♥ 19 ❤

1.8K 86 52
                                    


- Surau Kampung Gunung Hulu, Alor Setar -

- 10.00 pagi -

Ika yang masih berpelukan dengan Khairina itu tidak mahu ada dekat situ. Dia mahu balik tapi dihalang oleh Pakcik Yusof.

"Kami ingat hang dah berubah tapi kenapa hang masih nak kacau Ika? Sampai trauma anak dara aku! Hang memang nak kena ka?" soal Babah yang hampir nak tumbuk Naim.

Naim yang sudah luka-luka dan lembam kerana dipukul teruk oleh Khairina. Sampai bengkok tongkat milik Khairina pukul Naim.

"Saya minta maaf, pakcik! Saya janji saya tak akan kacau Ika lagi" merayu Naim pada semua yang ada kat situ.

Mak bapak Naim kat situ tidak mampu kata apa-apa. Mereka ingat anak mereka sudah berubah tapi makin teruk.

Sejak anak mereka balik, kampung ini ada kes kecurian. Sebab itu penduduk kampung berjaga malam.

Sampai ada kena pukul. Rupanya Naim dan kawan-kawannya yang buat semua itu. Penduduk kampung sangat marah nak suruh hantar Naim masuk penjara terus.

"Ingat dah masuk pusat pemulihan kot bertaubat tapi buat jahat juga. Buat malu kaum adam jer kau" ujur Nazim tetiba.

Semua yang ada situ terus pandang Nazim yang tak ada perasan sambil hisap aiskrim malaysia miliknya.

Adam dan Uwais hanya tergelak kecil dengan kerenah Nazim itu.

"Apa yang patut kita buat ini, Tok ketua?" soal Uwais pada Pakcik Yusof. Pakcik Yusof terus mengajak AJK kampung yang lain berbincang.

Naim terus pandang Ika. "Wei Ika! Naim minta maaf. Jangan hantar Naim masuk lokap! Tolonglah aku baru keluar kot!" pinta Naim pada Ika.

Khairina yang ada dekat dengan Ika terus renung ke arah Naim. "Jangan kacau kawan aku! Padan muka kau siapa suruh kacau dia!" marah Khairina pada Naim.

Adam dari tanya hanya pandang ke arah Ika yang masih sendu itu. Dia mengeluh panjang lalu pandang Uwais yang sedang pandang dia.

"Hang risaukan dia kan?" bisik Uwais pada Adam. Adam hanya tersenyum. "Masuk meminang dia. Kunci dia untuk kau. Selamat dia sikit ada orang jaga dia" pinta Uwais pada Adam.

"Aku tahu tapi aku nak kumpul duit. Alhamdulillah aku dah start kerja kat sekolah menengah agama ini" kata Adam yang sudah berkerja seminggu dekat sekolah menengah agama Maktab Mahmud.

Uwais senyum bangga. Uwais juga sudah berkerja di tempat yang sama dengan Adam. Sebab itu mereka berdua sibuk buat kerja.

Pakcik Yusof dan yang lain menghampiri mereka yang lain. "Saya dah yang lain dah buat keputusan, kami akan hantar juga Naim ini pergi Balai ya" ujur Pakcik Yusof.

Naim terus meronta-ronta minta lepaskan dia. Ika pula disuruh balik oleh pakcik Yusof. Attar yang ada kat situ terus peluk Ika.

Lya juga turut peluk kakak dan abangnya itu. "Kak Ika jangan nangis ya. Semua dah selesai" pinta Lya pada kakaknya.

_____________

- Taman Sri Impian, Kluang Johor  -

- 5.00 petang -

Afif terus parking kereta miliknya masuk ke rumah adiknya. Afif terus buka bonet dan ambil barangan yang dia dapat dari 'crush' dia dekat kolej.

"Assalamualaikum" pinta Afif terus masuk rumah milik adiknya itu. Anak-anak saudaranya terus berlari ke pintu rumah bila dengar Afif balik.

[𝙲] 𝚂𝙴𝚃𝚄𝙻𝚄𝚂 𝙷𝙰𝚃𝙸 𝙼𝙴𝙽𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰𝙸𝙼𝚄 - 𝙺𝙹𝙸 🌹Onde histórias criam vida. Descubra agora