MTB | 47

1.3K 132 8
                                    

"Sarapan lah dulu." kata Jieun kepada suami nya yang menonong pergi dekat pintu utama. Park Jimin duduk di atas lantai untuk memakai stoking.

"Saya sarapan kat luar." Jimin bangun dan terus pergi tanpa melihat isteri nya. Tiada ciuman buat Jieun pagi itu. Jung Jieun menyangkakan yang suami nya akan okey aje pagi tuey tapi tak.

×××

Park Jimin menghenyakkan punggung nya ke atas kerusi. Kesian pula buat Jieun begitu pagi tadi. Sepatutnya dia tidak boleh menghukum Jieun macam tuey sedangkan yang salah ialah Min Yoongi bukan Jieun.

Gila tak cemburu melihat mereka berdua semalam. Seolah dia tiada dekat di situ pula. Park Jimin meramas rambut nya sampai jadi kusut. Kerusi yang ada dihadapan meja nya, ditendang.

"Aduh!" Changkyun mengaduh sakit apabila berlanggar dengan kerusi yang ditendang Jimin. Dah lah kuat tendangan itu. Jimin mendongak dan terkejut melihat Changkyun.

"Sorry…saya tak perasan."

"Apa niey, tuan. Sakit pinggang saya kena kerusi tuey. Dah lah kerusi keras.  Nak mengamuk pun, agak - agak lah. Tengok orang dulu." Changkyun menolak kerusi itu dan lantas dia duduk dihadapan Jimin. Amboi…orang tak suruh duduk pun, dia dah duduk. Sejak Jimin meminta tolong dengan dia dulu, mereka jadi rapat lah jugak dekat pejabat niey.

"Whats bring you here?"

"Kenapa tendang kerusi, tuan?"

"Tak de apa. Kenapa awak masuk bilik saya niey? Nak bagi sesuatu ke?" soal Jimin. Changkyun mengemam bibir. Serba salah dia nak bagitahu pada majikan nya.

"Ada masalah ke?"

"Ani…saya nak berhenti, tuan."

"Bwo?! Kenapa?"

"Mak ayah saya suruh uruskan perniagaan kimchi. Dah lama diorang suruh saya tapi saya tak endahkan. Dan mereka paksa saya lagi untuk uruskan perniagaan kimchi."

"Tak boleh ke kalau awak tak berhenti? Awak antara orang yang saya percayai tau. Hasil kerja awak semua nya bagus dan saya sangat kagum."

"Tak boleh, tuan." Jimin mengeluh untuk kesekian kali nya. Lantas, surat perletakan jawatan diberikan kepada Jimin untuk dia menandatangani. Dengan berat hati nya, Jimin tandatangan surat tersebut.

"Saya harap awak berjaya di luar sana nanti. Kerja dengan elok dan jangan cepat mengalah. Bila dah berjaya, jangan lupakan saya."

"Baik, tuan. Saya janji takkan lupakan tuan. Kalau saya ada buat salah pada tuan atau terkasar bahasa, maafkan saya."

"Saya dah lama maafkan."

"Saya keluar dulu." Park Jimin mengangguk. Kemudian, Changkyun pun keluar dari situ. Jimin bersandar di kerusi dia. Tak lama kemudian, dia mendapat panggilan dari seseorang. Panggilan diangkat.

"Papa…" Yoora menyapa Jimin dengan esak tangis nya. Jimin dah mulai risau mendengar anak nya menangis.

"Kenapa niey?"

"Ma-mama…dia…"

"Kenapa dengan mama? Apa dah jadi, sayang?" Jimin mengambil kunci kereta seraya dia keluar dari situ. Panggilan Kang Seulgi tidak diendahkan. Anak dan isteri nya lagi penting waktu itu. Dia berharap Jieun baik - baik sahaja.

[C] Meant To Be | pjmWhere stories live. Discover now