"Baba ada anak sorang je tapi dia dah takda. Macam mana kamu boleh panggil Baba ni?" Soalku sambil memeluk badan 'anakku' itu. Sambil aku peluk sempat dia meletakkan mukanya dileherku. Persis Syafra! Manja.

"Sebab ibu suruh," ujarnya lagi. Banyak betul cakap macam Syafra juga. Allahu dia ni siapa? Aku meraup mukaku. Apani? Bila masa aku ada anak lagi.

Ya Allah. Aku mengangkat mukaku tetapi bayangan budak lelaki tadi sudah tiada.

"Astaghfirullah," Aku tersedar dari lena. Aku kalih pandanganku ke sisi dan melihat jam di iphoneku. 4.45 pagi. Jadi tadi aku bermimpi? Petanda apakah Allah sedang sampaikan?

Tanpa berlengah terus kaki kuhayunkan ke bilik air untuk mengambil wuduk. Setelah berwuduk aku capai pula pakaian bersih sebelum menunaikan solat. Aku terpandang baju melayu yang tergantung di dalam closet. Baju melayu bewarna ungu. Fav colour Syafra dan dia selalu suruh aku pakai baju tu setiap kali solat maghrib. Comel je perangai.

Aku ketawa kecil.

"Rindunyaaa manja by," terus aku capai baju melayu tersebut dan kusarungkan ke badan.

"Assalamualaikum warah matullah," salam ke arah kiri dan kanan aku beri.

Kemudian, di pagi yang hening ini aku mengangkat tangan berdoa meminta petunjuk Maha Esa.

"Ya Allah ya Rahman ya Rahim. Engkau yang maha besar lagi maha mengasihi ya Allah. Ampunilah dosa dosaku, doa kedua ibu bapaku, dosa isteriku dan juga dosa muslimin dan muslimat yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Ya Allah aku memohon kepadamu periharalah perkahwinan ku ya Allah. Jauhilah isteriku dari sebarang musibah atau malapetaka. Lindungilah ia walau dimana dia berada ya Allah. Aku alpa ya Allah dalam mendidik isteriku. Engkau yang maha mengasihi lembutkanlah hati isteriku supaya kami dapat hidup semula sebagai suami isteri seperti sebelum ini ya Allah, amin ya rabbal alamin,"

-----------

"Amin ya rabbal alamin," terus aku lipat sejadah dan telekung lalu naik ke atas katil untuk lelap seketika. Jam masih lagi menunjukkan pukul 5 pagi. Masih awal dan belum masuk waktu subuh lagi.

Tiba tiba.

"Uwelkkkkk,"

Dengan pantas terus aku turun dari katil dan berlari ke arah bilik air. Segala isi perutku telah aku keluarkan. Penat letih sebu semua bercambur dalam satu masa. Aku taktahu kenapa masuk kali ini dah berapa kali aku muntah aku sendiri taktahu.

Pili air kubuka dan mulut aku cuci akibat kesan muntah. Aku rasa tak larat dan aku duduk di atas jamban duduk yang bertutup itu. Tangan kananku letakkan disingki takut kalau aku jatuh.

"Syaf! Okay tak ni? I dengar you muntah muntah," wajah Dania yang cemas itu tersenggul disebalik pintu toilet yang memang tidak berkunci itu.

Badanku yang lemah itu dirapati dan tangan kanannya melekap di atas dahiku. Mataku sudah layu tanda tidak larat.

"Ya Allah panas ni Syaf! Jom saya bawak pergi klinik," tanpa sebarang balasan terus Dania memapah badanku yang lemah keluar dari bilik air.

Tudungku dicapai dan nasib baik aku sememangnya memakai baju lengan panjang dan seluar tidur jadi memudahkan kerja Dania.

"Doktor kenapa dengan Syafra doktor? Masuk harini dah berapa kali dia muntah muntah," ujar Dania dalam nada kerisauan. Akhirnya hospital jugak tempat yang Dania bawak.

