16. stranger

1.3K 120 11
                                    

Title = stranger
Cast = jihyo & taehyung
Request by ExoLArmy_Mongji

-------------

"stranger, oi stranger" taehyung memanggil perempuan yang berdiri tidak jauh darinya.

"stranger aku panggil tak dengar ke?" taehyung mula naik angin, orang panggil dia buat tak tahu pulak.

"kau ni datang terus marah-marah kenapa?" jihyo berasa tidak puas hati laki tu ingat dia laki bolehlah nak tunjuk gangster kat situ, nanti dia tendang tempat penting tu terus melutut.

"dah aku panggil daritadi kau buat tak tahu siapa yang tak marah" taehyung membela dirinya.

"hello, siapa jer nak pandang kalau kau terjerit jerit stranger. Nama aku stranger ke nak kena pandang kau" jihyo turut tak kalah.

"dah aku tak tahu nama kau aku panggilah stranger"

"kau nak apa panggil aku?" jihyo bertanya terus, taknak berlama-lama gaduh dengan laki tu buang tenaga jer.

"sajer nak ngorat kau, cantik kau harini bai" taehyung beredar setelah berkata apa yang ingin dia katakan.

Pak!

"auch sape punya kerja baling-baling selipar kat shopping mall" taehyung mengomel, kepalanya yang menjadi sasaran kasut itu berlanggar dipegang.

"padan muka sape suruh buat perangai tak betul kau kat aku tadi" jihyo berjalan dengan satu kasut. Taehyung memandang kasut sneaker tadi dan jihyo bergilir. Dia tersenyum senget kerana telah merangka rancangan jahat.
Taehyung mengambil kasut tersebut dan dibalingnya keluar tingkap berdekatan. "ops tak sengaja" jihyo terlopong melihat kasutnya yang telah dibuang itu dengan trajisnya, hidup kasut tu tak lama semoga berbahagialah di sana.

"yah encik stranger tunggu kau aku balas semula apa yang kau dah buat Kat aku" jihyo menjerit dari kejauhan, tak larat dia nak kejar lelaki tadi dengan satu kasut jer boleh naik malu dengan pandangan orang sekeliling.

taehyung meneruskan perjalanannya pulang ke rumah sambil tergelak. Terhibur hatinya mengenangkan keadaan tadi. Dia memang suka kacau orang yang tak dikenali tapi kalau dia berminat jerlah pada orang tu. Boleh dikatakan macamtulah cara dia nak pikat perempuan yang dia suka. Memang cara tu pelik dan berbeza dari orang lain tapi dengan cara tu dia dapat tunjukkan penampilan diri yang sebenar.

"tunggulah miss stranger kita pasti bertemu lagi" taehyung tersenyum mengenangkan muka jihyo yang merah tadi, comel.

"kau kenal ke mamat hensem tadi" yeri bertanya teruja, nak jugak dia berkenalan dengan lelaki hensem macam lelaki tadi mana tahu dapat kahwin sama dapat anak yang comel-comel. Melebih pulak dia berangan.

"entah aku pun tak tahu tetiba panggil orang stranger pastu baling kasut aku keluar tingkap, sekarang kasut aku dah jadi janda sebab suami dia dah jadi arwah" jihyo memandang sayu kasutnya yang telah dibuang di dalam tong sampah, sebaik tadi dia ada membeli satu pasang kasut.

"apa benda lah kau ni merepek, tapi baguslah kasut yang buruk tu memang patut pun dibuang" yeri berkata selamba.

"hello, tu bukan kasut buruk ye" jihyo memberi pandangan tajam, main cakap jer kasut orang buruk kasut dia yang buruk tu tak cakap pulak Kat rumah bukan main belambak lagi.

"bai, aku tak kisah" yeri tergelak, alah dia main-main jer cepat merajuklah jihyo ni.

"dahlah aku nak gerak dulu, omma aku dah mesej ni nanti dia marah pulak" jihyo bangun dari kerusinya, harini giliran yeri belanja jadi dia terus beredar dari shopping mall itu dan pulang ke rumah.

One shot stories collection✓Where stories live. Discover now