14. adopt

1.3K 126 15
                                    

Title = adopt
Cast = jihyo & yugyeom
Request by -yoongihyo

--------------

"kau dah pilih ke nak ambik adik angkat yang mana?" jaebum bertanya kepada yugyeom yang hanya memerhati kanak-kanak yatim piatu bermain di halaman rumah.

"aku boleh jer mana-mana, tapi masalahnya aku kena hati-hati pada orang perempuan yang akan pilih budak yang sama aku pilih" yugyeom meluahkan rasa di hatinya itu.

"apa kata kau pergi jalan-jalan sekitar rumah anak yatim ni sambil tu tengok jugak perangai perempuan-perempuan yang ikut kita sekali program adik angkat ni, mana tahu nanti kau jumpa perempuan yang sesuai dengan selera kau" jaebum memberi cadangan

"apa selera selera ni, ingat aku nak makan perempuan tu?" yugyeom membuat lawak.

"alah kau ni kan istimewa sikit" jaebum turut menyakat.

"ish, kalau aku istimewa dah lama aku guna keistimewaaan aku tengok masa hadapan" yugyeom berkata sekali dengan lagak tangannya.

"dahlah kalau aku layan fantasi mengarut kau, sampai ke sudah tak jumpa adik aku yang hilang" jaebum mula berdrama air mata.

"oklah bai" yugyeom terus melarikan diri apabila perangai jaebum yang macam hantu drama muncul.

"weyh, kau tinggalkan aku macam tu jer, tak guna punya kawan" jaebum menjerit-jerit, tapi yugyeom buat tak kisah, lantaklah jaebum tu nak marah-marahkan dia ke.

"nak pilih yang mana ye?" yugyeom berjalan sambil melihat kanak-kanak yang bermain disitu. Tapi selepas penat dia berpusing tiada satu pun dapat dia pilih jadi adik angkat dia.

"haih... Prof ni pun satu, kenapalah buat program pelik macam ni" yugyeom menyalahkan pensyarahnya apabila dia tidak ketemukan kanak-kanak yang sesuai. Program ini dilakukan tiga tahun sekali, dan tahun tersebut tepat-tepat pulak pada tahun senior yugyeom. Satu orang pelajar lelaki dan perempuan akan berkongsi menjaga adik angkat selama lima bulan bergilir-gilir atau bersama untuk memberikan peluang dan kasih sayang kepada kanak-kanak di sini.

Tiba-tiba ketika dia sedang berjalan di koridor, dia terdengar suara kanak-kanak perempuan yang tergelak datang kearahnya berlari sepertiada seseorang mengejarnya. Dia terhibur dengan kecomelan kanak-kanak itu, dia anggar kanak-kanak tu berumur 4 tahun.

"adik, adik lari dari siapa ni?" yugyeom bertanya, mahu sahaja dia mencubit-cubit pipi tembam budak itu.

"laksasa" budak perempuan itu berkata dengan pelat, haih asallah comel sangat. Dia rasa dia dah jumpa adiknya yang sesuai.

"hyeon, mana hyeon pergi, noona datang ni" panggil seseorang dari kejauhan.

"oppa olong hyeon" hyeon berkata dengan gelaknya, suka dia apabila ada orang bermain bersamanya.

"sini hyeon nyorok dengan oppa" yugyeom mengangkat hyeon dan sembunyikannya dengan jaket yang dia pakai. Hyeon memeluknya dengan erat.

"haih mana hyeon ni penat berlari" jihyo berkata, matanya melihat keliling mencari kelibat hyeon. Dia berpandangan dengan lelaki yang curiga, lelaki tersebut berbuat biasa tapi memegang perutnya yang nampak seperti kembung.

"mengandung ke laki ni" jihyo memandang pelik laki tersebut, kalau nak kata perutnya buncit takkanlah kaki dia boleh sekurus macamtu. Tiba-tiba dia terdengar gelakan kecil dari arah lelaki tersebut.

"Kat situ rupanya" jihyo tergelak kecil, dah jumpa dah budak comel tu. Jihyo berlagak selamba pura-pura memasuki salah satu bilik disitu seperti tengah mencari kelibat hyeon, setelah beberapa minit jihyo keluar secara senyap-senyap dan mendekati lelaki tadi dan hyeon yang sedang bergelak ketawa.

One shot stories collection✓Where stories live. Discover now