"Boleh awak baring disana? Saya nak check sekejap," arah Doktor wanita yang separuh usia umi itu. Aku akur lantas bergerak ke arah tempat yang disuruh. Berkat bantuan Dania aku berjalan berhati hati lalu menanggalkan sandelku dan berbaring di atas katil khas itu.

Perutku diusap dan diletakkan gel. Sejuk. Lalu diratakan seluruh gel itu diperutku.

"Hm takda apa apa. Maybe awak keracunan ataupun gastrik," ujar doktor itu lalu tangannya diketuk perlahan di bahagian atas perutku. Sakit!

Aku mengerutkan muka menahan sakit apabila tangan doktor itu masih lagi mengetuk disekitar bahagian perutku yang sakit itu. Memang sah aku gastrik!

"Okay Puan boleh turun," terus sahaja Dania menghampiriku dan membantu aku untuk bangun.

"Puan Syafra ya?" Aku angguk dengan mata yang kuyu.

"Awak memang ada gastrik ke sebelum ni?" Soalnya lagi. Aku hanya mengangguk. Takda daya nak balas setiap persoalan doktor ini. Lalu kepalaku sahaja memainkan peranan penting. Kalau ada Azran mesti dia dah tolong jawabkan. Rindu by.

"Okay awak boleh ambil ubat dekat luar ya? Ingat jangan makan benda berminyak atau pedas untuk sehari dua okay?"

"Baiklah doktor. Terima kasih,"

"Sama sama,"

Selepas keluar dari bilik pemeriksaan terus sahaja aku suruh Dania memapahku untuk masuk kedalam kereta. Tak larat nak tunggu dekat dalam ni bau ubat kuat sangat.

"Sure nak tunggu sini? Tak takut ke?" Soal Dania sambil membuka pintu sebelah penumpang. Aku hanya mengangguk.

"Dont worry. Saya nak bersandar je. Awak tolong eh ambilkan ubat,"

"Sure," terus aku tutup pintu kereta dan kepalaku sandar ke kusyen kereta Dania lantas mataku terpejam.

Tanpa berlengah terus Dania menghayunkan kakinya ke dalam semula untuk mengambil ubat Syafra.

"Dania!?" Dania tersentak lantas menoleh ke arah suara tersebut. Macam lelaki.

"Siapa tu?" Soal Dania apabila kelibat suara itu tidak kelihatan. Jangan main gila suara ada orangnya takda!

"Saa-ya lah," ujar suara tersebut dari arah kiri Dania. Berderau wajah Dania melihat Azran seorang diri menjinjit beg plastik bewarna putih. Mukanya kelihatan pucat juga. Tanpa berlengah terus Dania merapati tubuh Azran yang sedang berdiri memandangnya itu.

"Awak kenapa ni Azran? Demam ke?"

"Haah. Awak buat apa dekat sini? Teman siapa?" Kasihan Dania melihat Azran sekarang. Dah lah tak terurus, badan makin susut patutlah sakit tu datang.

"Err errr saya teman kawan saya. Ha ye dia demam juga," aku cuba menipu. Takkan aku nak cakap aku teman Syafra? Haru jadinya budak sorang tu nanti. Sudahlah ni antara rahsia mereka berdua. Takda siapa pun tahu Syafra dekat sini melainkan Dania. Number phone juga Syafra dah tukar.

"Yeke? Kawan mana yang menumpang rumah awak? Tyha mana? Tadi saya nampak macam kelibat Syafra. Dia ada dengan awak ke Dania? Baik jujur dengan saya," ujar Azran dengan nada seperti hendak menangis. Allahu rasa bersalah pun ada sebab sorokkan Syafra. Tapi Dania terpaksa.

"Ehh mana ada. Betullah kawan saya nama dia Aza. Ha ye Aza. Awak jangan main tuduh tuduh eh ingat sikit awak tu sakit. Dah saya masuk dulu nak ambil ubat kawan saya. Jaga diri senang senang nanti saya jenguk awak dekat rumah okay?" Lalu Dania beredar meninggalkan Azran terkulat kulat sendirian di koridor hospital itu.


Siapa sedih?
😭😭😭😭😭

Kesian Azran hm
😭😭😭😭😭

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα