11. enemy (high school fanfiction)

1.3K 131 6
                                    

Title = enemy
Cast = song jihyo & byun baekhyun
Request by buyasper_

---------

"apa kau buat kat sini?!" baekhyun memarahi jihyo yang sedang bersandar di lokernya dengan tenang. Pantang dia apabila ada orang yang menghalang laluannya lagi-lagi minah sengal kat depan dia ni, kalau minah girls day takpelah jugak.

"aku tengah mencari ketenangan" jihyo dengan riak tenangnya berkata sambil membuat aksi mendepa tangan.

Baekhyun mendekati jihyo dengan senyuman misteri, jihyo yang tadinya tenang mula berdebar-debar. Tadi bukan main berani sekarang sisi pengecut dia keluar pulak dahlah salah timing.

"miss mong, kalau kau nak cari ketenangan pun bukan kat SINI!! Faham tak??!!!" jihyo mengangguk laju, ni mesti mood baekhyun tak baik pagi ni, biasanya paling teruk pun diorang akan bercakar macam kucing tak lah sampai tengking-tengking.

"oklah aku pergi dulu bai" jihyo melarikan diri memasuki kelas pertamanya.

"huh nasib baik sempat" jihyo merebahkan badannya di kerusi, kawannya yang terkejut disebelah diabaikan.

"kau kenapa? Mood gila baekhyun dah keluar?" taehyung bertanya sudah acap Kali kalau nampak jihyo berlari lintang pukang mesti mood tak baik baekhyun telah keluar.

"haah, aku apa lagi lari tak cukup tanah bila dia tengking tadi" jihyo mengambil air taehyung untuk menghilangkan dahaganya.

"macam mana lari tak cukup tanah? Kau terbang ke macam superman?" soalan tak serupa guna otak ditanya oleh taehyung.

Jihyo yang tengah meminum air tersedak mendengar soalan taehyung.

"uhuk uhuk, kau ni tengok air aku salah masuk lubang, uhuk uhuk" taehyung ketawa meratapi kesengsaraan kawannya.

"aku pulak salah, dah kau tu tak jaga air kau masuk mana" bicara dan senda yang tadinya bising di dalam kelas mulai senyap apabila baekhyun dengan wajah bengisnya memasuki kelas.

"kenapa tu?" taehyung bertanya, matanya tidak lepas melihat kelibat baekhyun yang sedang bermain telefon dengan wajah yang masih bengis, jihyo mengangkat kedua bahunya tanda tidak tahu.

"selamat pagi cikgu" kata-kata dari ketua kelas membuatkan mereka senyap. Jihyo melihat kearah baekhyun dengan malas mengeluarkan buku sejarah dari dalam begnya.

------

"weyh kau pergi makan dulu lah aku nak gi tandas jap, daritadi benda ni ketuk-ketuk Kat kelas nak keluar" taehyung berkata mengenai masalah sakit perut yang sedang dia hadapi.

"eiii patutlah tadi aku bau benda busuk kat kelas kau rupanya!" jihyo memandang taehyung dengan pandangan jijik.

"peace, dahlah bai" taehyung berlari lintang-pukang meninggalkan jihyo di dalam kelas.

"kau tak keluar ke?" baekhyun bertanya kearah jihyo, jihyo memandang pelik baekhyun yang sudah terbaring di atas meja. Tak silap tadi baekhyun dah keluar pergi rehat takkanlah dia berkhayal.

"aku oranglah bukan hantu, lepas takde benda menarik aku nak buat aku terus masuk dalam kelas" baekhyun menerangkan kekeliruan jihyo.

"ooo.. Aku nak pergi rehatlah ni, kau tu jangan lupa makan nanti gastrik pulak marah pulak omma kau" jihyo memperingatkan, nampak sahaja dia seperti suka mencari lawan dengan baekhyun di sekolah tetapi disebabkan itulah mereka rapat. Ibu bapa mereka berkawan atas urusan kerja maka mereka turut bersahabat baik dan lawan dalam masa yang sama.

"yelah, kau ni dah macam omma no 2 aku, nak bagitahu jer tentang gastik aku" baekhyun mencebik kesal.

"bukan apa, aku risau jer kat kau, dah lah bai" jihyo meninggalkan baekhyun yang masih berbaring sambil merenung kipas yang berpusing. Selepas memastikan jihyo sudah beredar, baekhyun mengukir senyuman manis.

One shot stories collection✓Where stories live. Discover now