part 1

5.6K 430 4
                                    

Seluruh isi istana Vendor riuh dengan pengawal-pengawal yang sedang mengejar seorang lelaki. Baru sebentar tadi Istana Vendor telah diceroboh dan mahkota kebesaran diraja telah dicuri oleh lelaki itu. Lelaki itu melompat dari bumbung-bumbung rumah di sekitar kampung Kota Vendor. Para pengawal mula melontarkan tombak-tombak mereka pada lelaki itu namun satu pun tiada yang mengenai sasaran. Para pemanah pula bersedia dengan busur-busur mereka. Satu-persatu anak panah dilepaskan.

Lelaki itu berpaling seraya tersenyum. Beberapa anak panah mula mengenai beberapa bahagian tubuhnya. Dia memerit kesakitan sebelum terjun ke dalam gaung di birai kampung itu.

"Shit! Dia terlepas! Kumpulkan semua tentera! Cari lelaki tu sampai dapat!" Jerit General Triton. Para pengawal yang lain mengangguk laju.

Lelaki itu bersandar di birai bukit. Kakinya patah saat badannya menghempap dahan-dahan pokok di bawah gaung. Anak panah yang masih menusuk di beberapa bahagian badannya dicabut kasar. Dia menjerit kesakitan.

Dia menelan air liur. Cuba untuk bertenang. Perlahan-lahan tulangnya yang patah kembali bersambung. Luka akibat tusukan anak panah mula tertutup rapat. Lebam-lebam di muka dan badannya beransur hilang. Dia termengah-mengah. Yang tinggal di badannya cumalah kesan darah. Dia tersenyum lalu mengeluarkan sebuah mahkota emas bertatakhkan berlian berwarna merah dari beg kulitnya.

"I'm rich!" Dia ketawa kuat lalu berdiri. Lelaki itu memandang ke atas. Gaung yang dia terjun tadi tidaklah begitu dalam. Dia pernah terjun ke dalam gaung yang lebih dalam dari itu. Dia tersengih sambil memandang ke arah General Triton yang merenung tajam ke arahnya dari atas bukit. Tangan diletakkan dikepala.

"See you later general!" Jeritnya lalu berlari meninggalkan tempat itu.

"Curse you Atlas!!"

………………………………………………

Beg kulit berwarna coklat diletakkan di atas meja. Lelaki berkaca mata di hadapannya tersengih.

"Kau rompak negara mana pula ni Theo?" Soal lelaki itu lalu mengeluarkan isi beg kulit itu. Theo hanya tersengih. 

"Berapa kau boleh bagi aku, Christ?" Christopher meneliti mahkota emas ditangannya.

"This is very expensive. It was made from a very rare type of gold and diamond. Where did you get this?" Soal Christopher. Theo tersengih sebelum menggaru-garu pipinya.

"Vendor's castle.." Christopher ketawa kuat.

"As expected from you my friend.. Okay.. Aku bagi kau 10k coins. Okay?" Theo sudah tersengih sampai ke telinga.

"Aku setuju!" Ujarnya. Christopher mencapai 5 kantung syiling emas lalu diletakkan di atas meja. Pantas kantung itu diambil lalu dimasukkan ke dalam beg kulitnya.

"Okay.. Aku pergi dulu Christ.."

"Alright! Bring back more gold for me!"

Theo singgah di sebuah bar berhampiran kedai emas Christopher.

"Theo!! Lama tak nampak kau!" Theo tersengih memandang rakannya yang merupakan pemilik bar tersebut.

"Sam! Bagi aku macam biasa.. Aku dah kebulur ni." Sam tersengih.

"Alright.." Theo memerhatikan sekeliling bar sebaik sahaja Sam menghilangkan diri ke bahagian dapur. Bar itu kelihatan lengang hari ini. Hanya beberapa orang sahaja sedang menjamu selera di situ. Matanya tertacap pada sekeping kertas berwarna coklat cair di atas bar. Kertas itu dicapainya.

Wanted
Theo Atlas
30 000 coins
Dead or Alive

Theo tersengih. Wah! Dah naik! Sam kembali lalu meletakkan sepinggan besar daging panggang, beberapa buku roti dan segelas besar arak berwarna merah di atas meja.

"Wei Sam! Tengok ni! Bounty aku dah naik kot!" Ujar Theo lalu menyuapkan beberapa keping daging panggang ke dalam mulutnya.

"A'ah.. Baru naik ni sebab semalam aku tengok 10k lagi." Theo ketawa kuat dengan daging dan roti yang masih di dalam mulutnya. Sam hanya menggeleng perlahan. Tak faham betul. Orang lain tengok wanted poster ada nama dia terus kecut perut. Berlainan pula dengan lelaki ni. Semakin tinggi bountynya semakin dia gembira.

"Tahniahlaa.. Dah makan.." Sam kembali mengelap gelas-gelas di atas rak.

"Atlas!! Kat sini rupanya kau ya!!" Jerit satu suara dari belakang membuatkan Theo tersenyum. Gelas arak diteguknya rakus sehingga habis. Mulutnya dikesat sebelum dia berpaling ke belakang.

"Theo.. Take it outside.." Ujar Sam.

"Hey there Diego.." Theo bangkit dari kerusinya.

"Kau ni kacau aku makan jelah.."

"I don't give a damn! Kali ni! Aku akan tangkap kau!!"

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now