MTB | 5

1.9K 182 12
                                    

Park Jimin tidak boleh fokus dalam kerja nya gara - gara teringat tentang pertanyaan abang nya semalam pasal Kim Raisha. Abang pun satu! Boleh pula dia buka pertanyaan tanya pasal perempuan itu yang sudah lama tinggalkan aku! Buat aku sakit hati sahaja. Air kopi yang dibuat oleh pembantu nya tadi diambil minum bagi tenangkan fikiran.

Tidak lama kemudian, pintu pejabat nya diketuk oleh Yoon Boram dan dia arahkan untuk masuk. Yoon Boram adalah pembantu nya. Lebih tepat lagi, personal assistant dia. Sudah lama dia berkhidmat dengan Park Jimin. Dan Jimin sangat percayakan dia. Kerja nya juga bagus dan sentiasa membanggakan Jimin.

"Yes, Ram?"

"Kejap lagi tuan ada mesyuarat dengan pengarah dari Jepun. Dalam 5 minit lagi, dia akan sampai."

"Okey. Thanks ingatkan!"

Kata Park Jimin. Yoon Boram kemudian nya keluar dari situ dan kembali membuat kerja nya. Park Jimin meraup muka nya sebentar sebelum bangun dan mengemas meja nya. Blazer diambil dan terus keluar dari situ. Mujur juga Boram ingatkan dia. Dah nak lupa dah dia pada mesyuarat tersebut. Ini semua gara - gara Kim Raisha!

×××

Jung Jieun mengeluh entah buat kali keberapa. Cadangan yang dibuat oleh Park Jimin semalam memang tidak masuk akal langsung. Itu dah macam rasuah pula. Abang nya pula seakan berminat dengan cadangan itu. Dan malam tadi, abang nya menyuruh dia agar pertimbangkan cadangan Jimin. Sama lah juga dengan menyuruh nya terima jadi fake girlfriend lelaki itu.

"Sape lelaki semalam?"

"Yang mana?"

"Yang rambut blonde tuey."

"Ntah lah."

"Ntah?"

Jung Jieun mengangguk sambil tersenyum sumbing. Jauh di sudut hati nya, jangan lah lelaki itu datang lagi ke cafe ini. Malas dah aku nak jumpa lelaki gila itu. Gila nakkan aku jadi fake girlfriend dia! Aku tak hamak sangat lah nak jadi fake girlfriend dia. Kalau hensem macam pelakon Korea, Kim Woobin tak pe lah jugak. Ini muka macam minta penampar aku tengok.

"Pergi ambil order."

Kata Minsuk mematikan lamunan Jung Jieun. Jieun mengangguk pantas dan turun dari meja yang dia duduk itu. Dia terkejut melihat lelaki berambut purple itu yang datang ke sini. Ini mesti lelaki gila itu yang suruh dia datang dan mahu menculik aku. Culik? Ish! Jangan lah culik aku yang hodoh niey.

"Hurmm nak apa?"

"Nak awak!"

"Huh?!"

"Yes. Saya nak awak tanggalkan apron ini sekarang dan ikut saya ke satu tempat. Someone is waiting for you right now."

"Mesti lelaki gila itu kan yang suruh awak datang sini dan nak menculik saya! Mana lelaki tuey? Biar saya tumbuk dia!"

"Awak nak tumbuk dia? Boleh sangat. Tapi dia tak de sekarang. Kalau awak nak tumbuk dia juga, awak boleh ikut saya."

"Okey!"

Kata Jung Jieun dengan pantas nya seraya menanggalkan apron dan letakkan ke kaunter. Sempat lagi dia berpesan pada Minsuk bahawa dia kerja separuh hari sahaja. Lagi pula, cafe tersebut sudah ada pekerja yang baru masuk semalam.

Kim Namjoon menggeleng kepala mendengar jawapan Jung Jieun. Disebabkan rasa nak menumbuk kawan baik nya itu, terus sahaja dia okey nak ikut. Pesanan ringkas dihantar kepada Park Jimin untuk memaklumkan bahawa dia berjaya membawa gadis itu. Garang but innoncent buat apa juga, Jung Jieun oi. Adoyaii kau niey.

×××

Terkebil - kebil Jung Jieun melihat kondo mewah ini dihadapan nya. Tersangat mewah dan semua nya tampak elegant. Kondo siapa yang lelaki ungu ini bawa aku? Entah - entah, memang betul dia dan lelaki gila itu nak culik aku. Jangan lah dorang culik aku! Aku tak nak diculik lah! Baik aku lari dari sini sebelum dorang culik aku.

[C] Meant To Be | pjmWhere stories live. Discover now