MTB | 31

1.7K 167 32
                                    

"Makan sikit." Park Jimin menyuakan nasi lemak yang dibeli nya tadi kepada Jung Jieun. Dia tahu, dari semalam lagi isteri nya tidak makan. Dan dia bangun pagi ini, isteri nya demam. Sebab itu lah dia tidak pergi kerja.

"Tak nak." Jung Jieun menolak perlahan sudu itu. Dia tidak lalu nak makan walau setitik air sekalipun. Park Jimin mengeluh seraya letakkan sudu kembali ke dalam pinggan.

"Awak tak makan, nanti makin melarat tau tak. Makan sikit aje pun. Tak banyak pun tak pe. Asalkan awak makan." Park Jimin memujuk. Jung Jieun menggeleng kepala nya.

"Saya minta maaf pasal semalam. Saya dah berkasar dengan awak. Awak cabar saya dan saya hilang kawalan. Saya minta maaf sangat, sayang." tangan Jieun dipegang namun tangan nya ditepis kasar oleh Jieun.

Semalam, Jimin terlampau marahkan Jieun sebab isteri nya dah menipu dia. Mereka bergaduh dan masing - masing terdiam apabila Jimin bertindak menampar pipi Jieun. Sungguh Jung Jieun rasa sangat terkilan dan kecewa. Disebabkan perempuan itu, suami nya sanggup menampar dia buat kali pertama. Sampai bila - bila dia akan ingat.

"Mehh makan sikit."

"Saya kata tak nak, tak nak lah!"

"Saya letak atas meja. Kalau awak rasa lapar, makan lah. Panggil saya kalau awak nak apa - apa. Saya ada dekat bawah." pinggan diletakkan ke atas meja dan Jimin sedikit membongkokkan badan dia untuk mencium dahi Jieun. Selepas itu, dia keluar dari bilik.

×××

"Nak pergi mana?" soal Lee Jihee apabila melihat suami nya sangat bergaya sekali. Siap sembur minyak wangi lagi. Jung Hoseok berpaling pada isteri nya dan tersenyum manis.

"Rumah Jimin. Nak tengok adik saya. Dah lama sangat saya tak jumpa dengan Eun."

"Saya nak ikut!"

"Pergi bersiap cepat." Lee Jihee tersenyum suka. Dia mencapai tuala dan masuk ke dalam tandas. Dia dah mandi tadi tapi dek kerana buat kerja rumah, dia berpeluh. Jadi, kena lah mandi semula. Jung Hoseok menunggu isteri nya dekat ruang tamu.

×××

"Bila lagi demam?" soal Jung Hoseok pada Jimin. Tangan nya didekapkan pada leher dan dahi adik nya itu. Manakala Lee Jihee pula mengurut perlahan kaki Jung Jieun itu.

"Semalam."

"Dah bawa pergi klinik?" Lee Jihee pula yang menyoal. Park Jimin menggeleng. Jung Hoseok mengeluh perlahan sambil melihat adik nya yang sedang tidur itu.

"Jaga Eun kejap. Jim, ikut abang! Abang nak cakap sikit dengan kamu." suara Hoseok kedengaran tegas. Lee Jihee memerhatikan mereka berdua pergi. Dia sempat melihat wajah tegang suami nya itu. Entah apa lah yang nak dibincangkan.

×××

"Abang dengar staff bercakap pasal kamu dan Eun dan juga seorang perempuan lagi. Diorang kata, ada berlaku kekecohan dekat pejabat. Betul?" soal Jung Hoseok.

Wajah Park Jimin dipandang nya dengan lama. Dia ada dengar juga staff bercakap yang Jieun menangis semalam sambil keluar dari pejabat. Mereka bergaduh sebab ada salah faham di antara mereka berdua.

"Abang tanya niey, Jim!"

"Be-betul."

"Apa kau dah buat pada adik abang? Abang dengar staff cakap yang diorang nampak Eun menangis semalam."

[C] Meant To Be | pjmWhere stories live. Discover now