26. cupcake (fantasy fiction)

1K 108 8
                                    

Title = cupcake
Cast = jihyo & sehun
Request by jessy_ssy

---------------

Jihyo bersandar di dinding sambil membaca buku kegemarannya, sementara dia menunggu kawannya melabur baik dia menghabiskan masa dengan sebaik mungkin.

'Pap' buku yang dibacanya ditutup oleh seseorang. Jihyo memandang orang itu untuk dimarahi tetapi dia terpaku melihat kedekatan lelaki itu dengan dirinya. Jujur dia berdebar-debar sebab ini kali pertama dia dekat dengan laki sedekat ini, boleh rasa hembusan nafas laki itu dimukanya.

Lelaki itu memandang kearahnya dengan lekap, muka laki itu makin lama makin dekat kearah mukanya, jihyo semakin cuak.

"tolong aku, kau senyap jer tak payah bergerak" lelaki itu berbisik di telinga jihyo, jihyo tidak menjawab malah mendiamkan dirinya.

"oppa! Oppa!" setelah kedengaran jeritan itu makin pudar, lelaki itu menjauh dari telinga jihyo tapi masih dekat di muka jihyo.

"thanks tolong aku tadi, wangi minyak wangi kau" lelaki itu mula menjauh dan melambai kearahnya.

"apa yang berlaku tadi" jihyo memegang jantungnya, laju betul jantung ni buat senaman.

"kau ni dah kenapa?" kawannya urika menyoal, dia turut bersandar disebelah jihyo.

"takdelah, aku tengah buat senaman jantung" urika membuat pandangan tidak percaya, dia menunjukkan pipi jihyo yang merah.

"ni kenapa merah sekali? Kau buat senaman pipi?" urika berkata sarkastik. Mereka sudah lama berkawan, jadi penipuan jihyo dapat dicam dengan cepat.

"yelah nanti aku cerita, dah jom pergi ke kelas" jihyo menarik urika menaiki tangga, di dalam perjalanan itu matanya menangkap lelaki misteri tadi.

"sehun" jihyo membaca perlahan nsma yang tertera di nametag lelaki itu. Dia tersenyum sendirian, sekurang-kurangnya dia tahu nama lelaki itu.

---------------

Jihyo mengeluh, harini dia tak bawak payung dan hujan turun dengan lebat. Tinggal beberapa pelajar sahaja yang tinggal di sekolah itu termasukmya, yang lain sudah pulang ke rumah. Jihyo bermundar-mandir di hadapan pintu sekolah menunggu hujan reda, kakinya bermain dengan lopak air.

"ehem.." jihyo mengangkat kepalanya dan matanya bertembung dengan lelaki yang bernama sehun tempoh hari. Apabila sehun hanya mendiamkan dirinya sahaja, jihyo kembali bermundar-mandir di depan pintu.

"nah" sehun menghulurkan payung berwarna kuning kepada jihyo, jihyo memerhati payung itu tanpa mengambilnya, dia berasa bersalah pulak nak mengambil payung orang, sebab hujan masih lebat.

"ambik jerlah, aku pakai baju hujan" sehun mengambil tangan jihyo dan payung itu diletakkan di genggaman jihyo. "aku pergi dulu" belum sempat jihyo mengucapkan sesuatu sehun telah berlari menyusuri hujan yang lebat bersama jaket hujan.

Jihyo melihat payung ditangannya sehingga terbit satu senyuman di bibirnya.

"thanks"

--------------

"kau nak buat apa malam-malam ni?" yuta melihat gerak-geri jihyo yang sibuk menyediakan barangan di dapur.

"oo.m eunni, jihyo nak masak cupcake nak bawak untuk esok" jihyo senyum sambil menunjukkan 'peace'nya.

"takleh ke buat cuti nanti, dah malam ni" yuta berkata sambil menunjukkan jam yng telah menunjukkan pukul 9.30 malam di telefon bimbit.

"alah.. Tak boleh jugak, nak kena buat harini jugak" jihyo berkata degil.

One shot stories collection✓Where stories live. Discover now