♥ 05 ♥

3.1K 104 81
                                    


-Kampung Gunung Hulu, Alor Setar-

- 9.00 pagi -

Makcik-makcik bawang di melompat kegembiraan bila Adam dan Afif berhenti motor depan mereka.

"Kacaknya!" jerit makcik rosmah. Makcik Limah terus tolak tubuh kawannya itu dengan kasar.

"Adam aku punya! Kau ambik afif!" kata makcik Limah pada makcik rosmah. Afif terus buat badan gelinya.

"Eyyyuuu! Dua-dua aku tak nak! Tua nak mampus!!" kata Afif sambil buat muka muntah.

Adam pandang Ika yang masih berada tepi titi itu. Dia tak boleh balik sebab makcik-makcik bawang ini rampas nasi lemak miliknya.

"Makcik Li!-"

"Ehhhhh jap! Jangan panggil i makcik okay! Pangggil i Lemy" pinta makcik limah pada Adam.

Dia cuba untuk sentuh Adam tapi Adam sempat warning makcik limah.

"Hahahahahah! Apa Lemy? Kedut bagai nak panggil Lemy! Pi balik rumah jaga diri sudahlah! Aurat tak reti nak jaga!" kata Afif terus ceramah dua ketul makcik bawang itu.

Adam cuba untuk menghampiri Ika tapi dihalang oleh makcik Rosmah. Dia punya senyum pada Adam boleh nampak cili lekat celah gigi dia.

Adam hampir tergelak kecil tapi dia cuba tahan. "Wow! Ustaz Adam gelak! Kacaknya!!" kata makcik Rosmah.

"Mana?!" soal makcik Limah lalu tubuh makcik Rosmah ditolak kasar olehnya.

"Kak-kak semua. Tolong lepaskan Ika. Kesian dia. Jangan buli dia" ujur Adam pada kedua-dua makcik itu.

Mereka terus mencebik. Nasi lemak yang mereka simpan dalam bakul motor mereka diambil lalu di pulang kepada Ika.

Makcik Rosmah senyum pada Adam lalu menghampiri Ika. Tubuh wanita itu didekatinya.

"Wei lemah! Jangan harap kau lepas ya! Sebab hero kampung datang kau lepas! Nanti jumpa kami lagi memang kena kau!" kata makcik Rosmah pada Ika.

"Apa bisik-bisik tu? Cepat blah!" ujur Afif dengan kasar. Makcik-makcik bawang pandang Afif dengan muka tak puas hati.

Mereka terus berlalu dengan laju. Mereka terus tekan minyak dengan kekuatannya.

"Fuyooooo! Dah tua boleh buat lagi up kat depan! Dahsyat orang tua macam depa tuh! Nasib baik tak terbakaq pungkoq Lemy! Hahahahahaha!" kata afif lalu ketawakan makcik-makcik tadi.

Adam menghampiri Ika.

"Ika okay ka? Nak Adam teman Ika balik?" soal Adam kepada Ika. Ika menggeleng perlahan.

"Ika boleh balik dah. Tak juah. Terima kasih tolong Ika ya. Assalamualaikum" pinta Ika kepada Adam.

Gadis itu berlalu pergi dengan basikalnya. Kayuhan perlahannya membuatkan Adam dan Afif tidak henti memandang.

Bunyian hon membuatkan Adam dan Afif terkejut.

"Jebon kau pak Atan!" melatah si Afif membuatkan Nazim dan Uwais tergelak besar.

"Baru lepas jumpa makcik-makcik bawang takkan terkena saka depa?" kata Adam mengekek gelakkan Afif.

Adam terus start motor dia. Afif terus naik dan terus dia pandang Nazim yang duduk belakang Uwais.

"Nazim! Bak satu aiskrim tu!" kata Afif pada Nazim. "Boleh. Kat rumah aku 20 sen" kata Nazim sambil buat gayanya.

Afif terus ambil kasut mahu tuju pada Nazim. "Kedekut punya kawan!" marah Afif.

[𝙲] 𝚂𝙴𝚃𝚄𝙻𝚄𝚂 𝙷𝙰𝚃𝙸 𝙼𝙴𝙽𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰𝙸𝙼𝚄 - 𝙺𝙹𝙸 🌹Where stories live. Discover now