MTB | 27

1.4K 149 23
                                    

"Jangan buat kerja bodoh, Rina. Awak nak runtuhkan rumahtangga anak sendiri ke? Ibu jenis apa awak niey, Rina?" marah Tuan Gunha kepada isteri nya apabila diberitahu yang Puan Rina mahu anak nya, Jimin kahwin dengan perempuan lain iaitu Raisha untuk mereka berikan cucu kepada dia.

"Saya dah nekad, bang. Saya nak juga Jimin kahwin dengan Raisha. Apa yang anak kita dapat selepas kahwin dengan budak tuey? It's nothing! Cucu pun tak boleh berikan pada saya."

Puan Rina sekarang sudah nekad mahu Jimin menikahi Raisha. Dia tidak boleh bersabar lagi. Walau bagaimanapun, mereka harua disatukan juga. Sekali gus, memberikan dia seorang cucu. Tuan Gunha meramas rambut nya, bengang dengan sikap degil isteri nya itu.

"Awak dah berubah, Rina."

"Cakap lah apa abang nak cakap kepada saya. Saya tak kisah. Kalau abang tak nak ikut sama dengan apa saya nak buat, ok. Saya boleh buat sendiri." Puan Rina kemudian nya keluar dari bilik. Pintu berdentum menandakan Puan Rina tunjuk protes. Tuan Gunha mengeluh.

Malu dia dengan menantu dia selepas ini. Mana nak ditaruh muka ini. Itu baru menantu, macam mana nak berdepan dengan abang Jieun nanti? Sudah semesti nya abang Jieun nanti akan marah dengan mereka sekeluarga.

×××

Sudah dua hari Jung Jieun tidak mahu bercakap dengan suami dia setelah kejadian hari itu. Pelbagai cara Jimin memujuk dia namun tidak berhasil. Entah kenapa, hati isteri nya sangat 'keras' sekarang berbanding dulu.

Segala keperluan makan dan minum dan juga pakaian dia selalu disediakan oleh Jieun. Park Jimin akui semua itu tidak pernah Jieun abaikan. Cuma sekarang, isteri nya bersikap dingin dengan dia. Hanya disebabkan dia memarahi Jieun dulu.

Park Jimin ternampak isteri nya sedang menjemur kain. Dia dekati Jung Jieun dan turut sama menjemur kain. Jung Jieun langsung tidak memandang dia. Jimin meneruskan kerja dia menolong Jieun.

"Petang nanti kita balik rumah abang Hoseok nak tak? Kak Ji dah sarat sekarang kan?" Jimin cuba memancing dengan menyebut nama abang Jieun. Dia tahu, Jieun dan abang dia sangat rapat.

Park Jimin melihat isteri nya dengan penuh pengharapan agar Jieun bercakap dengan dia. Tapi apa yang dia tengok, Jung Jieun langsung tiada hati nak bercakap dengan nya. Dia tahu dia dah buat silap tempoh hari. Dia tidak sengaja nak marahkan Jieun.

"Jieun, please!" Jimin menarik lengan isteri nya apabila Jieun mahu bergerak masuk ke dalam rumah. Jung Jieun mendecit dan meronta minta dilepaskan. Kali ini, Jimin tidak mahu lepaskan dia. Sampai bila mereka nak macam niey.

"Sakit lah!"

"Sakit tuey sekejap aje boleh hilang.Sakit dekat hati susah untuk diubati, Eun. Tell me! Kenapa dan mengapa awak bersikap macam niey pada saya."

"Jawapan nya ada pada awak sendiri, Jimin!" Jieun menarik lengan nya kasar namun Jimin kembali memegang lengan dia dengan kemas. Mereka menikam anak mata antara satu sama lain.

"Saya dah banyak kali minta maaf dekat awak. Saya tak sengaja nak marah awak. Tolong lah, Eun. Jangan buat saya macam niey." rayu Park Jimin.

"Saya tak nak jawapan tuey." segera lengan nya ditarik dan dia masuk ke dalam rumah. Park Jimin meramas rambut dia seraya pergi mengejar Jieun. Walau bagaimanapun, dia kena selesaikan juga masalah ini dengan isteri dia.

"Awak nak jawapan yang macam mana lagi, Eun? Cuba cakap dekat saya. Jawapan apa lagi yang patut saya bagitahu awak." bahu Jung Jieun direntap kasar dan Jieun serta merta berpaling ke belakang.

