27. beach (science fiction)

1K 104 4
                                    

Title = beach
Cast = jihyo & jungkook
Request by WonwooMya27

---------------

"omma, appa, jom sewa boat tu.. Jihyo nak merasa naik boat kat pantai ni" jihyo menarik tangan omma dan appanya ke tempat menyewa boat.

"yah jihyo perlahan sikit omma dan appa dah tua adik kamu pun dah ketinggalan kat belakang" omma jiyo mengomel tapi diendahkan oleh jihyo.

"ok dah sampai cepatlah omma appa" jihyo menolak appanya untuk menyewa.

"noona, sanggup tinggal jonghyun, penat tau kejar" jonghyun berkata dengan termegah-megah, dia duduk sebentar untuk menghilangkan penat.

"tulah gemuk sangat tulah lambat" jihyo membuat pipi kembung sambil tangan memegang perut.

"sendiri yang gemuk cakap orang tak sedar diri" jonghyun menjelir lidah.

"kau ni kan" belum sempat jihyo menerkam adiknya, ommanya telah menegur.

"dah-dah jangan nak gaduh-gaduh tak malu ke"

"dia ni omma" mereka menunding jari kepada antara satu sama lain.

"dah, kalau tak jangan nak naik boat nanti"

"eh.. Omma janganlah macamtu, omma lawa harini" jihyo memeluk lengan ommanya, cara memujuk.

"dah jom, kita pusing-pusing satu jam" jihyo menjerit kegembiraan, dia berlari ke satu boat biru yang daritadi menjadi perhatiannya. Pemandu boat disitu membantu mereka menaiki boat.

"harini kita akan bersiar-siar di kawasan pantai ini dan pulau kecil disana" pekerja itu menunjukkan satu pulau yang terletak berdekatan dengan pantai. "semoga semua berseronok" pekerja itu menunduk hormat dan beredar ke bahagian pemandu.

"omma omma, pegang jihyo, jihyo rasa teruja sangat ni rasa nak lompat jer dalam air" jihyo masih hyper seperti kanak-kanak.

"dah duduk diam jer, jangan ngada-ngada nak lompat-lompat" appa jihyo menolak jihyo sehingga jihyo terduduk di kerusi.

"appa ni" jihyo memuncung, baru nak acah-acah macam titanic tadi waktu boat bergerak.

"boat akan bergerak, sila mengambil tempat masing-masing" kedengaran suara dari pembesar suara. Mereka semua mengambil tempat dan boat bergerak di pantai dan ke pulau kecil.

"waa.. Bestnya pantai kat sini omma, lain kali kita pergi lagi ye?" ommanya mengangguk, jihyo bersorak gembira.

'bum'

Boat yang mereka naiki berlanggar dengan satu objek, boat tadi menjadi berkecai dan mereka terjatuh di dalam air.

"omma.. Appa.. Jonghyun..." jihyo menjerit, dia tidak tahu berenang dan jaket keselamatan telah bocor terkena sepihan kayu boat tidak ditambah lagi dengan luka-luka dibadannya. Jihyo mencari kelibat keluarganya dengan terkapai-kapai tapi tidak dijumpai. Dia tak dapat bertahan lagi dan mula dimakan oleh air.

------------------

Omma jihyo bangun dari pengsannya, dia melihat sekeliling mencari ahli keluarganya yang lain. Semua berada disitu kecuali jihyo...

"jihyo! Jihyo! Mana jihyo janganlah main-main dengan omma!" suara jeritan puan song itu membawa nurse tergesa-gesa memasuki bilik itu.

"sabar puan song, keadaan puan belum sembuh" nurse cuba menenangkan puan song yang cuba bangun dari pembaringannya.

"mana jihyo? Anak perempuan saya?" puan song memandang dengan pandangan mengharap.

"anak puan song tidak dijumpai sekali dengan puan dan keluarga puan yang lain, polis sedang mencari mayat anak puan" puan song mula meracau, barang-barang yang berdekatan dengannya habis dibaling, nurse terpaksa memberi ubat tidur supaya bertenang.

One shot stories collection✓Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon