MTB | 19

1.7K 172 9
                                    

Park Jimin menggeliat malas sambil menguap. Dia terpandangkan disebelah nya. Rupa nya, ada isteri nya tidur dekat sebelah. Semalam, mereka berdua seronok menonton movie bersama sampai terlelap dekat bilik situ. Melihat Jieun yang lena sangat tidur, dia tidak sampai hati nak kejutkan.

Park Jimin keluar dari bilik dan menuju ke bilik utama untuk mandi apa semua. Lepas siap, dia turun ke dapur untuk buat sarapan. Sekadar bihun goreng bodoh sahaja. Malas nak buat yang special punya. Hari itu, Jimin cuti.

"Wife…"

Panggil Park Jimin perlahan sebaik sahaja masuk ke dalam bilik wayang.Dia menapak ke isteri nya dan duduk di birai katil. Rambut Jung Jieun diselak ke belakang. Park Jimin tersenyum melihat wajah comel isteri nya.

Dia mendekatkan muka dia pada Jung Jieun lalu dihadiahkan satu ciuman di pipi Jieun. Park Jimin ketawa kecil. Dengan bini sendiri pun dia boleh angau. Begitu lah berhari - hari dekat pejabat, selalu teringatkan Jieun. Suara manja Jieun, sikap kebudakan Jieun, dan macam - macam lah. Semua itu buatkan dia jadi tak tentu arah.

"Sayang, bangun."

"Saya mengantuk lah, Jim!"

Kata Jung Jieun seraya menarik semula selimut. Park Jimin menggeleng kepala. Boleh pula dia tarik selimut balik. Park Jimin terpandangkan bulu ayam dekat atas meja. Dia merencanakan sesuatu yang jahat. Tak nak bangun sangat kan.

Park Jimin menguis bulu ayam itu pada telinga Jieun. Jung Jieun menepis ia kasar. Lepas itu, Jimin buat balik. Ditepis sekali lagi. Park Jimin tidak berputus asa. Sampai lah, Jung Jieun bangun serta merta dan kepala nya terhantuk pada bucu almari dekat situ.

Park Jimin terkejut lalu mendekati isteri nya. Dia diserang rasa bersalah sebab dah buat isteri nya sakit. Jung Jieun memegang dahi dan mengaduh sakit. Park Jimin menolak perlahan tangan Jieun untuk melihat dahi.

"Berdarah lah, wife!"

"Awak punya pasal lah!"

"Sorry. Siapa suruh awak tak nak bangun kan. Tunggu sini. Saya pergi ambil first-aid kit."

"Nak ikut!"

"Tunggu sini je."

"Tak nak! Nak ikut!"

"Ye lah. Jom!"

"Piggyback lah saya. Sebagai denda awak buat dekat saya. Sebab awak, dahi saya berdarah kena bucu almari tuey."

Jung Jieun memuncungkan bibir nya selamba. Park Jimin mengeluh seraya duduk mencangkung dihadapan Jieun. Dia bersedia nak piggyback isteri nya itu. Jung Jieun tersenyum lalu naik ke belakang suami nya.

"Jangan lah pegang situ!"

Tempik Jung Jieun apabila suami nya tersalah pegang peha nya. Merah padam muka nya tika itu. Park Jimin tersengih dan memegang dekat bawah lutut lalu bangun perlahan - lahan dengan susah nya.

"Berat nya awak niey!"

"Saya makan gajah."

"Patut lah. Tapi kenapa tak gemuk?"

"Dah tak gemuk nak buat macam mana. Awak nak isteri awak niey gemuk ke? Kalau orang lain, diorang tak nak tau."

"Saya tak kisah isteri saya gemuk atah tidak. Apa yang saya tahu, saya sayangkan isteri saya."

Kata Park Jimin seraya menurunkan Jung Jieun ke atas kerusi. Jung Jieun terdiam manakala suami nya pergi ambil first-aid kit dalam kabinet dapur. Kemudian, dia merawat luka isteri nya.

"Awak sayang saya?"

"Mesti lah. Awak kan wife saya!"

Park Jimin mencubit pipi Jung Jieun sambil dia tersenyum. Luka isteri nya, dia sudah siap rawat. Dia kembali simpan ke dalam kabinet dapur sebelum melangkah semula ke isteri nya.

[C] Meant To Be | pjmWhere stories live. Discover now