MTB | 2

2.3K 229 17
                                    

Jam loceng berbunyi menandakan tepat pukul 9 pagi. Park Jimin terus bangun. Lagipun, kejap lagi dia harus ke lapangan terbang untuk menjemput kawan nya yang baru balik dari Singapore. Mata nya ditenyeh beberapa kali. Setiap kali bangun pagi, mesti sunyi kondominium mewah dia itu. Mungkin sebab itu lah mummy nya selalu suruh dia kahwin.

Pintu bilik air yang berlutsinar itu dibuka dan dia masuk ke dalam untuk mandi. Langsir tidak ditarik untuk menutup segala perilaku nya dalam bilik air memandangkan hanya dia sahaja yang berada dalam kondo itu. Lepas beberapa minit mandi, dia keluar semula dengan tuala dililit di pinggang.

Ting!
Bunyi mesej masuk. Dengan segera, dia mencapai iphone nya dan membuka mesej. Ianya mesej daripada kawan nya. Dia sengih. Marah benar kawan nya itu sebab dia tidak datang lagi.

-Aku on the way, Joon! Awal nya kau sampai. Aku ingatkan lagi sejam dua. Hahaha lmao-

Mesej masuk lagi.

-Sejam dua tengkorak kau! Cepat sikit ambil aku. Kan, aku balik naik teksi aje lah. Senang!-

Mesej tidak dibalas. Park Jimin mengeringkan rambut nya dengan tuala kecil. Seluar jeans hitam ketat diambil dan dipadankan pula dengan baju sweaterpaws berwarna merah. Rambut nya dicalit sedikit minyak rambut. Dia buat gaya rambut yang menarik, biar kelihatan hensem memanjang. Dia tersengih tiba - tiba.

×××

"Yo, Joon!"

Park Jimin menampar bahu Kim Namjoon dari belakang. Namjoon berpaling dan tersengih melihat kawan nya itu. Mereka berdua berpelukan. Ye lah, sebab sudah lama tidak berjumpa. Ada lah dalam dua bulan. Namjoon ke Singapore sebab ada urusan kerja dekat sana. Ahli perniagaan katakan.

Mereka dah selalu berpelukan. Tapi dorang bukan gay ok. Masing - masing sudah anggap macam keluarga kandung dah. Namjoon rapat juga dengan keluarga Jimin. Selalu bertandang ke rumah keluarga Jimin jika dia tidak sibuk. Kadang - kadang dia datang sorang. Pastu dengan adik perempuan nya, Kim Nahul.

"Pipi kau tembam lah!"

"Yeke?"

Namjoon meraba muka nya itu lepas Jimin cakap macam itu. Park Jimin sekadar mengangguk. Dia akui, berada di Singapore buatkan dia selalu makan. Makanan dekat sana tersangat lah sedap. Rasa tak nak balik pun ada.

"Aku banyak makan kat sana."

"Tapi still hensem. Eh! Kau tak sangkut ke dengan mana - mana awek Singapore sana?"

Tanya Jimin. Mereka bercakap sambil berjalan ke tempat parking kereta. Jimin parking kereta dia agak jauh sebab parking tidak ada. Itu lah datang lambat lagi. Terpaksa lah kena berjalan jauh. Tapi tak pe jugak. Sekali sekala exercise.

"Awek Singapore? Mana ada. Bukan taste aku nak cari orang luar. Nak cari kat dalam negara sendiri pun tak jumpa, inikan pula kat negara luar."

"Amboi! Pandai kau berkata - kata sekarang. Weyy! Kalau dah jodoh, tak kemana lah. Terima aje mana - mana."

"Bercakap pasal aku aje. Kau tuey pulak? Takkan tak de awek lagi kowt. Bukan ke mummy selalu suruh kau pergi blind date? Takkan tak de yang sangkut."

[C] Meant To Be | pjmWhere stories live. Discover now