30. doll (vampire fanfiction)

945 87 11
                                    

Request by lameLlama99
Artist: jihyo & jungkook
Title: doll

------------

"Jihyo.... Appa Ada belikan mainan untuk jihyo" appa jihyo berkata setelah memasuki rumahnya. Jihyo yang berumur 5 tahun itu leka bermain dengan anak patung barbienya, apabila melihat kelibat appanya yang baru balik dari kerja, terus dia bangun lalu menjerit kegembiraan.

"Anak patung baru? Mana Mana nak tengok!!" Jihyo Cuba melihat belakang appanya tetapi appanya asyik sahaja mengelak.

"Nak tengok kiss Dan hug dulu" jihyo membuat muka cemberut tetapi tetap mematuhi apa yang appanya suruh.

"Dah nak hadiah" jihyo tersengih lebar, telapak tangannya dihulurkan.

"Hmmm... Appa fikir balik.. Tak jadilah biar appa jerlah main patung Ni"

"Appa!!!" Jihyo terduduk dengan dramatik, matanya yang bundar itu sudah berair.

"Oppa Ni... Bagilah dia. Haih.. isteri sorang Tak cukup nak main dengan anak patung pulak" puan song datang lalu mencubit tangan tuan song.

"Sorry, sorry appa main-main jer.. nah" jihyo bangun Dan mengambil patung itu dengan berhati-hati, air matanya dilap dengan baju tuan song.

"Jihyo!"

"Bai.. jihyo nak main dengan patung baru!!!" Jihyo berlari sebelum tuan song sempat menangkapnya, sempat dia mengenyit matanya kearah tuan song.

"Ikut awaklah tu" puan song berkata sebelum masuk ke dapur.

"Eh.. aku pulak"

😛😛😛😛😛

"Waaa... Lawanya patung Ni" jihyo membelek dengan berhati-hati takut patung yang cantik itu rosak akibat kecuaiannya.

"Jihyo..." Jihyo memandang belakangnya apabila kedengaran suara seseorang memanggilnya.

"Omma?" Tiada suara sambutan kembali. Jihyo membuka pintunya yang berwarna biru laut itu tetapi tetap tiada siapa disitu. Jihyo menutup pintu biliknya dan masuk ke bilik semula.

"Aik... Kenapa patung Ni duduk sendiri?" Jihyo menggaru rambutnya walaupun tidak gatal. Dia mengambil patung itu kembali dan membelek patung itu semula seperti tiada apa pun yang berlaku.

🤐🤐🤐🤐🤐

"Selamat malam, tidur esok Kita pergi bersiar dekat taman ye" tuan song membelai rambut lebat jihyo dengan lembut, puan song mencium ubun-ubun jihyo .

"Ok. Nanti kita bawak basikal sekali ye appa" tuan song mengangguk, mereka keluar setelah memastikan jihyo sudah lelapkan Mata.

"Jihyo...."

Jihyo menolak tangan yang mengusik rambutnya.

"Jihyo...."

"Sekejap omma Lima minit jer" jihyo mengambil selimut Dan menutup mukanya.

"Jihyo..."  Apabila tangan itu sudah menggeletek kakinya yang terdedah, jihyo akhirnya bangun dari tidur dengan sisa tawanya.

"Untie Ni siapa?" Jihyo terkejut melihat orang yang dia kenali sedang duduk di katilnya.

"Nama untie, untie dayon" perempuan tersebut menghulurkan tangannya, jihyo tanpa teragak-agak menyambut huluran tangan itu.

"Apa untie buat Kat bilik jihyo? Kita dah nak pergi taman ke?" Jihyo bertanya riang.

"Taklah.. untie nak ajak jihyo pergi rumah untie. Jihyo nak ikut?" Jihyo diam keliru mahu setuju atau tidak.

"Rumah untie Ada basikal, buaian, gelongsor boleh Kita main sama-sama" jihyo mengangguk setuju apabila mendengar adanya mainan kegemarannya di Sana.

One shot stories collection✓Where stories live. Discover now