝙸𝙼𝚄 - 𝙺𝙹𝙸 🌹Where stories live. Discover now