♥ 02 ♥

4.2K 121 36
                                    

-Kampung Gunung Hulu, Alor Setar-

- 6. 45 petang -

Lya menuruni anak tangga papan itu dengan perlahan-lahan. Dia menghampiri kakaknya yang baru balik mengaji al-quran.

"Macam mana kelas Ika? Okay ka?" soal Ibu yang sedang siram pokok-pokok bunga miliknya.

Ika menghampiri rumah rehat yang berada bawah pokok depan rumahnya itu.

"Kakak beli apa? Lya nak!" jerit Lya sambil peluk lengan Ika dengan manja.

"Karipap Anis. Ini untuk Lya" kata Ika terus berikan karipap Anis kepada Lya. Dia terus duduk dan makan.

Si Ibu menghampiri tempat rehat itu lalu pandang anak bongsunya yang sedang khusyuk makan karipap.

"Sedap ka, adik?" soal Ibu. Lya terus buat tanda bagusnya. Ibu terus ambil satu dan makan.

"Makcik Kiah kau buat karipap memang sedap" kata Ibu lalu makan lagi. Ika hanya mengangguk senyum.

Tetiba Ika teringat akan kata-kata Anis tadi. Ika pandang Lya yang makan karipap yang kedua.

"Lya. Tadi Anis pesan ada kelas tajwid malam ini pukul 8 malam" pinta Ika pada Lya.

Terhenti Lya makan lepas Ika memberitahu pasal itu. Sebenarnya sudah seminggu lebih Lya tidak pergi kelas Ustaz Afif sebab dia kena demam denggi.

"Takutnya. Lya dah lama tak pergi kelas itu" kata Lya terus mencebik. Ika terus menghampiri adiknya.

"Jangan macam itu. Kelas Lya patut habiskan. Jangan risau Ustaz Afif tak akan marahkan Lya" pinta Ika pada adiknya.

Lya mengeluh panjang. Karipap yang masih tinggal setengah ditinggal olehnya. Dia kata sudah kenyang membuatkan aku dengan Ibu mengekek gelak.

___________

-Surau Kampung Gunung Hulu-

- 7.56 malam -

Lya yang dari tadi mencebik dipandang oleh Ika.

"Kenapa Lya? Jangan macam itu. Allah tak suka tau orang dapat rumah Dia tahu muka macam tak ikhlas" ujur Ika menegur adiknya yang dari tadi masam muka.

"Dia punya emo sebab Anis tak jadi mai kelas malam ini. Kesian dekat hang, Lya" kata Khairina pada Lya.

Anis tidak dapat hadir sebab sibuk tolong Ibunya buat karipap untuk seseorang yang mereka sudah lama rindu.

Esok jugak abangnya akan balik dan keluarga Anis mahu buat kenduri kesyukuran.

"Senyap, Kak Khai! Kejap lagi Lya gigit lengan Kak Khai kot!" marah Lya lalu peluk tubuh Ika.

Kedengaran budak-budak sedang berseronok bermain lepas solat maghrib.

Khairina mengayuh basikal dengan laju masuk ke kawasan surau itu.

"Ya Allah! Dah tua bangka main tuju kasut dengan budak-budak asal?!" kata Khairina kepada Afif dan Nazim.

Afif  melepaskan kain pelekat yang diikat olehnya itu dengan pantas.

Nazim yang masih dengan aiskrim malaysia tak dapat dipisahkan.

Jap?! Mana dia dapat aiskrim kat surau tu? Ya Allah.

"Sibuk jer adik si Adam ini. Blah kau sana!" kata Afif dengan nada yang kasar.

"Haah sibuk jelah. Kami duduk dekat Mesir mana rasa semua ini" kata Nazim dengan sendu.

Khairina terus masuk ke kawasan surau. Dia meninggalkan Ika dan Lya yang baru masuk kawasan surau.

Afif terus nampak Ika yang sedang bawa adiknya menuju ke surau. Afif terus kacau jalan Ika membuatkan Ika terhenti.

"Jangan kacau saya boleh tak, Afif?" kata Ika dengan perlahan. Afif ketawakan Ika bersama Nazim.

"Hahaha maaflah aku. Dulu kita suka main sama-sama tak sangka kita dah dewasa" pinta Afif pada Ika.

Lya mengeluh panjang. Dia dari tadi emo membuatkan dia lagi sakit hati dengan mamat kat depan kakaknya itu.

"Ustaz! Jangan duk gatai sangat nak try kakak saya! Amboi ustaz gatai nak mampus" bebel Lya terus tarik tangan Ika dengan kuat.

"Lol! Asal budak pendek itu emo? Macam kita nak try dia" ujur Nazim lalu ketawakan Lya.

Afif pandang sahaja dua beradik itu berlalu.

"Tunggu nasib kau ,budak pendek!" ngomel Afif sendirian lalu senyum.

"Ustaz Afif! Kelas dah boleh mula" kata Imam Yusof ayah kepada Adam. Afif dengan Nazim terus masuk ke kawasan surau.

_________

"Apa?!" marah Ustaz Afif pada Lya. Gadis dia tersimpul malu dimarahi sebegitu.

"Lya lupa. Mana ingat semua dah. Nyamuk denggi hisap darah aliran tajwid Lya" kata Lya dengan muka sedihnya.

Budak-budak yang datang belajar mengaji itu semua tahan gelak. Mereka faham akan kata-kata lawak dari Lya tadi.

"Amboi dia. Buat lawak. Ustaz nak balik nanti suruh kakak kamu ajar balik semua tajwid yang ustaz ajarkan arituh. Nanti balik tanya kawan, faham?!" kata Ustaz Afif dengan tegas kepada Lya.

Lya mengangguk lemah. Dia terus kesat air matanya yang menitis. Ustaz Afif tersenyum gembira dapat buat anak gadis itu menangis.

Lya pandang ustaz Afif dengan sakit hati.

"Tak guna punya ustaz! Malukan aku depan semua orang! Kalau mati hidup semula aku tak akan nak dekat ustaz Afif Furqan" ngomel Lya dengan sakit hati.

.
.
.

🌸🌸🌸

.
.
.
Bersambung...

[𝙲] 𝚂𝙴𝚃𝚄𝙻𝚄𝚂 𝙷𝙰𝚃𝙸 𝙼𝙴𝙽𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰𝙸𝙼𝚄 - 𝙺𝙹𝙸 🌹Where stories live. Discover now