♥ 13 ♥

1.9K 92 19
                                    

- Kampung Gunung Hulu, Alor Setar -

- 2 minggu kemudian -

- 8.00 pagi -

Suasana pagi yang indah. Angin bertiup serdahana membuatkan orang yang sedang menuai padi bersemangat berkerja.

Kelihatan seorang gadis sedang membuat sarapan pagi untuk keluarganya. Si adik juga ada untuk menolong kakak di dapur.

"Lya. Jangan angkat benda berat. Luka Lya baru nak lega" pinta seseorang yang sedang menghampiri Lya dan Ika.

Lya terus menghampiri insan itu lalu dipeluknya erat. "Okay Ibu. Jom kita makan. Sedapnya Kak Ika buat roti jala" pinta Lya dan minta Ibunya duduk.

"Ibu makan dulu. Lya nak pergi panggil Atok dekat kebun" ujur Lya pada Ibunya. Ika terus mengangguk.

Lya terus berlalu pergi ke kebun Atoknya. Wajah Ibu dipandang oleh Ika dengan lama. Ibunya sudah seminggu 2 minggu berada kat sini sebab terlalu kecewa dengan perangai Babah.

"Ibu risaukan Babah ka?" soal Ika sambil menuang air kopi kepada Ibunya. Ibunya masih mendiamkan diri terus makan tanpa jawab pertanyaan Ika.

"Kalau hang risaukan suami hang, hang baliklah, Zila. Anak-anak hang biar duk sini dengan ayah" kata Atok Dalang yang berada depan pintu dapur itu.

Lya membawa Atok Dalang ke meja makan untuk makan bersama. Atok Dalang pandang wajah Ibu.
"Hang isteri dia. Hang tinggal dia keseorangan macam ini pown hang dah berdosa, Zila. Ayah tak nak anak ayah menjadi isteri yang derhaka pada suami" ujur Atok Dalang pada Ibu.

Ibu mengangguk faham. Yelah ayah. Cheq balik ya" balas Ibu pendek dan dia sambung makan semula.

Ika menggengam erat tangan kiri Ibunya. "Ika tahu Ibu seorang yang kuat. Sayang Ibu" kata Ika dab dipeluk erat tubuh Ibunya.

Si adik yang cemburu itu turut menghampiri Ika dan Ibu. Lya cium kedua pipi kakak dan Ibunya. Atok Dalang hanya tersenyum tengok 3 beranak itu.

____________

- 9. 00 pagi -

Ikhmal menghampiri Syafiqah yang baru selesai jumpa nurse kat kawasan kampung itu. Dipandang wajah isterinya dengan penuh kegembiraan.

"Kenapa isteri abang senyum jer? Ada berita lain ka?" soal Ikhmal sambil usap perut Syafiqah. Syafiqah hanya mengangguk lalu senyum.

"Fiqah senyum sebab nurse bagitahu anak kita sihat. Itu yang membuatkan saya senyum, abang" pinta Syafiqah sambil cubit kedua pipi milik Ikhmal.

Senyuman Ikhmal yang macam bentuk 'love' itu membuatkan Syafiqah tergoda. Ikhmal dulu sukakannya Syafiqah dalam diam sampai mereka berdua luah hati masing-masing.

Alhamdulillah sekarang mereka berdua sedang menunggu kehadiran cahaya mata mereka yang pertama.

Ikhmal pakaikan topi keledar kepada Syafiqah. Hidung milik isterinya di cuit manja.

____________

- Kampung Gunung Hulu, Alor Setar -

- 11.30 pagi -

Adam dan Uwais dapat panggilan dari Nazim katanya Afif mahu jumpa. Sejak kes hari itu, Afif menjauhi diri dari kawan-kawannya.

Dari jauh Nazim melambai-lambai ke arah Adam dan Uwais. Adam terus menghampiri Afif dan baju milik lelaki itu dipegangnya kuat.

[𝙲] 𝚂𝙴𝚃𝚄𝙻𝚄𝚂 𝙷𝙰𝚃𝙸 𝙼𝙴𝙽𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰𝙸𝙼𝚄 - 𝙺𝙹𝙸 🌹Where stories live. Discover now