MTB | 30

1.6K 175 47
                                    

"Aku tak nak dengar alasan kau. Apa kau cakap kat aku selama niey, semua nya tipu! Itu semua janji palsu yang kau buat. Aku je yang bodoh sangat sebab percayakan kau!"

tempik Jung Jieun. Lepas itu, dia masuk ke dalam tandas untuk mandi. Pintu tandas dihempas dengan kuat. Jimin mengeluh di hujung katil. Dah berkali dia jelaskan hal sebenar tapi isteri nya tidak mahu percaya.

Tengok lah. Bahasa yang digunakan kepada dia pun, dah bertukar ke 'aku dan kau'. Betapa marah nya Jung Jieun kepada dia. Rambut nya diramas. Geram dengan diri sendiri. Geram dengan ketidakjujuran Raisha bercerita kepada Jieun.

Lepas beberapa minit, Jung Jieun keluar semula dengan lengkap berpakaian. Jimin yang sedang melihat dia, dia jeling. Tuala disangkutkan ke hanger yang tergantung di dinding. Rambut dikeringkan dengan pengering rambut.

"Percaya lah, Eun."

"Nak percaya apa lagi?! Dah terang kau dan dia ada hubungan kan sekarang niey. Kau pun bukan nya cintakan aku sangat. Kau sengaja kahwin dengan aku sebab nak tarik perhatian perempuan tuey!"

"Jung Jieun!!" jerkah Jimin seraya bangun dari katil. Jung Jieun mendengus kasar seraya meletakkan pengering rambut dengan kasar.

"Awak niey dah melampau! Ingat sikit dengan siapa awak bercakap sekarang niey! Saya niey suami awak. Tolong hormat saya. Jangan sampai saya hilang rasa hormat saya pada awak, Eun!"

Jimin memarahi Jieun. Suara nya naik satu oktaf. Jung Jieun mendengus kasar seraya keluar dari bilik. Seperti biasa, pintu dihempaskan untuk tunjuk protest dia. Park Jimin mengambil bantal dan selimut lalu dicampak ke atas lantai. Serabut!

×××

"Betul, aunty?" mata Kim Raisha bersinar - sinar apabila Puan Rina memberitahu hasrat nya kepada Raisha. Puan Rina mengangguk beberapa kali, menyakinkan gadis dihadapan nya itu.

Kim Raisha bagaikan tidak percaya dengan semua ini. Dia rasakan yang ini mimpi. Tapi ini bukan mimpi. Ianya realiti. Dia dapat bayangkan bagaimana dia dan Jimin bakal disatukan dalam sebuah majlis perkahwinan antara dia dan Jimin nanti.

"Aunty, thanks!" Kim Raisha memeluk Puan Rina. Dia gembira sangat sehinggakan tidak sabar mahu menelefon abang dia dan beritahu pasal berita gembira ini. Tapi niat nya dimatikan. Pasti abang nya akan marah nanti.

"But don't tell him yet."

"Okey, aunty. Bila majlis kami akan berlangsung? Pastikan majlis yang grand tau, aunty. Biar semua orang tahu dengan siapa Jimin berkahwin." Raisha mula memasang angan - angan nya. Sudah tentu lah semua orang akan bercakap pasal dia dan Jimin nanti.

Siapa tak kenal dia? Model terkenal di Paris dan juga pelusuk dunia kenal dia. Model yang sangat seksi di mata semua orang. Raisha membayangkan macam mana orang bercakap pasal dia dan Jimin.Sangat sepadan macam pinang dibelah dua. Raisha tersenyum.

"Ofc lah grand. Takkan lah aunty nak buat majlis kecil - kecilan aje kan. Awal bulan depan, majlis itu akan berlangsung."

"Eh! Nak dekat dah."

"Yes. Rai, aunty tanya sesuatu dekat Rai boleh kan? Aunty tak mahu Raisha terasa dengan pertanyaan aunty niey nanti."

"Apa dia?"

"Rai boleh pregnant kan?" senyuman Kim Raisha pudar dari bibir nya. Pregnant? Tidak pernah terlintas dia nak mengandung. Dia harus jaga badan selalu. Maklum lah, dia kan model. Lagipun, dia tidak suka budak.

[C] Meant To Be | pjmWhere stories live. Discover now