❤ 38 ❤

2.2K 80 21
                                    


- Sunway Mega Lanes -

- 9.00 malam -

Afif, Nazim dan Uwais menggeleng-gelengkan kepala mereka tengok isteri masing-masing.

Lya, Anis dan Khairina yang masih malu itu menundukkan dirinya. Ika hanya mampu gelak sahaja dengan kerenah kawan-kawan baiknya itu.

"Apa kata kami balik dulu ya. Rasa janggal pulak kami ada kat situ" kata Awie kawan baik kepada Nazim.

Mereka sekumpulan biker yang datang dari Johor nak jumpa Nazim dan yang lain. Mereka semua adalah kawan-kawan baik mereka masa study dekat mesir.

Tapi masalah geng biker ini semester pertama dah lari sebab tak tahan dimarahi kerana rambut mereka terlalu panjang macam perempuan.

Itu membuatkan Anis salah faham. Cara Nazim bercakap dengan kawannya itu terlalu lembut.

Rupanya geng biker itu juga tak berapa keras. Semua jenis aum. Tapi semua dah ada isteri okay.

Mereka terus melambai-lambai ke arah Nazim. Mereka berlalu pergi. Nazim mendengus marah bila pandang Anis.

Dia terus ambil bola bowling dan terus baling. Nazim menghampiri Anis sambil silang tangannya.

"Dengan lelaki pun nak cemburu juga ka?" soal Nazim pada Anis. Anis masih bermain sama cincin ditanganya.

Uwais terus bangun. Khairina dipandangnya. "Anak-anak siapa jaga? Amboi dia nak putar-putar kepala suami ka? Ada berani mai sini" kata Uwais cabar si isterinya yang masih tidak kata apa.

Afif minum air coke depannya. "Kalau kami nak buat macam itu dah lama kami pergi zouk. Tapi kami sedar kami ustaz sejati tak akan malukan kampung kami!" kata Afif terus dia bangun lalu pandang Lya.

"Dah mengandung anak ketiga pun ada rasa macam itu lagi ya? Apa lagi abang nak kasi kat sayang? Nak double ka? Still baru tuh!" ujur Afif sambil gigit bibirnya sambil pandang Lya.

Lya mencebik. Tiga lelaki itu serentak keluar dari kawasan bowling itu. Lya pandang Khairina dan Khairina terus pandang Anis.

Mereka bertiga terus bangun dan kejar suami mereka yang sudah pergi itu. Ika hanya mampu gelakan sahaja.

Adam menghampiri Ika. "Kalau kita dah kahwin mesti Ika cemburu macam mereka jugak kan?" soal Adam sambil senyum.

Adam terus berikan air tin anggur pada Ika dan dia berlalu pergi. Ika hanya mampu menahan malu. Apa yang dikata Adam ada betulnya. Ika tergelak kecil.

____________

- Sunway Pyramid Hotel -

- 10.00 malam -

Ika bermain sama kaki miliknya sambil mulutnya di muncung ke depan. Dia malu sebab Adam ada dekat dalam bilik mereka.

Nasib baik tadi ada housekeeping yang baik tolong tengokkan anak-anak mereka. Punyalah si Khairina itu merayu pada Makcik itu akhirnya makcik itu setuju nak jaga anak mereka.

Nak dijadikan cerita ialah mereka yang sudah berkahwin itu buat perangai. Sebab nak pujuk suami masing-masing yang sudah merajuk.

Anis peluk erat tangan milik Nazim. "Maafkan baby ya, pikachu!" ujur Anis dengan manja. Nazim terus tarik butang bajunya.

"Kenapa rasa panas jer!" kata Nazim. Anis di sebelah hanya tergelak manja. Nazim terus pandang kiri dan kanan.

Tetiba Anis diangkat. Anis tergelak kecil. "Malulah saya" kata Anis. Nazim terus buka pintu.

[𝙲] 𝚂𝙴𝚃𝚄𝙻𝚄𝚂 𝙷𝙰𝚃𝙸 𝙼𝙴𝙽𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰𝙸𝙼𝚄 - 𝙺𝙹𝙸 🌹Where stories live. Discover now