13. assistant

1.3K 123 3
                                    

Title = assistant
Cast = jihyo & suho
Request by sitiae12

---------

"weyh aku ada perkara tergempar nak bagitahu korang" yuna berkata dengan termegah-megah, excited sangat nak bagitahu berita tersebut kepada rakan-rakannya.

"apa dia?" jun bertanya dengan teruja. Dia semua benda nak teruja, malah haritu terpijak tahi kucing pun teruja, katanya masuk sejarah dalam hidup dia.

"aku daftarkan jihyo jadi assistant prof suho" yuna tersengih jahat.

"jihyo tak marah ke?" mina bertanya. Kalau jihyo mengamuk tu habis lunyai kawannya yang bersalah tu.

"entah, sebab aku larikan diri dari dia tadi" yuna mengangkat kedua-dua bahunya.

Pak!

"oii.. Sakitlah" yuna memegang kepalanya yang sakit kerana telah dipukul oleh botol minuman.

"padan muka, yang kau terlalu baik sangat daftar aku tu kenapa" jihyo mengambil duduk bersama rakannya di cafe.

"hehe, rilekslah ramai yang daftar mana tahu nanti kau tak terpilih, maklumlah prof suho kan handsome dan segak" jun sudah keluar perangai gatalnya, jihyo membuat muka geli.

"tulah, kau jangan risau" mina menenangkan jihyo.

"hmmm.." jihyo pasrah, mesti dia tidak akan terpilih kerana terdapat ramai pelajar universiti kat sini cantik dan comel dari dia.

"panjang umur, tengok dah datang dah prof kita" yuna berkata dengan muka terpegunnya melihat kekacakan pensyarahnya.

"hai prof" dengan muka tak tahu malu jun menegur prof suho yang lalu di sebelah meja mereka. Jihyo sudah menepuk dahinya, kenapalah dia dapat kawan yang bermuka tebal macam jun tu.

"oo.. Hai" suho yang tadinya ingin menguci tangan terbantut apabila pelajarnya menegur, kalau tak balas nanti digelar sombong pulak.

"prof jomlah makan dengan kami, ajak prof chen sekali" mina berkata sambil jarinya bermain dengan hujung rambut. Jihyo memandang rakan-rakannya dengan tidak percaya, boleh tahan gedik jugak rakan-rakannya ni sebaik dia tak berjangkit sama perangai gedik plus miang diorang.

Suho berada di dalam konflik antara mahu terima atau tidak, dia lihat dengan hujung mata chen memberinya senyuman senget. Bukan nak tolong tapi tonton jer beginilah kawan.

"errr.. Korang tak kisah ke?" suho menanyakan lagi, dia lihat satu persatu pelajar yang berada di depannya.

"tak kisah" yuna berkata dan yang lain terangguk-angguk. Jihyo hanya berikan senyuman tak kisah walaupun sebenarnya dia kisah sangat. Janggallah dia dengan pensyarahnya itu dahlah dia tak berapa peramah sangat.

"ook saya panggil chen sekejap" beberapa minit kemudian suho dan chen datang dengan makanan mereka ke meja pelajarnya itu.

"hai semua" chen berkata kepada pelajarnya itu.

"hai" mereka berkata serentak.

"sorrylah kalau berasa kecil hati tapi prof tak tahu nama kamu semua" suho berkata dengan berhati-hati, dia memang tidak ingat nama-nama pelajarnya, lagipun dia bukannya mengajar di sekolah rendah dan menengah nak kena ingat semua nama pelajar.

"kami tak kecik hati pun lagipun kami sedar kami tak famous" yuna tergelak akan fakta itu walaupun tak lawak. "saya yuna, yang sebelah saya ni jun, yang hujung tu mina dan depan ni jihyo" yuna memperkenalkan satu-satu dia dan rakan-rakannya.

"selamat berkenalan" chen dan suho berkata serentak dengan senyuman yang dapat mencairkan perempuan. Eceh ayat klise.

"prof dah tentukan ke nak pilih siapa jadi assistant prof?" jun bertanya sambil matanya sekilas memandang jihyo yang sudah bermuka cuak.

One shot stories collection✓Where stories live. Discover now