MTB | 15

1.7K 174 14
                                    

double update!
enjoy~~

×××

Puas mengiring ke kiri dan ke kanan pula. Tapi mata langsung tak boleh nak terpejam. Entah kenapa, malam itu dia teringatkan Jung Jieun. Park Jimin segera bangun dan serabutkan rambut dia. Dah kenapa pula aku asyik teringatkan dia niey? Sudah lah dari balik tadi, jantung aku asyik berdegup laju aje.

Sekarang dah masuk pukul 3 pagi dan aku langsung tak boleh tidur. Ini semua sebab Jieun lah. Tak pasal - pasal sebab dia, aku tak boleh tidur. Aku bangun dari katil dan menapak keluar, menuju ke bilik Jieun. Aku dan dia tak tidur sebilik ok. Beria sebelum nikah, kata nak tidur sebilik tapi sekarang, tak.

Confirm lah Jieun tidur sekarang niey. Dah pukul berapa niey. Lahai, comel nya bini aku tidur. Macam bayi aje. Tanpa sedar, aku tersenyum. Selimut nya aku buka perlahan dan masuk ke dalam. Lantak lah dia nak marah aku ke apa, dia bini aku. Takkan aku nak tidur sebelah dia tak boleh.

Sebab dia lah, aku jadi macam niey. Dah macam orang gila. Aku dah jatuh cinta dengan dia ke? Jieun tiba - tiba sahaja berpusing dan memeluk badan aku. Aku ingatkan dia sedar tapi tak. Selamat aku jap. Dan aku letak tangan aku dekat pinggang dia dan peluk erat. Selamat malam, sayang.

×××

Dibuka mata perlahan - lahan. Mahu memggeliat tapi terhalang dengan sesuatu. Jung Jieun melihat dari perut sampai lah ke muka lelaki dihadapan nya itu. Park Jimin semalam tidur tak pakai baju. Mata Jieun membuntang luas. Terkebil - kebil dia melihat Park Jimin tidur disebelah nya. Lama juga lah dia melihat aje suami nya itu sebelum dia menumbuk perut Park Jimin.

"Aish! Sakit lah, wife!"

Bentak Park Jimin. Dari mengantuk tadi, kini mata nya dah segar bugar. Perut nya dipegang. Dari awal lagi, dia sedia maklum yang isteri nya ada seni pertahankan diri. Dan sekarang dia dah rasa. Sampai hati Jieun menumbuk perut nya. Terasa senak di perut.

"Kenapa tumbuk saya?"

"Awak dah buat salah. Saya tumbuk lah. Kenapa awak boleh ada dekat sini pula? Bukan awak tidur dalam bilik awak ke?"

"Wae?! Salah ke saya nak tidur sini? Dengan wife saya sendiri. Saya nak sambung tidur balik. Saya tidur lewat semalam."

Park Jimin kembali menutup mata nya. Jung Jieun mendecit seraya melempar bantal kepada Jimin. Geram sungguh dia. Jung Jieun bangun dan mahu ke tandas. Dengan hentakkan kuat ke lantai, dia menjerit sakit. Dia lupa kaki nya terseliuh. Sampai berair mata jadi nya.

Dia melihat suami nya. Masih lagi tidur. Padahal dah kuat Jieun menjerit. Sengaja lah tuey buat tak nak layan. Jung Jieun duduk di birai katil sambil menggosok perlahan kaki nya. Sakit sangat. Sampai berdenyut - denyut.

"Shuben..."

Park Jimin diam.

"Shuben...bangun lah."

"Saya mengantuk niey."

"Kaki saya sakit."

"Padan muka!"

"Sampai hati awak."

Sayu dan sedih suara Jung Jieun. Muka nya dah sedih, nak menangis. Park Jimin mencuri pandang ke isteri nya dengan satu senyuman. Saja aje dia nak mengusik Jieun. Mahu melihat bagaimana isteri nya mahukan dia, minta pertolongan dari dia. Terpempan dia seketika apabila melihat air jernih keluar dari mata Jieun.

[C] Meant To Be | pjmTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang