Selepas solat subuh, terus kedua dua orang tua itu ingin menuruni tangga untuk kebawah tetapi langkah Puan Nura terhenti.

"Mas kenapa ni? Asal tiba tiba berhenti?" Soal Encik Daud pelik dengan perangai isterinya itu.

"Tu bang tuuu," ujar Puan Mastura sambil memuncungkan mulutnya ke arah sofa diruang tamu itu.

Encik Daud tersenyum.

"Haih dua anak awak ni Mas sampai takda tempat lain ke nak tidur?" Ujar Encik Daud apabila pelik dengan keadaan anak menantunya tidur bersempit sempit di atas sofa yang kecik itu.

"Abang nak tahu tak semalam Syaf kemain nak menangis bagai sebab Azran balik lambat,"

"Lah macam awaklah dulu. Saya balik lewat pun dah menangis. Mana tak turun dekat anak," perli Encik Daud sambil tergelak. Terus Puan Mastura mencubit manja lengan suaminya itu.

"Dah Mas saya turun dulu. Awak kejut dorang tu solat subuh dah 6:30 ni," Puan Mastura mengangguk lantas bergerak ke arah anak dan menantunya itu.

--------------

Selepas bersiap siap ingin kepejabat Azran bergerak ke arah isterinya yang ralit mengerjakan laptopnya. Dia tahu Syafra mengelak mahu bercakap dengannya. Dia perasan sejak subuh tadi lagi isterinya itu tidak bercakap. Selalunya dia lah becok nak cerita pasal itu pasal ini lah.

Azran buntu. Ni lah padahnya berkerja lebih masa sampai isterinya merajuk.

"Sayang.... Taknak pakaikan tie by ke?" Ujar Azran sambil menunjukkan tie ditangannya. Muka Azran usah cakap wei macam mintak simpati. Cair wo!

Aku mengalihkan badan agar tidak mengadapnya. Merajuk is merajuk! Dah lah sabtu ni dah nak daftar masuk uitm. Hm 😌

Tiba tiba aku terasa ada yang mencium  leherku dan lain tak bukan mestilah kerja Azran. Cara memujuk aku macamtu lah.

"Tepilah by. Dah lambatkan nak pergi kerja!" Marahku sambil aku capai tie ditangannya dan terus aku pakaikan dikolar coatnya.

Azran merenungku lama. Sambil tu dia usap pipi kananku lembut. Aku tak pula menepis sebab tangan aku tengan lincah membetulkan tienya.

"Hey princess by ni boleh pulak merajuk. Janganlah macamni by minta maaf eh sayang? By janji sabtu ni by hantar sayang masuk uitm eh?" Ucapnya lembut sambil mengucup umbun kepalaku. Azran perasan aku senyap terus dia mencapai beg kerjanya dan keluar dari bilik. Tanpa berlengah terus aku mencapai tangannya.

Azran terkedu.

Aku memeluk erat pinggang Azran dan Azran membuat perkara yang sama sambil membelai pipiku. Depan pintu bilik pun jadilah babak ni. Haha!

"Im sorry too. Sorry emotional tak tentu pasal. Maybe rindu by kot," ucapku sambil mencium dadanya yang berlapik. Wangi!

"Its okay sayang. By faham. Dah dah by nak pergi kerja. Jangan noty tau! Tolong umi kemas rumah. Bye princess," ujar Azran selepas aku mencium tangannya. Sempat lagi tu dia kusutkan rambut aku!

"Hish abyyyyyyy!!!!!!!"

Selang beberapa minit punggungku dihenyak ke sofa iphone milikku berbunyi. Segera aku berlari ke arah meja makan sebab tadi aku letak dekat situ.

"Hello?" Ujarku setelah talian disambungkan.

"Hoi mangkuk jom teman aku makan KFC mengidam lah," ujar seorang gadis dicorong telefon. Oh Wawa rupanya.

"Kau ni awal lagi kot. Lek ah aku tak kemas rumah lagi ni," balasku sambil berjalan ke arah dapur.

"Ya i know babe aku pun tak kemas rumah lagi. Kejap lagi lah lepas zuhur sayang oi,"

SUAMIKU SI PEMUJUK ✔️Where stories live. Discover now