22. coffee

1.2K 114 6
                                    

Title= coffee
Cast= taehyung&jihyo
Request by bwimean-

---------------

"kopi lagi?" taehyung tersenyum melihat kopi yang berada di mejanya. Sudah sebulan orang yang tidak dikenali meletakkan kopi di atas mejanya. Nasib sedap, kalau tak sedap singki lah jawabnya.

"tuan, pukul 10 tuan ada meeting dengan agensi jiran untuk membincangkan tentang hari festival bulan depan, lepas lunch pulak tuan kena pergi site untuk tengok perkembangan tentang apartment baru dengan arkitek song. Pukul 5 tuan ada.." belum sempat gunyong memberitahu lebih lanjut mengenai jadual taehyung, taehyung memintas.

"dahlah tu gunyong cerita pasal jadual saya, nanti awak akan telefon jugak 30 minut sebelum kita bergerak nanti" taehyung duduk dengan selesa di kerusinya sambil mencicip kopi suam.

Gunyong tersengih, bos dia ni lain sikit dari bos di luar sana, senpoi jer, dia senang bekerja dengan taehyung.

"sorrylah bos, saya hanya jalani tugas seperti assistant kat luar sana jer" sebenarnya nak acah-acah macam dalam drama jer.

"yelah tu, orang yang saya suruh siasat yang selalu hantarkan kopi di meja saya awak tak buat pulak" taehyung mengangkat kening sebelah.

"sorrylah bos, tapi saya dah diamanatkan suruh jaga rahsia ni" gunyong menggaru kepalanya sambil tersenyum bersalah.

"awak peganglah janji awak dengan orang misteri tu, dah pergi sana buat kerja" taehyung menghalau, saja acah-acah seperti bos garang.

"bos lakonan bos tak jadi saya tak takut" gunyong mengejek, dia ketawa melihat jelingan taehyung, sebaik dia dah kahwin kalau tak, dah melting ke bawah.

"dapat assistant pun perangai macam budak-budak" taehyung merungut, tidak sedar perangainya dua kali lima jer.

Taehyung mengemas mejanya yang agak bersepah, tiba-tiba matanya tertangkap akan suatu yang berkilau. Taehyung mengambil objek tersebut lalu diletakkan di atas meja.

Kening taehyung berkerut melihat gelang dihadapannya, rasanya dia tak pakai gelang dan assistantnya jugak tak pakai gelang kerana dia lebih gemar memakai jam. Mata taehyung terlihat sekilas air kopi di atas meja, ni mesti cik kopi manis punya.

"gelang hai gelang tunjuklah gerangan tuan mu" taehyung berkata sambil memegang gelang itu seperti mengumpul semangat.

"tuan.." ketukan dan panggilan di pintu mengejutkan taehyung, taehyung memandang gelang dan pintu biliknya silih berganti. Hebatlah dia kalau perkara tu betul terjadi.

"masuk!" taehyung menjerit, gelang tadi disimpan ke dalam laci meja.

"oh ye puan song, ada apa nak jumpa dengan saya?" taehyung bertanya professional.

"saya nak mintak tolong dengan tuan kalau tak keberatan saya nak tumpang tuan untuk ke site nanti, kereta saya rosak" jihyo memberi senyuman manis, semanis-manisnya kerana ingin memujuk bos besar.

"alah perkara kecik jer, kalau macamtu kamu ikut saya jer waktu lunch sekali. Suami kamu tak marahkan?" taehyung meminta kepastian, taknaklah dia kena kejar dengan parang, pisau atau pistol oleh suami jihyo nanti.

"tuan.." percakapan jihyo terhenti apabila assistant taehyung masuk dengan tiba-tiba.

"maaf tuan, tadi agensi jiran telefon kata meeting dipercepatkan, lagi 30 minit dari sekarang meeting mula" gunyong membuat muka maaf kepada jihyo dan taehyung.

"kalau macamtu saya balik ke tempat saya, tuan lunch nanti saya tunggu tuan kat lobi" jihyo meminta diri dan beredar memberi ruang kepada bos dan assistantnya bersiap untuk meeting nanti.

One shot stories collection✓Where stories live. Discover now