Anak mata Jimin menikam melihat pada mata Jieun. Jung Jieun mula menundukkan kepala nya dan dia jatuh terduduk. Dia menangis di situ sambil menyembamkan kepala nya pada lutut. Park Jimin duduk dihadapan isteri nya.

"Kita tak pernah macam niey tau, sayang. Kalau awak buat perangai macam ini, macam mana kita nak selesaikan masalah kita? Ke mimpi tuey datang lagi? Hurm, sayang?" perlahan - lahan Jimin mengangkat kepala isteri nya. Tangisan Jieun didengari nya dengan jelas.

"Stop crying." air mata Jieun disapu.Jung Jieun melihat suami nya dengan sayu. Dia kecewa dengan suami nya yang sanggup menikam isteri dia dari belakang. Mana kata - kata cinta dan janji yang dibuat dulu?

"Sam--"

Kring!!
Kring!!

Park Jimin mendecit apabila telefon bimbit nya tiba - tiba berbunyi. Segera dia melihat siapa yang menelefon dia. Rupa nya mummy dia. Dia endahkan panggilan tersebut dan kembali melihat Jung Jieun.

"Awak nak cakap apa?"

"Sa---"

Sekali lagi telefon nya berbunyi. Park Jimin sudah bengang dengan panggilan itu. Laju jari nya men'slide butang hijau itu dan tekapkan telefon dia pada telinga.

"Mummy nak apa?" soal Park Jimin dengan rasa jengkel nya. Tidak tahukah mummy dia yang dia mahu berbaik dengan isteri dia sekarang ini?

Jung Jieun bangun dari situ dan meninggalkan suami nya yang sedang bercakap dengan mummy dia. Jieun masuk ke dalam bilik untuk mandi.

×××

"Banyak nya mummy masak!" kata Park Jimin seraya menarik kerusi untuk duduk. Entah kenapa lah malam itu mummy dia menyuruh dia dan Jieun balik. Jadi, mahu tak mahu, mereka terpaksa balik walau keadaan antara mereka masih lagi tidak berapa baik.

"Malam niey kita akan ada tetamu istimewa. Jim pasti suka!" senyuman Puan Rina melebar bila bercakap soal tetamu istimewa. Entah siapa lah tetamu itu. Park Jimin tersentak mendengar nya. Mummy dia tak de pula cakap yang rumah mereka akan ada tetamu yang nak datang.

"Siapa, mummy?"

"Ada lah. Kejap lagi dia sampai." jawab Puan Rina. Tuan Gunha pastinya sudah boleh agak siapa tetamu istimewa isteri dia itu. Sudah banyak kali dia tegur sikap isteri nya tapi Puan Rina tidak makan 'saman'.

"Kita tunggu dia kejap. Pastu boleh lah kita makan." sambung Puan Rina lagi. Park Jimin sekadar mengangguk. Jung Jieun disebelah nya hanya diam. Malas untuk turut menyampuk perbualan mereka berdua.

Ding Dong!

"Mesti dia dah sampai tuey. Mummy pergi buka pintu untuk dia kejap." Puan Rina lantas keluar dari dapur dan pergi ke ruang tamu untuk membuka pintu. Setelah itu, dia menggamit perempuan itu masuk ke dalam dan seterusnya pergi ke dapur.

"Hai, uncle!" suara Kim Raisha menyapa halwa telinga mereka semua. Park Jimin terkejut melihat Raisha berada di rumah nya. Mata mereka bertembung.

"Wah, Jimin! Long time no see!" Kim Raisha buat - buat seperti tidak pernah berjumpa dengan dia sebelum ini. Lantas dia pergi ke Jimin dan peluk. Satu ciuman hinggap di pipi lelaki itu. Jung Jieun melihat segala nya. Dia rasa cemburu dan sakit hati.

"I miss you, Jim!"

Sengaja Kim Raisha berkata kuat agar Jung Jieun mendengar. Puan Rina tersenyum melihat mereka berdua dan juga turut berpuas hati melihat bagaimana reaksi menantu nya tika itu.

"Come, Rai. Kita makan."

"Okey, aunty!"

×××

to be continued.

dah dengar belum lagu 4O'clock by RM & V?? sedap bukan lagu tuey? sudah lah sedihㅠㅠ suara Taehyung mendayu gila + ngan suara RapMon. woaahhh it's really nice! download cepat lauu tak download lg. hehe.

vote.
comment.

9 June 2017.

[C] Meant To Be | pjmNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