♥ PROLOG ♥

10.5K 175 44
                                    

- 2000 -

"Uwais! Cepatlah!" marah seorang budak pada Uwais yang baru letak basikal milik dia di bawah rumah kawannya itu.

"Sabarlah. Korang nak buat apa?" soal Uwais sambil betulkan songkok kecil miliknya.

"Nak lari siapa sampai kat surau dahulu!" kata Afif Furqan.

Dia punya semangat sambil pandang si Nazim yang sedang kyushu makan aiskrim malaysia.

"Hoi Nazim! Kau kalau lambat nanti cuci tandas surau! Sebab bapak Adam kata siapa lambat tak boleh balik awal kena tolong mereka semua!" kata Afif pada si Nazim yang masih menghisap aiskrim miliknya.

Nazim membuat roller eyes bila kena bebel dengan kawan-kawannya itu. Nazim terus buang bekas plastik tadi.

"Aku tak nak lari! Nanti jatuh!" kata Uwais dengan kasar. Adam pandang Uwais dengan sakit hati.

Suasana panas terik ini membuatkan 4 sekawan itu kepanasan.

"Ya Allah! Kenapa tak pergi surau lagi? Nanti bapak marah mampus kamu semua!" soal makcik Haslina mak kepada Adam.

Adam dengan yang lain terkejut akan suara maknya. Mereka terus berlari meninggalkan Uwais yang masih tidak bersedia.

"Jangan lari! Bertuah punya budak-budak!" bebel makcik Haslina bila tengok anak dia berlari bersama kawan-kawannya yang lain.

"Kenapa mak?" soal adik Adam kepada maknya. Adik Adam tadi tengah khusyuk tengok kartun terus menghampiri maknya.

"Tak ada apa. Abang kamu suka bagi mak bebel" pinta si mak lalu usap kepala anaknya itu.

"Khairina seorang yang baik kan, mak?" soal si anak sambil peluk lengan milik maknya itu.

"Iya, Nur Khairina Fartini anak perempuan mak yang paling comel dan baik" puji si mak kepada si anaknya.

Anaknya yang mesra dipanggil Khai itu terus mencium pipi milik maknya itu.

Makcik Haslina terus peluk anaknya dengan erat. Dia rasa bahagia dikurniakan cahaya mata yang terakhir ini lepas dia disahkan tidak boleh mengandung lagi.

Muhammad Adam Miqael dan Nur Khairina Fartini adalah permata yang indah dari Allah SWT.

_________

Kelihatan 4 sekawan itu kepenatan lepas berlari dengan selajunya dari rumah Adam. Rumah Adam tidak begitu jauh cuma ambil masa 20 minit sahaja.

Tetapi disebabkan panas terik membuatkan 4 sekawan tadi membebel sesama sendiri kalah makcik-makcik bawang.

"Habis baju aku basah! Kalau abah aku marah aku salahkan kau, Adam!" bebel si Afif yang suka cakap banyak.

"Siapa suruh kau join! Tadi kata aku sekarang kau lebih!" marah pula si Nazim yang sakit hati dengan perangai Afif.

"Sudahlah. Jangan nak gaduh. Aku tampar sekor-sekor karang!" marah Uwais pada kawan-kawan yang dari tadi asyik memekak.
"Abang!" jeritan budak kecil yang sedang memanggil abangnya.

Adam terus pandang mak dan adiknya sedang menaiki basikal dan masuk ke kawasan surau milik kampung ini.

Budak kecil yang berusia 4 tahun itu terus berdiri sebelah abangnya.

"Kau blah sana! Sini semua lelaki. Ada hati nak main sama kami" marah Adam pada adiknya.

Adam terus ajak kawan-kawan pergi meninggalkan Kharina keseorangan. Uwais hanya mampu memandang Khairina yang tunggu masa itu menangis.

"Jangan nangis ya" kata Uwais kepada Khairina dan dia berlalu lari ke arah kawan-kawannya tadi.

Muka Khairina terus berubah lalu budak kecil itu menangis. Seorang lelaki terus menghampiri dia lalu menegur.

"Kenapa menangis ini? Jangan menangis ya" pinta budak lelaki itu lalu senyum pada Khairina.

Khairina terus lap air matanya. Dia terpandang akan seorang budak perempuan di belakang budak lelaki itu.

"Kawan" ujur Khairina terus hulurkan tangannya untuk bersama dengan budak perempuan itu.

"Adik, ada orang nak kawan sama adik. Cepatlah" ujur si abang terus tolak adiknya dekat dengan Khairina.

Budak perempuan itu menghulurkan tangannya kembali lalu bersalaman dengan Khairina.

"Yeahhh! Titew dah ada kawan!" jerit Khairina kegembiraan lalu tubuh milik budak perempuan itu dipeluk erat olehnya.

🌸🌸🌸🌸🌸
.
.

samekom wahai member SuamikuCapang61 iamladyoohsehun kimjongdaein

.
.
.

[𝙲] 𝚂𝙴𝚃𝚄𝙻𝚄𝚂 𝙷𝙰𝚃𝙸 𝙼𝙴𝙽𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰𝙸𝙼𝚄 - 𝙺𝙹𝙸 🌹Where stories live. Discover now