4. chance (high school fanfiction)

1.7K 160 20
                                    

Title: chanceCast: song jihyo & kim taehyungRequest by Songcouple_stories

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

Title: chance
Cast: song jihyo & kim taehyung
Request by Songcouple_stories

---------
Jihyo melihat sekelilingnya, sudah seminggu dia tidak hadir ke sekolah. Suasana sekolah seperti hari-hari yang lain, tetapi entah kenapa dia merasa pelajar mula berkelakuan pelik. Seperti mereka sedang berkata dan mengumpat seseorang. Adakah mereka tengah mengumpatku? Jihyo bermonolog sendiri. Satu tangan yang berada di bahunya tiba-tiba menyedarkan dari fikirannya sendiri.

"Amboi, seminggu duduk kt LA terus termenung kat lelaki-lelaki inggeris kat sana ke?" Heena mengusik, tangannya memukul bahu jihyo lembut.

"Takdelah, aku pelik jer dengan suasana kat sini sebab macam ramai jer tengah berbisik-bisik, diorang mengumpat tentang aku ke?" Mata jihyo memandang kearah pelajar yang makin galak bercakap antara satu sama lain.

"Takdelah, tapi diorang cakap tentang orang lain" jihyo memandang dengan muka ingin tahu.

"Siapa?" Heena memandang kiri dan kanan mereka setelah memastikan tiada siapa yang mendengar perbualan mereka, heena berbisik kearah telinga jihyo.

"Seojun dah jumpa mangsa baru dia" jihyo terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh kawannya itu. Seojun adalah playboy yang disanjungi dan dihormati oleh pelajar di sekolah ini. Takde sesiapa pun berani nak melawan seojun lebih-lebih lagi dengan dua kawan yang selalu menemaninya iaitu hyunsik dan minho. Ini mangsa yang ke dua puluh dalam 6 tahun ini, dan mereka yang menjadi mangsa tidak menjumpai penamat yang gembira.

"Siapa pulak yang jadi mangsa dia yang ke dua puluh?" Jihyo bertanya dengan tanda tanya.

"Tak sangka kau pun kira mangsa yang seojun and the gang dah buli ye" heena berkata dengan sengihan.

"Macam manalah aku tak tahu kalau dah orang tu asyik cakap jer kat aku tentang seojun and the gang yang dia minat tu" jihyo meniru aksi heena apabila berkata mengenai seojun and the gang.

Heena tergelak melihat aksi jihyo itu, tapi tak lama kemudian dia menjadi serius semula dan menunjukkan jihyo ke suatu arah.

"Tu" heena menunjuk kearah seojun hyunsik dan minho yang sedang berkumpul bersama seorang lelaki. Jihyo melihat lebih mendalam muka lelaki itu, mukanya tidak menunjukkan riaksi takut seperti mereka yang pernah menjadi mangsa, tapi mukanya ternampak kosong tanpa perasaan seperti robot.

"Hey, nerd" jihyo mendengar panggilan seojun kepada lelaki yang tidak berperasaan itu. Jihyo melihat perwatakan lelaki itu, dia memakai hoodie di luar uniform sekolah dan topi yang hampir menutup seluruh mukanya, seluar pulak hanya seluar sekolah jadi dia tidak pasti akan panggilan seojun itu sesuai kepada lelaki tersebut. Perwatakan lelaki itu lebih kepada bad boy daripada nerd boy.

"Ye nak apa?" Lelaki tersebut bertanya.

"Aku rasa hidup aku tak bahagialah tanpa ada seseorang yang dapat jadi punching bag aku, jadi kau tahulah apa yang akan jadi kat hidup kau kan nanti" seojun berkata dengan senyuman penuh makna.

One shot stories collection✓जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें